Tuesday, December 23, 2008

Berbulu?

iGoogle

Berapa banyak kali engkau berjumpa dengan satu mamat yang membuatkan engkau berbulu?

Memanglah, disebabkan engkau adalah dari kategori mamalia, engkau memang banyak bulu. Selain dari mata, gigi, tapak kaki dan tapak tangan (kalau tapak tangan berbulu, mesti ada sebab!), tempat-tempat lain tentu berbulu. Tidak kiralah bulu halus atau kasar, bulu wangi atau tidak.

Tapi, bukan bulu itu yang nak dibincangkan. Rasa berbulu dengan mana-mana mamat adalah sebab, satu, mamat tu banyak bunyi, aku pernah dengar ada orang kata dia tu ‘kuat mericau’ atau ‘mulut macam bertih goreng’.

Kedua, sebab engkau berbulu ialah, setiap kali mamat tu berbunyi, mesti dia yang menang. Dalam bahasa buku, ‘orang itu pandai berkata-kata’ atau ‘orang itu pandai cakap’.

Pandai cakap pulak bukanlah maknanya dia tidak bisu, itu pun pandai cakap juga, tapi yang ini ialah benda yang berkaitan dengan skil menggunakan perkataan untuk meyakinkan orang lain yang dilawan bercakap. Dia mesti menggunakan perkataan, kalau tidak gunakan perkataan, tidak aci! Seperti, gunakan wisel untuk memberhentikan gerakan, atau, gunakan rotan untuk membuatkan orang diam. Jadi, itulah dia yang aku maksudkan dengan perasaan berbulu.

Perasaan berbulu pulak tidak disusuli dengan tindakbalas kimia dan biologi dalam badan engkau. Iaitu, setiap kali engkau rasa berbulu, tidak akan tumbuh sehelai bulu pada tubuh engkau disebabkan oleh perasaan berbulu itu. Sebab kalau ia ada kaitan, mungkin sekarang, tinggal kuku kau sahaja yang tidak berbulu. Dalam masyarakat yang suka menyindir dan menyimpan perasaan, rasa berbulu adalah fenomena (dijiwa!!) harian orang Melayu. Jadi, engkau selalunya lebih banyak rasa berbulu dari rasa mengantuk, rasa lapar atau rasa masin.

Aku akan share ini barang pada masa akan datang..

Wednesday, December 17, 2008

Usaha Islam Lagi!

Melihat bidaah secara terbuka sebagai apa2 sahaja yang bercanggah dengan AQ dan Assunnah, maka skop perbandingan antara zaman Nabi SAW dengan zaman sekarang menjadi semakin luas. Kemungkinan berlaku pandangan bidaah ini termasuk memakai T-shirt roundneck, bermain futsal, menaiki kereta berinjin V6, makan pizza dan lain-lain yang hanya ada pada zaman ini. Masyarakat kini mengamalkan terlalu banyak bidaah dalam kehidupan, termasuk membaca e-mail. Namun, mungkin tafsiran ini terlalu ekstrem dan terkeluar dari intelektualiti. Banyak istilah yang perlu dijelaskan seperti konsep ibadah, konsep Ad-Din dan bidaah itu sendiri. Bagaimanapun, bidaah tetap merupakan ciptaan baru, yang direka secara sedar yang bercanggah dengan AQ dan assunnah.

Berdasarkan dua pandangan berkaitan bidaah, perkara baru yg direka secara sedar banyak berlaku di Malaysia. Dalam solat, misalnya golongan anti-hadis telah mencipta solat hanya ada 3 waktu sahaja, dan ada pengamal ilmu kebal menyatakan solat hanya pada niat sahaja. Selain itu, Ayah Pin, telah mencipta bidaah paling hebat dengan mendakwa dirinya Tuhan dan mempunyai kerajaan langit. Begitu juga dengan amalan2 bomoh dan dukun2 melayu yang terkenal dengan jampi mentera dan penggunaan makhluk halus, dengan dicampur adukkan dengan ayat AQ. Inilah ciptaan baru dengan sedar dalam masyarakt melayu. Tidak dinafikan, masyarakat Islam Malaysia turut mengamalkan kenduri arwah 3 hari, 10 hari, 40 hari dan 4 tahun sebagai salah satu ritual, namun, dia adalah atas kejahilan masyarakat Islam yang sekadar mengikut-ikut, tanpa tahu hujung pangkal. Situasi ini tidak sama dengan orang yang sengaja mencipta ritual baru. Ia adalah sesat. Jahil dan sesat tidak berada dalam kelompok yang sama. Kejahilan boleh di atasi dengan ilmu tapi kesesatan dengan sedar perlu dihakimi dan dibunuh, jika perlu (murtad).

Wa Vs. Usrah III

First time dengar usrah memang tak selesa. Macam budak sekolah sikat belah tepi aja bunyi dia!. Entah apa-apa. Gabra pun ada bila nak join. Maklumlah, kali pertama. Orang kata, selalunya kali pertama susah sikit. Entahlah, belum cuba belum tahu.

Entah ‘syeikh-syeikh’ tu nak suruh aku buat malam usrah pertama aku agaknya.

