Wednesday, December 17, 2008

Usaha Islam Lagi!

Melihat bidaah secara terbuka sebagai apa2 sahaja yang bercanggah dengan AQ dan Assunnah, maka skop perbandingan antara zaman Nabi SAW dengan zaman sekarang menjadi semakin luas. Kemungkinan berlaku pandangan bidaah ini termasuk memakai T-shirt roundneck, bermain futsal, menaiki kereta berinjin V6, makan pizza dan lain-lain yang hanya ada pada zaman ini. Masyarakat kini mengamalkan terlalu banyak bidaah dalam kehidupan, termasuk membaca e-mail. Namun, mungkin tafsiran ini terlalu ekstrem dan terkeluar dari intelektualiti. Banyak istilah yang perlu dijelaskan seperti konsep ibadah, konsep Ad-Din dan bidaah itu sendiri. Bagaimanapun, bidaah tetap merupakan ciptaan baru, yang direka secara sedar yang bercanggah dengan AQ dan assunnah.

Berdasarkan dua pandangan berkaitan bidaah, perkara baru yg direka secara sedar banyak berlaku di Malaysia. Dalam solat, misalnya golongan anti-hadis telah mencipta solat hanya ada 3 waktu sahaja, dan ada pengamal ilmu kebal menyatakan solat hanya pada niat sahaja. Selain itu, Ayah Pin, telah mencipta bidaah paling hebat dengan mendakwa dirinya Tuhan dan mempunyai kerajaan langit. Begitu juga dengan amalan2 bomoh dan dukun2 melayu yang terkenal dengan jampi mentera dan penggunaan makhluk halus, dengan dicampur adukkan dengan ayat AQ. Inilah ciptaan baru dengan sedar dalam masyarakt melayu. Tidak dinafikan, masyarakat Islam Malaysia turut mengamalkan kenduri arwah 3 hari, 10 hari, 40 hari dan 4 tahun sebagai salah satu ritual, namun, dia adalah atas kejahilan masyarakat Islam yang sekadar mengikut-ikut, tanpa tahu hujung pangkal. Situasi ini tidak sama dengan orang yang sengaja mencipta ritual baru. Ia adalah sesat. Jahil dan sesat tidak berada dalam kelompok yang sama. Kejahilan boleh di atasi dengan ilmu tapi kesesatan dengan sedar perlu dihakimi dan dibunuh, jika perlu (murtad).

4 comments:

goooooood girl said...

your blog is so good......

Letting the time pass me by said...

Bro Medon
Al-Quran itu sememangnya sumber rujukan no. 1, dan hadis sumber rujukan no. 2... Kalau orang benar-benar ikhlas didalam mencari kebenaran, maka Insyallah Allah akan memberi petunjuk kebenaran...

Kalau orang tak nak ikut hadis, nanti kat "sinun", dia kenala carik orang lain untuk bagi syafaat.. Kita nie yang mengaku umat nabi Muhammad, kenala ikut "guideline" yg ditunjukkan Rsullullah.. tetapi biasala, mesti ade percanggahan-percanggahan pendapat... Wallahu'alam ...

p/s ... Gua main gitar tak pakai buku chord pun, pakai tibai aje...

tinta said...

Salam,
saya bertemu dengan seorang kenalan dan kami membincangkan terperinci ttg pembentukan ummah yg kini kian bertebarai akibat banyak sangat pendpt serta argument.
Perasan atau tidak; ramai yang terikut-ikut dengan ilmu sekular apabila bercakap ttg sesuatu berkaitan dengan tauhid serta perkara yang mendasar dalam Islam.Satu aspek yang tidak dapat kita nafikan betapa besarnya 'gap' atau missing link dalam sistem pendidikan yang kita lalui berbanding dengan apa yang dikehendaki melalui apa yang diperintahkan Allah di dalam AlQuran.
AlQuran dan hadith sahih adalah rujukan; satu fakta yang tidak boleh dipertikaikan.

Unknown said...

terima kasih atas komen yang dikongsi. Islam is the ONLY way of life..

TRANSLATION