Friday, April 11, 2008

Wa, Lu dan Babi!

Dalam budaya Melayu Malaysia (ada orang jumpa Melayu kat Sri Lanka…), ada beberapa benda yang jadi pantang @ taboo. Benda-benda ini sangat sensitif kalau salah layan. Orang Melayu akan respon dengan ekstrem dan kadang-kadang jadi melalut sampai bergaduh-gaduh.

Nombor satu, barang yang ada pada tubuh badan Melayu. Pernah tengok cerita Labu Labi, filem kelakar Tan Sri P.Ramlee. Ada satu babak yang lebih kurang, “ini kepala bapak engkau, ini”. Kalau kita suka macam mana sekali pun, marah macam mana sekali pun, gurau macam mana sekali pun, “kepala jangan main!”. Kepala sangat dijaga oleh orang Melayu. Tak boleh orang lain pegang. Orang yang boleh pegang kepala orang Melayu selain dari tuan punya ialah tukang gunting rambut. Lain daripada itu, memang boleh bergaduh.

Kalau ikut teori ini, itu sebab budak-budak Melayu tak boleh main bola dengan ‘team’ luar negeri, terutamanya ‘striker’, sebab bila dah ‘score’, habis kepala kena tonyoh! Sebab ini juga yang menjadikan orang Melayu yang berbudi bahasa dan beradab sopan, tidak suka memanjakan isteri dan anak-anak, tidak suka membelai kepala dan rambut isteri dan anak-anak. Sebab, kepala jangan main, beb!

Yang peliknya kalau makan, semua cari ‘kepala’. Baik ikan, baik ‘kerpok’ baik duduk kat meja. Semua nak ‘kepala’. Macam mana pun, bila Tuhan suruh orang perempuan tutup kepala, orang Melayu tidak semua yang menyokong.

Nombor dua, bapak! Fuh, benda ni kalau salah sebut, gaduh tak abis. Tu, tengok labu labi, kenapa dia tak kata, “ni kepala engkau’, dia nak juga sebut bapak, nak tunjuk kemarahan tahap ‘gaban’ sedang memuncak. Orang Melayu marah juga kalau orang salah sebut perkataan emak, tapi bapak masih kekal sebagai pendahulu senarai. Yang ini, walaupun dengan alasan yang salah, satu perkara yang baik. Kalau benda baik pun, orang Melayu akan ‘mengistinbatkan’ kepada bapak, macam ‘Bapa (dulu Bapak) Kemerdekaan, Bapa Pembangunan, Papa (Bapak juga ni) Rock!, dan, “Bapok sedapnya!” (tak gitu awok?) walaupun makanan itu EMAK yang masak!
Kalau lu dah bengang dengan wa, sebutla nama wa, apahal nak sebut bapak wa?

Tapi, dari aspek praktikal tak pulak orang Melayu sensitif macam tu sekarang, tu sebab ada bapak-bapak yang ‘lepak’ rumah orang-orang tua.

Mungkin banyak lagi, tapi yang ketiga ini betul-betul sensitif. BABI! Korang cuba gantikan perkataan ayam dalam ayat Melayu dengan perkataan babi.

“Jemputlah makan nasi ayam ni?”
“Eh, muka dia macam ayam, kan?”
“Di rumah saya ada banyak anak ayam.”

Memanglah tak masuk akal, tapi the moment korang tukar perkataan tu, apa perasaan yang timbul. Jadi, betullah korang Melayu, atau, bukan?

Kebencian Melayu kepada babi tidak dapat disangkal lagi. Kalau boleh Melayu tak mau ada makhluk yang dipanggil babi hinggakan perkataan ini digantikan dengan perkataan khinzir, yang diambil dari bahasa Arab.

Tujuannya, antara lain untuk menunjukkan babi ini, disebut pun orang Melayu tidak sanggup, apatah lagi jadikan mascot, dijadikan tema pertandingan lukisan atau dijadikan nama band rock!. Jauh panggang..




(Gambar ini tidak ada kena mengena dengan yang sudah mati dan yang bukan babi!)



Bangsa lain juga tidak mempunyai persepsi yang positif kepada babi, tapi mereka sanggup makan daging babi, bahkan ada yang menjadikan babi sebagai pet.