Jeng, jeng. Pertama kali, aku cuma jadi pendengar yang setia. Semuanya bercakap ‘power’, dan, aku suka sebab sesuai dengan jiwa dan konsep bebas dan berani yang masih aku pegang. Bebas bercakap dan semua berani. Hentam itu dan ini, agak-agak lunyai, lepas tu tukar tajuk lain. Aku tengok usrah ni ada pakai buku rujukan. Buku rujukan pulak mesti seragam. Aku, sebab tak tau, datang lenggang-kangkung malam itu. Tapi, lepas itu, sibuklah aku bertanya kawan-kawan rujukan-rujukan yang perlu dibawa dan dibuat persediaan. Itulah mula aku mencari kedai buku dan membeli buku-buku tulisan Omar Tilmisani, Syed Qutb, Said Hawwa dan yang lain. Rupa-rupanya ada buku begitu dalam dunia ini. Aku ingat buku kod gitar lagu rock sahaja yang ada kat kedai

Tuesday, November 18, 2008

Tip 10

Bagi orang Islam, membaca Al-Quran merupakan pendekatan terbaik untuk mengatasi tekanan. Membaca Al-Quran boleh dilakukan dengan dua pendekatan. Anda boleh membaca Al-Quran dalam sembahyang, yang turut melibatkan kebolehan anda menghafal ayat-ayat di dalam Al-Quran. Anda juga boleh membaca Al-Quran dalam keadaan santai-dengan menjaga adab-adab membacanya-di luar sembahyang.

Ketawa dengan bahan humor dapat mengalihkan tumpuan anda dari perkara yang memberi tekanan, kepada bahan humor yang tertentu. Humor juga melibatkan daya kreativiti anda dan aktiviti ini secara tidak langsung akan merangsang otak anda untuk bekerja dengan cara yang berbeza. Otak anda akan sibuk melakukan perkara lain dan tidak akan mengambilkira tekanan yang sedang anda hadapi.

Jika anda tidak gemar kepada humor, lebih baik anda tidur. Tetapi, bukanlah tidur yang biasa, yang memerlukan anda menggosok gigi dan menukar pakaian sebelum melakukannya. Tidur yang pendek boleh mengalihkan otak dari memikirkan perkara-perkara yang berkaitan dengan tekanan yang sedang anda hadapi. Tidur juga dapat merehatkan otak dan fizikal. Cuma, satu sahaja masalah, iaitu, tidur di pejabat semasa bekerja, bukanlah satu yang baik dalam masyarakat kita.

Kalau anda tidak suka humor dan anda juga mempunyai persepsi bahawa tidur semasa bekerja bukanlah satu yang baik, anda buatlah secawan minuman yang paling anda suka, yang mudah anda perolehi, kecuali minuman beralkohol. Sekiranya anda perlu keluar dari pejabat sejauh 10 kilometer untuk mendapatkan teh-epal yang anda suka, lupakanlah. Tetapi, jika jarak yang perlu anda lalui ialah 50 atau 100 meter, maka, lakukanlah kerana berjalan-jalan pada jarak yang pendek juga merupakan satu cara untuk mengatasi tekanan. Oh, jangan lupa. Setelah anda buat minuman tersebut, anda mestilah menikmatinya. Jangan buatkan minuman itu untuk orang lain!.

Jika semua yang di atas anda tidak suka, anda ada pilihan terakhir iaitu menangis! Lakukanlah sepuas-puasnya dan kalau anda mahu, lakukanlah sambil bercakap-cakap dengan diri anda sendiri. Satu perkara yang penting jika anda mahu menangis ialah tempat untuk anda lakukannya. Janganlah anda menangis dalam mesyuarat bulanan jabatan anda terutamanya jika anda seorang pengurus. Jangan pula anda menangis ketika anda sedang makan tengahari sama ada dengan rakan-rakan sepejabat atau berseorangan. Carilah tempat yang sesuai.

Usaha Islam I

Sekiranya tulisan ini bercanggah dengan al-Quran (AQ) dan Assunnah, maka janganlah diambil walau sedikit pun. Tujuan tulisan ini adalah untuk mengajak orang yg sayang dan mahukan Islam tegak di negara ini, supaya menumpukan tenaga dan sumber lain secara fokus dan kolektif ke arah yang diingini. Tidak mengajak apa yang sedang bergerak ke satu sudut yang terasing dan memperuntukkan banyak masa dan tenaga kepada satu usaha lain.

Persoalan ibadah, bidaah dan kejahilan akan dirangkum secara rawak. Kegagalan meletakkan nas-nas yg jelas adalah kerana kelemahan diri sendiri kerana tidak dapat menghafal ilmu-ilmu yg diturunkan oleh ustaz2 dan ulama2’. Inisiatif sendiri diperlukan untuk membuat rujukan.

Masyarakat Islam Malaysia telah lama berada dalam kepompong sendiri. Perubahan demi perubahan kerap dicuba oleh ulama2 untuk mengubah tahap pemahaman masyarakat Melayu terhadap agama Islam. Setelah 50 tahun merdeka, secara rambang, masih banyak amalan2 yg sangat bertentangan dengan Islam menjadi budaya dalam masyarakat Islam. Masyarakat kampung terperangkap dengan amalan Islam bercampur aninisme sementara masyarakat Bandar selesa dengan budaya hedonisme. Kegiatan2 yang menular tidak menunjukkan tanda2 untuk reda.

