Tuesday, December 23, 2008

Berbulu?

iGoogle

Berapa banyak kali engkau berjumpa dengan satu mamat yang membuatkan engkau berbulu?

Memanglah, disebabkan engkau adalah dari kategori mamalia, engkau memang banyak bulu. Selain dari mata, gigi, tapak kaki dan tapak tangan (kalau tapak tangan berbulu, mesti ada sebab!), tempat-tempat lain tentu berbulu. Tidak kiralah bulu halus atau kasar, bulu wangi atau tidak.

Tapi, bukan bulu itu yang nak dibincangkan. Rasa berbulu dengan mana-mana mamat adalah sebab, satu, mamat tu banyak bunyi, aku pernah dengar ada orang kata dia tu ‘kuat mericau’ atau ‘mulut macam bertih goreng’.

Kedua, sebab engkau berbulu ialah, setiap kali mamat tu berbunyi, mesti dia yang menang. Dalam bahasa buku, ‘orang itu pandai berkata-kata’ atau ‘orang itu pandai cakap’.

Pandai cakap pulak bukanlah maknanya dia tidak bisu, itu pun pandai cakap juga, tapi yang ini ialah benda yang berkaitan dengan skil menggunakan perkataan untuk meyakinkan orang lain yang dilawan bercakap. Dia mesti menggunakan perkataan, kalau tidak gunakan perkataan, tidak aci! Seperti, gunakan wisel untuk memberhentikan gerakan, atau, gunakan rotan untuk membuatkan orang diam. Jadi, itulah dia yang aku maksudkan dengan perasaan berbulu.

Perasaan berbulu pulak tidak disusuli dengan tindakbalas kimia dan biologi dalam badan engkau. Iaitu, setiap kali engkau rasa berbulu, tidak akan tumbuh sehelai bulu pada tubuh engkau disebabkan oleh perasaan berbulu itu. Sebab kalau ia ada kaitan, mungkin sekarang, tinggal kuku kau sahaja yang tidak berbulu. Dalam masyarakat yang suka menyindir dan menyimpan perasaan, rasa berbulu adalah fenomena (dijiwa!!) harian orang Melayu. Jadi, engkau selalunya lebih banyak rasa berbulu dari rasa mengantuk, rasa lapar atau rasa masin.

Aku akan share ini barang pada masa akan datang..

4 comments:

tinta said...
This comment has been removed by the author.
tinta said...

Maaf sebab ada kesilapan ayat dalam post komen terdahulu.
Jika saya boleh mudahkan pendapat ini dalam bahasa yang mudah; ia menyimpulkan mengapa kita "uncomfortable"/ menyimpan geram/ marah apabila berdepan dengan seseorang. Rata-rata, ia berpunca dari sebab yang agak customised i.e. bergantunglah pada mana-mana individu sebab-sebab yang menyebabkan ianya tidak selesa/ geram pada individu yang menjadi punca (stressor).
Setiap orang mempunyai pendapat dan style sendiri; saya juga satu ketika dulu memang agak meluat bila berhadapan dengan individu yang tetap ingin menegakkan pendapatnya walaupun ianya ternyata salah serta tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Bagaimanapun, apa yang menyebabkan seseorang itu berkarakter banyak bercakap atau ingin menang setiap kali bercakap pada saya ada puncanya. Individu ini yang nyata antara individu yang kurang mendapat perhatian kasih sayang serta mengharapkan dirinya dihormati serta diberikan perhatian.
Satu lagi, apabila kita berbulu/ meluat, sebenarnya ada tindakbalas kimia di dalam badan iaitu hormon yang meransang peningkatan denyutan nadi, paras kolesterol dan tekanan darah.
Saya berpendapat, penawar yang paling baik apabila berhadapan dengan manusia berkenaan ialah berlapang dada, merendah diri serta berikan ruang untuknya bercakap; the rebuttal can be done at some other time when appropriate. Sebab, ini semua membantu kita dari mendapat masalah kesihatan seperti masalah jantung dan darah tinggi.

salam hormat

Unknown said...

terima kasih atas komen yang dikongsi bersama. tq, creatively!

goooooood girl said...

your blog is so good......

TRANSLATION