Tuesday, November 18, 2008

Tip 10

Bagi orang Islam, membaca Al-Quran merupakan pendekatan terbaik untuk mengatasi tekanan. Membaca Al-Quran boleh dilakukan dengan dua pendekatan. Anda boleh membaca Al-Quran dalam sembahyang, yang turut melibatkan kebolehan anda menghafal ayat-ayat di dalam Al-Quran. Anda juga boleh membaca Al-Quran dalam keadaan santai-dengan menjaga adab-adab membacanya-di luar sembahyang.

Ketawa dengan bahan humor dapat mengalihkan tumpuan anda dari perkara yang memberi tekanan, kepada bahan humor yang tertentu. Humor juga melibatkan daya kreativiti anda dan aktiviti ini secara tidak langsung akan merangsang otak anda untuk bekerja dengan cara yang berbeza. Otak anda akan sibuk melakukan perkara lain dan tidak akan mengambilkira tekanan yang sedang anda hadapi.

Jika anda tidak gemar kepada humor, lebih baik anda tidur. Tetapi, bukanlah tidur yang biasa, yang memerlukan anda menggosok gigi dan menukar pakaian sebelum melakukannya. Tidur yang pendek boleh mengalihkan otak dari memikirkan perkara-perkara yang berkaitan dengan tekanan yang sedang anda hadapi. Tidur juga dapat merehatkan otak dan fizikal. Cuma, satu sahaja masalah, iaitu, tidur di pejabat semasa bekerja, bukanlah satu yang baik dalam masyarakat kita.

Kalau anda tidak suka humor dan anda juga mempunyai persepsi bahawa tidur semasa bekerja bukanlah satu yang baik, anda buatlah secawan minuman yang paling anda suka, yang mudah anda perolehi, kecuali minuman beralkohol. Sekiranya anda perlu keluar dari pejabat sejauh 10 kilometer untuk mendapatkan teh-epal yang anda suka, lupakanlah. Tetapi, jika jarak yang perlu anda lalui ialah 50 atau 100 meter, maka, lakukanlah kerana berjalan-jalan pada jarak yang pendek juga merupakan satu cara untuk mengatasi tekanan. Oh, jangan lupa. Setelah anda buat minuman tersebut, anda mestilah menikmatinya. Jangan buatkan minuman itu untuk orang lain!.

Jika semua yang di atas anda tidak suka, anda ada pilihan terakhir iaitu menangis! Lakukanlah sepuas-puasnya dan kalau anda mahu, lakukanlah sambil bercakap-cakap dengan diri anda sendiri. Satu perkara yang penting jika anda mahu menangis ialah tempat untuk anda lakukannya. Janganlah anda menangis dalam mesyuarat bulanan jabatan anda terutamanya jika anda seorang pengurus. Jangan pula anda menangis ketika anda sedang makan tengahari sama ada dengan rakan-rakan sepejabat atau berseorangan. Carilah tempat yang sesuai.

Usaha Islam I

Sekiranya tulisan ini bercanggah dengan al-Quran (AQ) dan Assunnah, maka janganlah diambil walau sedikit pun. Tujuan tulisan ini adalah untuk mengajak orang yg sayang dan mahukan Islam tegak di negara ini, supaya menumpukan tenaga dan sumber lain secara fokus dan kolektif ke arah yang diingini. Tidak mengajak apa yang sedang bergerak ke satu sudut yang terasing dan memperuntukkan banyak masa dan tenaga kepada satu usaha lain.

Persoalan ibadah, bidaah dan kejahilan akan dirangkum secara rawak. Kegagalan meletakkan nas-nas yg jelas adalah kerana kelemahan diri sendiri kerana tidak dapat menghafal ilmu-ilmu yg diturunkan oleh ustaz2 dan ulama2’. Inisiatif sendiri diperlukan untuk membuat rujukan.

Masyarakat Islam Malaysia telah lama berada dalam kepompong sendiri. Perubahan demi perubahan kerap dicuba oleh ulama2 untuk mengubah tahap pemahaman masyarakat Melayu terhadap agama Islam. Setelah 50 tahun merdeka, secara rambang, masih banyak amalan2 yg sangat bertentangan dengan Islam menjadi budaya dalam masyarakat Islam. Masyarakat kampung terperangkap dengan amalan Islam bercampur aninisme sementara masyarakat Bandar selesa dengan budaya hedonisme. Kegiatan2 yang menular tidak menunjukkan tanda2 untuk reda.