Salah satu aspek kecelaruan dalam masyarakat Islam ialah bidaah. Mengambil tafsiran bidaah sebagai tokok tambah dalam ibadah, masyarakat Islam kelihatan seolah2 rela dengan tokok tambah ini. Bagaimanapun, jika dilihat dengan mendalam, bidaah adalah satu ritual yg tidak pernah dibuat oleh Nabi SAW, tetapi ada pada masa ini, dan, ia dicipta dengan sengaja dan sedar oleh seseorang atau sekumpulan orang Islam. Dengan kata lain, ia adalah rekaan semata-mata. Inilah yang difahami. Merujuk kepada kenyataan itu, siapakah dalam masyarakat yg dengan sengaja mereka-reka sesuatu yang baru itu? Lalu jawapannya ialah ‘orang dulu2’ dan masyarakat secara buta-tuli mengikut sahaja. Masyarakat tidak memiliki ilmu untuk menilai sesuatu ‘ritual’ itu sebagai ibadah atau bukan. Masyarakat ikut-ikut sahaja.

Masyarakat menjadi pengamal bidaah secara tidak sedar. Dengan kata lain, masyarakat Islam Malaysia, jahil.

Friday, November 14, 2008

KENAPA LA JADI BODO??

Kalau ko ada 10 ribu apa ko bole buat? Kalau buat extension rumah, dapatlah 5’ x 7’ kot. Beso gak tuh. Sepuluh tahun simpan duit, kalu buat down payment kete, dapat kete baik tu. Kalau tidak pun, beli golf set, kalau makan sate kajang, 10 tahun baru habis duit. Tapi, tiba2 ko bawak diri pegi Arab Saudi, Kenapa?

Bertungkuslumus simpan duit, sampai kat Arab Saudi, yg ko bole pakai ialah dua kain yg tak berjahit, kasut kulit pun takleh pakai, klu tutup atas. Topi golf srixon 50rgt pun tak boleh pakai. Minyak wangi pun takleh pakai, bukan itu je…bulu idung pun takleh cabut!! Dengan 10ribu, ko Cuma dapat duduk kat dorm saja, org kata muasasah, kalu muat, belasah…toilet kongsi dengan beribu2 entah2 berjuta orang, berebut2 cari batu, pas tu baling kat tunggul batu pulak..kenapa?

Berebut2 lari2 anak dari bank bukit kecil 7 kali, pastu pusing kotak batu 7 kali, kenapa? Tidak ke ko nampak bodo? Belajar tinggi2 sampai universiti yg takde org sampai dlm hutan, ada yang masuk sampai 3 universiti (bart salah sorang)..tapi buat menda2 yang takde pekdah langsung? 40 hari dok kat padang pasir, jln sana-sini, apa ko dapat? Ada yang penat, ada yang meninggal, ada yang lelah…seme tu kena bayar sendiri…..kenapa?

Tidak ke bodo, pakai 2 helai kain, sedangkan kat sini, baju ko rega beratus2, jeans jam kasut….beribu reganya, tetiba pakai kain sal 2 helai tak berjahit, tanpa perfume, tanpa tutup kepala,tanpa kasut mahal, kenapa? Tak ke nampak bodo? Buang duit, buang masa, buang tenaga, ambik risiko semata-mata nak buat benda2 yang tak de pulangan langsung? Kenapa jadi begitu bodo sekali mcm orang tak de akai? Tak tau mana yg selesa dan selamat banding dengan yg belemuih, dan berisiko? Bodo?

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

Bukan ke seme benda ko kene jadi camtu? Klu Allah suruh buat dulu, jangan banyak soal. Hikmat ke, kebaikan ke, kendian baru piker. Buat dulu, sebab, Allah suruh!! Ko tak tak tau apa2, jangan bagi alas an ituini, sebb Allah suruh. Betul?

So, mana satu yang bodo?

MAKI & MENCARUT (18SX)

SHIT! Ingat lagi tak dengan novel satira dengan tajuk ini? Tajuk novel ini, dalam bahasa Melayu, mengikut kata penulisnya ialah P*K*M*K! (gantikan * dengan huruf vocal yang sesuai!). Bila diajukan persoalan tentang mencarut dan memaki, penulis menyatakan bahawa dia tidak mencarut, sebalik pemimpin yang ada pada masa itu yang menyebabkan perkataan itu digunakan untuk menggambarkan keadaan pada ketika itu.

Dalam hidup kita bersama-sama anak-anak, kita akan diruntun perasaan tertekan jika kita mendengar anak-anak kita mengeluarkan perkataan yang boleh membuatkan telinga ‘berdesing’. Perkataan yang keluar dari mulut anak-anak adalah ‘ikhlas’, dia bercakap apa yang dia mahu cakap pada masa itu. Kebanyakkan perkataan mereka dapat semasa di sekolah atau di tempat mereka ditempatkan di luar waktu sekolah. Kalau dia kata, ‘babi’, bukanlah dia nampak binatang tersebut. Kalau dia kata ‘bodoh’, bukanlah dia tahu ciri-ciri orang bodoh. Itu anak-anak.

Bagi orang dewasa, maki adalah betul-betul apa yang dia cakap. Kalau ada lelaki kata ‘babi kau!’, maknanya dia ‘nampak’ babi itu. Kalau dia kata ‘bodoh’, dia tahu dia tidak bodoh tapi orang lain yang bodoh. Kalau dia kata ‘hantu air kau’, dia saja ambik hati kita dengan perkataan yang dia sendiri tidak tahu apa maknanya. Itulah maki.