Babi sebagai subjek politik masyarakat Melayu hampir menyamai subjek agama Islam. Jangan ada orang pandai-pandai mengganggu agama Islam, orang Melayu marah. Tapi pada ketika surau-surau dirobohkan secara ‘teknikal’, tak ramai orang Melayu marah. Itulah satu ciri orang Melayu, tak suka kecoh-kecoh. Ataupun, cuma berani cakap belakang saja. Hangat-hangat taik ayam (jangan ganti perkataan ayam tu!!).

Beberapa tahun dulu, kecoh isu babi di Negeri Sembilan, itu pun cuma diketahui umum bila wabak yang didakwa J.E. menyerang. Tempat itu Bukit Pelanduk, tapi tak ada pelanduk, yang ada ayam (ganti perkataan ini!). Setakat ini, tindakan yang dibuat ialah bunuh dan bayar gantirugi, berdasarkan ‘per ekor’.

Kemudian, jadi isu lagi di Melaka (1, 2, 3, 4). Cerita lebihkurang sama.

Terbaru di Selangor. Yang ini tidak sama. Orang Melayu berdemonstrasi, bawak sepanduk membantah tindakan kerajaan Selangor meluluskan, bahkan menaiktaraf teknik penternakan babi di daerah Sepang. Sistem penternakan babi bersepadu secara moden akan dilaksanakan.
Mengikut tuntutan dari para pendemostrasi, orang Melayu Sepang tidak mahu langsung ada makhluk babi ini di tempat mereka. Mereka mahu semua di?????.

Inilah persoalannya, apa yang hendak dibuat dengan babi-babi itu semua.

Sebenarnya selain dari persepsi orang Melayu kepada babi yang menyebabkan orang Melayu tidak boleh terima ‘natang babi’ itu di tempat mereka, tiada alasan eksklusif yang konkrit kenapa babi-babi tersebut mesti dhapuskan dari mukabumi ini. Aku pun tak mahu babi jalan-jalan santai kat kampong aku!

Babi adalah binatang ternakan ladang, bukan pet. Sebab tidak ada satu bahagian babi pun yang comel yang membolehkan babi dijadikan pet. Orang bukan Islam memelihara babi semata-mata untuk makanan. Babi tidak boleh dijadikan pengawal rumah seperti anjing, sebab daging babi boleh dimakan. Daripada mencuri barang dalam rumah yang dikawal oleh babi, lebih baik pencuri curi babi pengawal tu. Siapa suruh lu letak babi jadi pengawal, dia bukan boleh lari laju dan gigit orang!

Setakat ini pun tidak ada babi yang jadi performer macam gajah sarkas atau beruang sarkas. Belum ada lagi babi jalan atas bola, berdiri dua kaki atau duduk atas kerusi sambil menjunjung awek pakai bikini. Babi makan pisang mungkin ada, tapi tak mencapai tahap standard untuk dia menjadi binatang sarkas. Kalau ada pun, babi dibawak dalam rombongan sarkas adalah sebagai bahan makanan bila keadaan memerlukan babi itu disembelih. Tapi, sekarang ini, rombongan sarkas pun dah ubah atau improved product mereka. Binatang sudah tidak perlu. Ada juga cubaan menjadikan babi sebagai pelakon. Setakat ini tak ada babi yang sepopular ‘Lassie’ atau ‘Bear’.

Selain dari babi, binatang ternakan ladang lain di Malaysia ialah lembu (dan keturunannya), kerbau (dan keturunannya), kambing (dan keturunannya), ayam (jangan ganti !!!) dan itik. Orang Melayu tidak bermasalah dengan yang lain selain babi.

Pada beberapa tempat sebenarnya boleh ditemui penternak-penternak binatang ternakan ladang ini dengan cara yang tidak sesuai. Penternak ayam, lembu dan kambing secara besar-besaran tanpa mengikut kaedah penternakan terbaik juga banyak. Pembuangan najis lembu dan kambing tidak bersistematik sebenarnya berlaku. Contoh, penternakan lembu dan kambing di tepi Lebuhraya Utara-Selatan yang dapat dilihat dengan jelas di kawasan Bangi, Selangor. Namun, kerana binatang ini tidak mendahului senarai binatang yang tidak disukai oleh orang Melayu, dan tidak memberi menafaat kepada orang Melayu, maka kita tidak pernah jumpa pun orang Melayu berdemonstrasi menentang penternakan lembu, kambing dan ayam secara tidak sistematik ini.