Salah satu aspek kecelaruan dalam masyarakat Islam ialah bidaah. Mengambil tafsiran bidaah sebagai tokok tambah dalam ibadah, masyarakat Islam kelihatan seolah2 rela dengan tokok tambah ini. Bagaimanapun, jika dilihat dengan mendalam, bidaah adalah satu ritual yg tidak pernah dibuat oleh Nabi SAW, tetapi ada pada masa ini, dan, ia dicipta dengan sengaja dan sedar oleh seseorang atau sekumpulan orang Islam. Dengan kata lain, ia adalah rekaan semata-mata. Inilah yang difahami. Merujuk kepada kenyataan itu, siapakah dalam masyarakat yg dengan sengaja mereka-reka sesuatu yang baru itu? Lalu jawapannya ialah ‘orang dulu2’ dan masyarakat secara buta-tuli mengikut sahaja. Masyarakat tidak memiliki ilmu untuk menilai sesuatu ‘ritual’ itu sebagai ibadah atau bukan. Masyarakat ikut-ikut sahaja.

Masyarakat menjadi pengamal bidaah secara tidak sedar. Dengan kata lain, masyarakat Islam Malaysia, jahil.

Friday, November 14, 2008

KENAPA LA JADI BODO??

Kalau ko ada 10 ribu apa ko bole buat? Kalau buat extension rumah, dapatlah 5’ x 7’ kot. Beso gak tuh. Sepuluh tahun simpan duit, kalu buat down payment kete, dapat kete baik tu. Kalau tidak pun, beli golf set, kalau makan sate kajang, 10 tahun baru habis duit. Tapi, tiba2 ko bawak diri pegi Arab Saudi, Kenapa?

Bertungkuslumus simpan duit, sampai kat Arab Saudi, yg ko bole pakai ialah dua kain yg tak berjahit, kasut kulit pun takleh pakai, klu tutup atas. Topi golf srixon 50rgt pun tak boleh pakai. Minyak wangi pun takleh pakai, bukan itu je…bulu idung pun takleh cabut!! Dengan 10ribu, ko Cuma dapat duduk kat dorm saja, org kata muasasah, kalu muat, belasah…toilet kongsi dengan beribu2 entah2 berjuta orang, berebut2 cari batu, pas tu baling kat tunggul batu pulak..kenapa?

Berebut2 lari2 anak dari bank bukit kecil 7 kali, pastu pusing kotak batu 7 kali, kenapa? Tidak ke ko nampak bodo? Belajar tinggi2 sampai universiti yg takde org sampai dlm hutan, ada yang masuk sampai 3 universiti (bart salah sorang)..tapi buat menda2 yang takde pekdah langsung? 40 hari dok kat padang pasir, jln sana-sini, apa ko dapat? Ada yang penat, ada yang meninggal, ada yang lelah…seme tu kena bayar sendiri…..kenapa?

Tidak ke bodo, pakai 2 helai kain, sedangkan kat sini, baju ko rega beratus2, jeans jam kasut….beribu reganya, tetiba pakai kain sal 2 helai tak berjahit, tanpa perfume, tanpa tutup kepala,tanpa kasut mahal, kenapa? Tak ke nampak bodo? Buang duit, buang masa, buang tenaga, ambik risiko semata-mata nak buat benda2 yang tak de pulangan langsung? Kenapa jadi begitu bodo sekali mcm orang tak de akai? Tak tau mana yg selesa dan selamat banding dengan yg belemuih, dan berisiko? Bodo?

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

Bukan ke seme benda ko kene jadi camtu? Klu Allah suruh buat dulu, jangan banyak soal. Hikmat ke, kebaikan ke, kendian baru piker. Buat dulu, sebab, Allah suruh!! Ko tak tak tau apa2, jangan bagi alas an ituini, sebb Allah suruh. Betul?

So, mana satu yang bodo?