Maki tidak semestinya mencarut. Kalau anda kena maki, ‘lahabau!’, anda pun tidak tahu apa maknanya. Setakat ini, orang Melaka pun tidak dapat bagi tahu apa itu ‘lahabau’. Jadi, pada masa itu anda memang telah kena maki, cuma, orang yang memaki anda tidak mencarut. Tapi, kalau anda kena maki, ‘celaka lahabau, anak s**l!’, anda memang boleh yakin bahawa anda telah kena maki dengan kata-kata mencarut. Jadi mana satu yang membuatkan anda lebih marah, orang maki anda atau orang mencarut, walaupun tidak ada kena mengena dengan anda.

Contoh makian lain yang tidak mencarut ialah ‘kayu’, ‘penyapu’, ‘mangkuk’ (sama ada berayun atau tidak), atau, perkataan-perkataan lain yang tak ada kena mengena dengan kelucahan.

Tapi, betulkah menyebut perkataan yang kita kategorikan ‘lucah’ itu sebagai mencarut? Perkataan ‘tetek’, ‘punai’, ‘burit’, ‘lancau’, ‘bontot’ dan lain-lain. (Baca yang ini pun dah ‘bebulu’, kan?). Kalau kata-kata itu semua, dan yang lain-lain itu mencarut dan tidak baik, kenapa perkataan itu semua boleh ada dalam perbendaharaan kata orang Melayu, sama ada bahasa pasar atau bahasa baku?

Ada orang yang cuba menerangkan penampilan anda secara fizikal. Dia melihat ada sekelompok bulu yang lebat dan hitam di bawah dagu anda. Keadaannya kemas dan terurus. Dia mungkin berkata, “Cantik janggut sheikh!”. Anda tentu rasa ‘kembang’ (bukan mencarut ni!).

Cuba yang ni pulak. Anda jumpa rakan sepejabat. Perempuan. Kalau anda berani, satu pagi Jumaat, katalah, “Cantik kerongsang kat tetek Kakak!”. Lepas tu lari cepat-cepat! Kalau tidak kena pelempang, anda mungkin makan kasut! Dan, apa perasaan anda dengan cadangan ini? Mencarut?

Cuba anda cari perkataan yang sesuai untuk menerangkan sepasang anggota perempuan yang terletak di dada dan menonjol ke hadapan. Selain buah dada dan payudara, orang Melayu panggil anggota itu ‘tetek’! (Aku dah warning, benda ni 18SX!). jadi, memang itulah nama untuk benda tu! Kalau tidak nak panggil apa lagi?

Atau pun, anda cuba membantu kawan yang telah terduduk di atas kerusi yang terkena tumpahan kari, dengan berkata “Eh, bontot kau ada kari.” Kawan anda mungkin marah anda sebab mencarut dan lupa tujuan baik anda untuk memberitahu apa yang dia tidak tahu. Anda patut berkata, “ Ada kari dibelakang kau.” Baik dan bersopan, mengikut ukuran orang Melayu.

Ini samalah macam kes babi. Dulu-dulu, binatang pink yang berkaki pendek dan berhidung penyek, dan pengotor, orang Melayu, orang Cina, orang Putih, Susan Lankaster, panggil babi. Sekarang, orang Cina, orang India, orang Putih, Susan Lankaster masih panggil binatang tu babi dan mereka makan dagingnya. Tapi, orang Melayu yang tak makan daging babi, dah tak panggil binatang itu babi. Mungkin tak sampai hati nak panggil binatang itu ‘babi!’ agaknya. Kalau betul-betul orang Melayu pergi ke kandang babi dan panggil ‘hoi khinzir!’, agak-agak babi-babi semua menyahut ke? Jadi, perkataan babi ini perkataan mencarut ke? Iye ker?

Begitu jugalah dengan perkataan-perkataan ‘politik wang’, ‘bilik kemasan diri’, ‘bilik termenung’, semua orang Melayu tukar kerana tidak mahu rasa seperti mencarut bila menyebut perkataan rasuah dan jamban. Bahasa melambangkan budaya. Pada masa yang sama, bahasa juga ialah lambang-lambang yang abritrari yang digunakan untuk menerangkan tempat, manusia dan peristiwa. Bahasa digunakan untuk berkomunikasi, dan komunikasi yang baik ialah apabila maksud perkataan yang digunakan dapat menerangkan tempat, manusia dan peristiwa dengan mudah dan tepat. Jadi, kalau tempat orang berak (amik kau!) atau buang najis dipanggil bilik kemasan diri, apa pula tempat orang perempuan bersolek? Kalau rasuah yang hanya melibatkan parti politik dipanggil politik wang, apa pula rasuah bagi merebut jawatan di pejabat, yang tidak ada parti politik yang terlibat?

Wanita yang menjual kemaluan untuk tujuan seks dipanggil ‘sex worker’ dalam bahasa Inggeris, pelacur dalam bahasa Melayu. Kenapa tidak digunakan ‘sundal’? Walaupun kita tak tau asal-usul perkataan itu, tapi perkataan itu tepat dan mudah difahami. Sekarang sudah ada pelacur politik dan pelacur korporat. Tidakkah perkataan ini mengelirukan. Orang akan menganggap Malaysia ramai pelacur!!