Mungkin babi mempunyai virus dan bakteria yang tidak terdapat dalam binatang lain. Kenyataan ini menguatkan lagi kebencian Melayu pada babi. Walaubagaimana pun, kemerbahayaan virus dan bakteria ini turut bergantung kepada keupayaan penternak mengendalikan ternakan dan sisa buangan ternakan mereka. Pencemaran air yang disebabkan oleh air kumbahan dari lading perlu diurus dengan teliti. Bukan main sepah-sepah. Sekiranya ada satu system pengurusan ternakan yang mampu mengambilkira perkara-perkara itu, sepatutnya orang Melayu tidak perlu risau. Tambahan pula, operasi tersebut dijalankan dengan syarat-syarat yang ketat. Maklumat berkaitan dengan perkara tersebut juga disebarkan secara terbuka dan meluas. Tidak ada unsur-unsur menyembunyikan fakta.

Adalah lebih baik kalau kerajaan negeri Selangor, melaksanakan langkah pembaikan operasi penternakan ini kepada semua jenis binatang ternakan ladang, bukan hanya untuk babi sahaja, bahkan hingga kepada perternakan ayam. Namun, faktor sumber kewangan dan tenaga juga perlu diambilkira.

Sepatutnya, kita mendesak Kerajaan supaya memastikan premis ‘ancaman’ lain turut diberi perhatian. Ladang babi di Sepang mungkin besar tapi aku rasa cawangan dia tidak banyak. Kerajaan dan orang Melayu perlu memastikan pusat karaoke yang menawarkan arak dan GRO, disko-disko dan kelab malam (kelab siang ada ke?), pusat judi, mesin-mesin slot dan kilang arak, menerima ‘layanan istimewa’, macam ladang babi. Itu tak masuk lagi benda-benda yang ‘double haram’, macam samsu haram, ceti haram dan judi haram. Perkara-perkara pun selalunya melibatkan pendatang haram!

Dalam konteks pentadbiran negeri, barang babi perlu ditangani dengan serius dan berhati-hati. Dalam kerja menegakkan keadilan, menegakkan Islam, barang babi ini tidaklah sebesar mana. Banyak lagi perkara yang boleh diutamakan. Jadi, lihatlah benda lain yang lebih penting.

9 comments:

Anonymous said...

wa suka tulisan lu don, best, lu makin hebat dan banyak idea sekarang. wa setuju pendapat lu.
tapi ada sedikit terkucil, skikit je...
1. lebuh raya timur barat mana ada bangi don kat tepi tu.
2. babi boleh lari laju gak don, dulu wa pernah kena kejar babi masa kat ladang sawit pak gua, laju don dia lari, tapi dia tak pandai beloklah...tegak je..

Letting the time pass me by said...

LU sudah tau itu babi banyak taboo pasal apa lu tarok itu babi punya gambar sama itu lu punya blog..

Nanti gua kena samak itu gua punya mus(mouse) sebab itu sudah surf itu babi punya tumpat(tempat)..

Anonymous said...

Don,

Lu memang berbakat jadi penulis. Teruskan bro, banyakkan membaca cam Tun M, mana tau one day boleh ganti tempat LOLOQ....

Wa pun ROCK dulu....janji rock...
Charlie.

Unknown said...

Wa terharu beb, takkan ku tahan air mata ku ini..terharu!!

Anonymous said...

Wa caya lu Don...sahut cabaran tulis isu babi!!

Persoalan tambahan, org melayu sanggup minum arak, makan rasuah & harta anak yatim tapi ayam tak sembelih, daging babi mereka tak sanggup makan...uuwekkk!!!

Anonymous said...

wah..lu cepat je betulkan hiway tu ye don...wa baru komen, lu dah betulkan hiway tu...lu memang bagus lah don...boleh ganti tempat samy velu...heh..he..

Anonymous said...

Gua memang setuju, tapi part babi lari laju tu. Adik ipar adik aku, baru lepas accident kat Kuala Pilah pasal mengelak babi hutan tu... Hari Sabtu lepas.

Anonymous said...

Wei bro, satu lagi kepala b***h, bini boleh pegang selalu apa...

Anonymous said...

Bro, jgn lupa tabung babi masa kau kecik-kecik dulu. Keep it up, john..

apiz

TRANSLATION