Wednesday, December 17, 2008

Wa Vs. Usrah III

First time dengar usrah memang tak selesa. Macam budak sekolah sikat belah tepi aja bunyi dia!. Entah apa-apa. Gabra pun ada bila nak join. Maklumlah, kali pertama. Orang kata, selalunya kali pertama susah sikit. Entahlah, belum cuba belum tahu.

Entah ‘syeikh-syeikh’ tu nak suruh aku buat malam usrah pertama aku agaknya.

Jeng, jeng. Pertama kali, aku cuma jadi pendengar yang setia. Semuanya bercakap ‘power’, dan, aku suka sebab sesuai dengan jiwa dan konsep bebas dan berani yang masih aku pegang. Bebas bercakap dan semua berani. Hentam itu dan ini, agak-agak lunyai, lepas tu tukar tajuk lain. Aku tengok usrah ni ada pakai buku rujukan. Buku rujukan pulak mesti seragam. Aku, sebab tak tau, datang lenggang-kangkung malam itu. Tapi, lepas itu, sibuklah aku bertanya kawan-kawan rujukan-rujukan yang perlu dibawa dan dibuat persediaan. Itulah mula aku mencari kedai buku dan membeli buku-buku tulisan Omar Tilmisani, Syed Qutb, Said Hawwa dan yang lain. Rupa-rupanya ada buku begitu dalam dunia ini. Aku ingat buku kod gitar lagu rock sahaja yang ada kat kedai

1 comment:

Letting the time pass me by said...

Bro Medon
Kongsi la sikit pengalaman Usrah tu... i.e tajuk-tajuk yg diperbincangkan dan sebagainya...

Menarik jugak nak tahu apa yang diusrahkan selalu...

TRANSLATION