Bak kata satu iklan sistem rangkaian telefon , “Express Yourself!”, cakaplah apa yang anda maksudkan. Janganlah cakap apa yang anda tidak maksudkan. Kalau anda hanya bercakap apa yang orang lain hendak dengar, anda kerjalah kat stesyen radio.!

Wednesday, November 5, 2008

Tip 9

Berkongsi bermula sebaik sahaja ada 2 orang. Sekurang-kurangnya berkongsi ruang. Berkongsi semakin perlu sekiranya ada 2 orang yang memiliki lebih daripada tempat bersama. Pada ketika kita berada dalam organisasi yang sama, memiliki matlamat organisasi yang sama dan matlamat kerja yang sama, berkongsi sudah merupakan satu yang tidak boleh dielak.

Kita mungkin perlu berkongsi ruang pejabat dengan cubical yang sempit, berkongsi tempat letak kereta dengan kaedah siapa cepat dia dapat, berkongsi printer dan sistem telefoni secara network, dan juga berkongsi tandas yang sama, walaupun selalunya staff wanita dapat memiliki kunci khas!

Jadi, tidak ada sebab mengapa kita tidak mahu berkongsi matlamat kerja (goal) dengan staff bawahan kita, jika kita seorang boss. Jika kita seorang yang bukan boss, berkongsi juga perlu, supaya boss kita tahu kita ada kerja nak kena buat!

Perkara-perkara lain yang boleh dikongsi ialah perasaan, pengalaman dan bonus!

Seorang boss yang hanya bercakap dengan orang bawahan dalam dua keadaan sahaja adalah boss yang tidak mahu berkongsi. Keadaan pertama boss bercakap apabila dia hendakkan sesuatu. Masih dikira rasional. Keadaan kedua ialah apabila boss marah, baru dia bercakap. Pada masa yang lain, dia tidak mahu berkongsi. Bila isterinya melahirkan anak ketiga, tidak ada siapa tahu melainkan setelah 2 bulan, apabila isterinya telah mula bekerja kembali dan dia terpaksa breakfast di kedai mamak!

Begitu juga dengan staff bawahan. Setelah gagal menyiapkan kerja pada tarikh yang ditetapkan (deadline) dan telah dimarah oleh boss, dia memberi alasan tidak ada sesiapa yang menolong untuk melakukan kerja tersebut dan dia tidak tahu bagaimana cara menyiapkan kerja tersebut. Bolehkah masalah yang tidak selesai diselesaikan jika kita hanya mendiamkannya setelah gagal kali pertama?

Jalan keluar ialah dengan BERKONGSI.

Wa vs. Usrah II

Sebenarnya, penyerahan diri sepenuhnya adalah sinonim Islam. Aku sudah tahu dalam agama ini, kalau kita telah setuju untuk masuk ke dalamnya maka kita mesti melakukan 2 perkara utama. Satu, masuk sepenuhnya dengan sempurna dan tidak separuh-separuh. Semua yang dilalui dalam hidup mestilah Islam dan kerana Islam.

Nombor dua, mesti menyerah diri kepada segala arahan Allah Ta’ala tanpa banyak alasan dan dalih, kata mudahnya, dengar dan patuh. Itulah Islam dalam kerangka yang telah aku fahami selama ini.

Tapi, dua barang ini bukan barang senang. Cakap senang, tak cakap lagi senang!. Nak mencapai tahap pemahaman itu, banyak rentetan pendidikan, ‘brain wash’, tarbiyyah yang kena dan perlu dilalui. Ini barang pun bukan boleh datang bergolek camtu-camtu saja. Kena cari dan bincang, dan, yang paling susah ialah kena amal. Dengan menghadap guru di surau dan masjid atau kelas-kelas memberikan ilmu untuk ke arah itu. Pada aku, ilmu formal berhenti setakat itu sahaja. Praktikal dan aplikasi, kena ada cara lain. Nak bagi ‘masak’ barang itu, tak boleh peram. Kena ‘open table’. Salah satu format yang ada ialah usrah.

Wednesday, September 24, 2008

Tip 8

Gunakan kreativiti.


Setiap perkara ada peraturan dan prosedur yang digunakan sebagai mekanisme kawalan. Termasuk dalam peraturan ialah nilai-nilai dan budaya yang membentuk etika kerja. Peraturan dibuat untuk tujuan pengekalan tahap efisiensi dan juga mutu. Aspek lain yang penting dalam merangka peraturan dan prosedur, ialah aspek cepat (speed). Kini, banyak produk dan perkhidmatan yang lebih mementingkan cepat dan juga murah. Inilah pasangan yang sesuai dalam era kini. Untuk mendapat cepat berpasangan dan kualiti dalam satu situasi, adalah hampir mustahil.


Dalam mencapai matlamat tugas, aspek praktikaliti adalah penting. Prosedur yang berderet-deret mungkin tersedia atas sebab-sebab tertentu. Pada masa yang sama, nilai kreativiti sebagai manusia tidak harus dilupakan begitu sahaja. Ada kala aspek kreativiti perlu untuk untuk mencapai matlamat kerja. Pada ketika yang sama, aspek kepatuhan kepada peraturan dan garis panduan, patut dikorbankan untuk situasi ‘itu’ sahaja.


Salah satu cara membuat bayaran kepada pembekal ialah dengan memindahkan wang ke dalam akaun bank pembekal dengan menggunakan khidmat bank pengantara yang dinamakan telegraphic transfer atau ringkasnya ‘TT’. Proses membuat ‘TT’ secara online banking pula memerlukan ‘line’ internet yang stabil. Proses ini selalunya hanya dibenarkan kepada kakitangan yang berjawatan Pengurus sahaja. Sekiranya, line tidak stabil untuk melakukan ‘TT’ secara online dan keadaan ini berlanjutan selama 2 hari, Pengurus tersebut berkenaan sepatutnya melakukan secara manual dengan pergi ke kaunter bank tersebut.


Fenomena cuti mengejut (Emegency leave) adalah salah satu keadaan yang perlu kebijaksanaan pengurus dan kakitangan bawahan. Prosedur biasa untuk mengambil cuti ialah mendapat kelulusan sebelum bercuti. Namun, dalam kes cuti mengejut, prosedur ini jarang terpakai. Dalam era kini, memaklumkan secara pesanan pendek (Short Message Service) adalah alternative yang praktikal, walaupun tidak digemari oleh ramai pengurus. Jadi, jika ini berlaku, adalah lebih baik kakitangan bawahan mendapatkan Medical Certificate (MC) sahaja, dan, ia juga tidak disukai oleh ramai pengurus. Tapi, sekurang-kurangnya, tiada konflik peraturan yang akan berbangkit!

Wa vs. Usrah I

Dalam rock, bebas dan berani membawa kepada penyerahan diri kepada dunia rock, itu pun kalau nak ikut betul-betul jadi mat rock, kalau setakat cas-cas, rentikanlah. Aku dan ramai kawan-kawan aku tak sampai tahap itu, sebab kita orang cuma cas-cas saja.


Rock hanya ikutan kerana kebetulan ketika jiwa muda sedang mahu bebas dan berani, rock ada di situ. Tidak ada antara kawan-kawan yang tahu ‘rukun-rukun’ rock. Tidak ada yang cuba-cuba tanya, apa ‘syarat sah’ rock? Mula-mula aku ingat rambut panjang adalah salah satu syarat sah, tapi bila keluar band Gersang, aku tak percaya pada syarat sah itu.


Kini, aku merasakan sudah masa untuk sedar bahawa dunia dan zaman rock sudah tidak penting dalam hidup seorang Muslim. Ada ‘tarbiyah’ darinya, tapi setakat itu sahajalah.

Awang Tetap Disini

Keluarga Awang besar. Anak dia 5 orang. Hidup Awang tidak mewah tetapi tidak melarat sehingga kena tinggal dalam gua, atau, di bawah jambatan. Semua anak Awang bersekolah sejak dari umur 5 tahun lagi. Sekolah PASTI.

Pernah sekali, terperangkap dengan masalah cashflow perniagaannya, Awang melakukan perubahan. Dia buat VSS secara kampong. Operasinya dihentikan selama 6 bulan, itu katannya kepada para pekerjanya, yang kebanyakkannya saudara-mara. Semua orang akan dapat gaji terakhir pada hujung minggu itu.

Semua orang yang kerja dengan Awang tahu masalah Awang. Kain batik Terengganu telah kekal pada harga yang ada semenjak tahun 80-an lagi. Kos bahan mentah macam kain dan pewarna pulak meningkat. Itu tak termasuk harga minyak yang tak pernah tak meningkat. Ditambah pulak meniaga kain ini sudah terkenal dengan sistem consignment. Tak ada orang meniaga tunai. Sudahlah begitu, peniaga yang ambil kain Awang ini, memang liat-liat punya kaki. Awang pulak dari golongan muda yang baru nak meniaga. Akhirnya, Awang tewas kepada tekanan.

Tapi, Awang tidak boleh duduk diam tanpa ada kerja. Dia meniaga apam balik pulak di pasar Chabang Tiga. Memang jenis dia pandai cakap dan pandai meniaga, apam baliknya pun menjadi.

Macam manapun, Awang tidaklah mewah tapi tidaklah melarat sehingga kena tinggal dalam gua atau bawah jambatan!

Monday, July 21, 2008

Tip 7

Dalam melakukan kerja, kita selalunya berhadapan dengan 3 jenis kerja. Satu, kerja yang senang (dan susah). Dua, kerja yang kita suka (dan yang kita tak suka). Tiga, kerja yang penting (dan tak penting). Dalam tiga jenis (atau enam jenis) kerja ini, selalunya kita suka buat yang kerja senang, dan, semua orang pun akan sangat suka menolong kita kalau kerja itu kerja yang senang. Macam manapun, biasanya kita akan bagus dalam kerja yang kita suka, tidak kira kerja itu senang atau tidak. Efisien akan berada pada tahap terbaik jika kita melakukan kerja yang kita suka walaupun kerja itu senang tapi penting.!

Bagaimanapun jika terpaksa membuat pilihan kerja yang perlu diutamakan, kerja yang sepatutnya dilakukan ialah kerja yang penting. Kerja ini, bagi orang bawahan, selalunya adalah kerja yang diarahkan oleh pengurus. Bermakna, kalau boss tak suruh, kerja itu kurang atau tidak penting. Kerja yang penting mengatasi kerja yang senang dan kerja yang disukai.

Bagi para pengurus pula, perkara yang penting pula ialah perkara yang berkaitan dengan misi dan visi syarikat. Pernyataan misi dan visi adalah ‘pedoman hidup’ organisasi. Inilah sebabnya, sebuah syarikat yang tidak ada misi dan visi selalunya akan menyaksikan pengurus membuat kerja-kerja yang senang, yang sepatutnya dibuat oleh pekerja lain, seperti menemuduga pekerja baru untuk jawatan kerani, memilih pembekal untuk membekalkan alatulis atau kemeja korporat, menyediakan aktiviti untuk hari keluarga syarikat atau kerja-kerja mudah lain.

Selain dari arahan oleh pengurus, keutamaan kerja juga berkait rapat dengan misi dan visi syarikat. Adalah baik kalau setiap orang dalam organisasi tahu misi dan visi syarikat dan pada masa yang sama ‘menjiwai’ misi dan visi ini. Jika ini berlaku, tidak akan timbul konflik keutamaan kerja kerana semua tahu dan faham, apa yang perlu syarikat capai pada masa terdekat dan pada masa akan datang.

Thursday, July 17, 2008

Isi Dan Kulit-Tiga

Mat rock mendapat persepsi yang sangat buruk dalam masyarakat, jarang-jarang ada yang menghormati kebebasan dan keberanian mat rock. Rata-rata mengutuk penampilan diri dan gaya selamba mat rock. Mat rock ni macam hina sungguh.Bahkan mat rock lebih hina dari mat dasi yang songlap duit! (Lu orang pernah dengar ke kata-kata ni?.) Kalau dibariskan mamat yang ikut gaya Amy (sebelum dia botakla) dengan satu mamat yang tiru gaya Nasser Wahab untuk di tembak, lu ingat sapa yang terpilih?? Berat beb!.

Tapikan, ini aku sajalah gatal mulut. Cuba korang tengok realiti kat Malaysia, antara Papa Rock, Ratu Rock, Pop Diva, Raja Pop, Ratu Dangdut (ada ke?), Raja Lawak dan Ratu Jazz, siapa yang paling banyak kali kantul dadah dan keluar masuk serenti? Sendiri mau ingat, beb, ada orang lihat kulit, ada orang lihat isinya!

Itulah realiti, tapi realiti itu sendiri adalah satu persepsi. Fuh, berat ni. Mula-mula aku dengar benda ni, macam nak tercabut bulu roma. Ini pun datang dari orang jenis ada baca punya. Tak apalah, biarlah benda itu.

Kini, aku mengharungi hidup bersama-sama kumpulan, bukan kumpulan rock, yang juga mendapat persepsi negatif dari masyarakat terutama pada tahun 80-an. Banyak gelaran yang diberikan kepada kumpulan ini. Gelaran-gelaran ini sebahagian besar membentuk persepsi masyarakat kepadanya. Bagi mereka, gelaran-gelaran ini tidak pernah mereka jangka akan melekat pada mereka, kerana mereka yakin, mereka bukan seperti yang mereka digelar. Macam manapun, itulah realiti. Itu jugalah persepsi. Terpulang kepada manusia untuk menjalani hidup, sama ada mahu mengambil berat tentang persepsi atau tidak.

Gelaran paling besar ada dua. Satu, pemecah belah masyarakat. Dua, anti kemajuan. Kalau digabungkan kedua-duanya, jadilah aku satu manusia mundur yang tak suka berkawan. Berat beb!. Tidak pernah aku hidup begitu sepanjang hidup aku yang dah masuk otai ni. Dan, aku juga yakin tidak ada satu kaum pun yang mahu jadi begitu. Sudahlah hidup susah, kera sumbang lagi. Macam manapun, macam aku kata, itulah realiti. Itulah persepsi.

Tapi, itu dululah. Paling lewat pun, sebelum pilihanraya umum Malaysia k eke-12 bulan Mac baru-baru ini. Sekarang dah lain. Mungkin. Itu satu persepsi.

Monday, June 23, 2008

Tip 6

Membuat keputusan adalah satu tindakan penentu dalam satu-satu situasi. Proses membuat keputusan mempunyai urutan tindakan yang perlu diikuti. Bermula dengan bahagian pertama iaitu mengenalpasti masalah/ isu dan berakhir dengan memilih alternatif terbaik untuk dilaksanakan. Bahagian kedua ialah memantau pelaksanaan dan memperbaiki keadaan yang juga merupakan salah satu langkah dalam proses mengenalpasti masalah/isu. Proses ini akan membentuk satu kitaran membuat keputusan.

Jangkamasa proses membuat keputusan, atau, satu keputusan, bergantung kepada banyak faktor. Jika keputusan yang diambil itu menjangkau hingga 5 hingga 10 tahun, untuk mendapatkan kesan, keptusan itu selalunya dinamakan keputusan jangkapanjang. Begitupun, jangkapanjang atau pendek bergantung kepada faktor-faktor lain seperti jenis dan tujuan organisasi, tujuan organisasi, jenis dan tujuan aktiviti dan faktor geografi organisasi beroperasi.

Lebih tinggi jawatan dalam organisasi, lebih penting keputusan yang perlu dibuat. Namun dari segi kekerapan membuat keputusan, penjawatan jawatan tinggi tidak akan kerap membuat keputusanberbanding mereka yang berjawatan rendah. Ambil perbandingan seorang Ketua Eksekutif (Chief Executive Officer) dan juru gegas (dispatcher) dalam sebuah organisasi.

Ketua Eksekutif akan merancang (jangkapanjang dan jangkapendek) visi, misi dan sasaran syarikat. Ini selalunya dibuat pada awal jangkamasa tersebut (sekali). Keputusan meningkatkan prestasi dalam peringkat pemantuan pula mungkin akan dilakukan pada setiap suku tahun, iaitu 4 kali setahun. Perancangan dan mengambil keputusan berkaitan sasaran tahun hadapan dan sasaran terdekat juga biasanya pada akhir tahun sebelumnya iaitu sekali. Bagi keputusan berkaitan aktiviti-aktiviti berasaskan projek pula, Ketua Eksekutif atau Pengurus Projek akan membuat keputusan dengan kadar yang sama atau hampir sama seperti dalam proses merancang sasaran untuk jangkapanjang. Dilihat dari fenomena ini, semua keputusan yang perlu dibuat oleh Ketua Eksekutif, juga selaku Pengurus Projek, adalah penting tetapi tidak dilakukan pada setiap hari.

Untuk menghantar surat atau dokumen sahaja adalah satu tugas yang besar. Namun, dari segi hirarki kepentingan (priority), tugas itu berada agak terkemudian berbanding dengan apa yang dilakukan oleh Ketua Eksekutif. Jadi seorang jurugegas mesti membuat keputusan terbaik untuk sampai ke tempat yang dituju dengan segera. Faktor-faktor yang diambilkira termasuk jenis kenderaan dan jalan yang akan dilalui, juga faktor cuaca. Keputusan-keputusan tersebut akan mempengaruhi bilangan tujuan dan bilangan dokumen yang boleh ‘diuruskan’ dalam satu hari hingga tugasnya selesai. Itu tidak termasuk menolong kawan untuk membeli ‘pizza’, nasi goreng kampong atau kari kepala ikan untuk makan malam.!

Dari kedua-dua fenomena di atas, jurugegas mesti membuat keputusan sekurang-kurangnya sekali setiap hari, tujuh kali seminggu dan dua puluh lima kali sebulan berbanding Ketua Eksekutif yang hanya membuat keputusan, mungkin, sekitar 4 hingga 5 kali sahaja dalam sebulan.

Thursday, June 19, 2008

Produk Batik dan Bukan Batik






Kumpulan gambar-gambar batik Awang dan bukan batik yang bukan kepunyaan Awang.

Isi Dan Kulit - Dua

Masa belajar di ‘U’, lecturer aku pun ada bagi benda yang hampir sama. Dalam hal ini, sebenarnya semua student sudah ada persepsi yang negatif tentang lecturer ini sebelum kuliah pertama lagi. Kata dia ‘A’ untuk Allah. Bagi aku, O.K. tu, Islamik. Lepas tu, ‘B’ untuk saya. “Alamak!”. Akhir sekali, ‘C’ dan ‘D’ untuk kamu semua. “Alaamaaaak!”.

Tapi, dia tak buat pun apa yang dia cakap.

Inilah satu barang berat yang mat rock, atau yang ‘cas-cas’ mat rock, kena lalu. Entah kenapa ramai yang berbulu dengan mat rock. Pasal ‘dressing’, pasal rambut, pasal slanga, pasal macam-macamlah. Apa lagi kalau mat rock yang disebut-sebut tu bertaraf selebriti. Semuanya tak kena. Sampai satu masa dulu, mat rock kena gam dari keluar tv. Kalau nak keluar tv jugak, kena potong rambut dulu. Tapi, kalau lu jadi penulis, rambut lu dah cecah dagu pun o.k. Tak da hal..Lu, nak berumah tangga dalam tv pun boleh. Itu dulu lah.

Masa tengah naik ramai yang tak boleh tengok mat rock pakai seluar ‘fit’. Kat sekolah cikgu displin siap standby botol oren untuk menyukat ke-‘fit’-an seluar budak-budak lelaki. Budak perempuan o.k. Kalau boleh lagi ‘fit’ lagi bagus. Kalau botol oren lepas, seluar boleh pakai. Kalau botol oren sangkut, tuan punya seluar pun sangkut. Ceh, masa tu belum ada botol oren 1.5 liter. Semua 500 ml. Tapi, aku memang tak ada masalah, sebab saiz seluar aku tak pernah kurang dari saiz 31. Pulak tu, bumper besar, beb!

Dulu-dulu aku pun heran, kenapa orang tua tak pernah sound anak-anak dia orang dressing macam Jamal Abdillah ke, Latif Ibrahim ke, atau, Sanisah Huri. Pada hal anak-anak dia orang kerja kilang je. Atau pun , yang lagi power, tolong ‘potong buah’ je atau tolong ‘angkit’ getah. Tapi bila dressing macam SweetChat, Search atau koman-koman Gersang, riuh sekampong. Bukan setakat mak bapak sendiri yang sound, mak bapak orang lain pun tumpang sekaki, berbulu betul. Sebab, wa dah kena!

TRANSLATION