MAKI & MENCARUT (18SX)

SHIT! Ingat lagi tak dengan novel satira dengan tajuk ini? Tajuk novel ini, dalam bahasa Melayu, mengikut kata penulisnya ialah P*K*M*K! (gantikan * dengan huruf vocal yang sesuai!). Bila diajukan persoalan tentang mencarut dan memaki, penulis menyatakan bahawa dia tidak mencarut, sebalik pemimpin yang ada pada masa itu yang menyebabkan perkataan itu digunakan untuk menggambarkan keadaan pada ketika itu.

Dalam hidup kita bersama-sama anak-anak, kita akan diruntun perasaan tertekan jika kita mendengar anak-anak kita mengeluarkan perkataan yang boleh membuatkan telinga ‘berdesing’. Perkataan yang keluar dari mulut anak-anak adalah ‘ikhlas’, dia bercakap apa yang dia mahu cakap pada masa itu. Kebanyakkan perkataan mereka dapat semasa di sekolah atau di tempat mereka ditempatkan di luar waktu sekolah. Kalau dia kata, ‘babi’, bukanlah dia nampak binatang tersebut. Kalau dia kata ‘bodoh’, bukanlah dia tahu ciri-ciri orang bodoh. Itu anak-anak.

Bagi orang dewasa, maki adalah betul-betul apa yang dia cakap. Kalau ada lelaki kata ‘babi kau!’, maknanya dia ‘nampak’ babi itu. Kalau dia kata ‘bodoh’, dia tahu dia tidak bodoh tapi orang lain yang bodoh. Kalau dia kata ‘hantu air kau’, dia saja ambik hati kita dengan perkataan yang dia sendiri tidak tahu apa maknanya. Itulah maki.

Maki tidak semestinya mencarut. Kalau anda kena maki, ‘lahabau!’, anda pun tidak tahu apa maknanya. Setakat ini, orang Melaka pun tidak dapat bagi tahu apa itu ‘lahabau’. Jadi, pada masa itu anda memang telah kena maki, cuma, orang yang memaki anda tidak mencarut. Tapi, kalau anda kena maki, ‘celaka lahabau, anak s**l!’, anda memang boleh yakin bahawa anda telah kena maki dengan kata-kata mencarut. Jadi mana satu yang membuatkan anda lebih marah, orang maki anda atau orang mencarut, walaupun tidak ada kena mengena dengan anda.

Contoh makian lain yang tidak mencarut ialah ‘kayu’, ‘penyapu’, ‘mangkuk’ (sama ada berayun atau tidak), atau, perkataan-perkataan lain yang tak ada kena mengena dengan kelucahan.

Tapi, betulkah menyebut perkataan yang kita kategorikan ‘lucah’ itu sebagai mencarut? Perkataan ‘tetek’, ‘punai’, ‘burit’, ‘lancau’, ‘bontot’ dan lain-lain. (Baca yang ini pun dah ‘bebulu’, kan?). Kalau kata-kata itu semua, dan yang lain-lain itu mencarut dan tidak baik, kenapa perkataan itu semua boleh ada dalam perbendaharaan kata orang Melayu, sama ada bahasa pasar atau bahasa baku?

Ada orang yang cuba menerangkan penampilan anda secara fizikal. Dia melihat ada sekelompok bulu yang lebat dan hitam di bawah dagu anda. Keadaannya kemas dan terurus. Dia mungkin berkata, “Cantik janggut sheikh!”. Anda tentu rasa ‘kembang’ (bukan mencarut ni!).

Cuba yang ni pulak. Anda jumpa rakan sepejabat. Perempuan. Kalau anda berani, satu pagi Jumaat, katalah, “Cantik kerongsang kat tetek Kakak!”. Lepas tu lari cepat-cepat! Kalau tidak kena pelempang, anda mungkin makan kasut! Dan, apa perasaan anda dengan cadangan ini? Mencarut?

Cuba anda cari perkataan yang sesuai untuk menerangkan sepasang anggota perempuan yang terletak di dada dan menonjol ke hadapan. Selain buah dada dan payudara, orang Melayu panggil anggota itu ‘tetek’! (Aku dah warning, benda ni 18SX!). jadi, memang itulah nama untuk benda tu! Kalau tidak nak panggil apa lagi?

Atau pun, anda cuba membantu kawan yang telah terduduk di atas kerusi yang terkena tumpahan kari, dengan berkata “Eh, bontot kau ada kari.” Kawan anda mungkin marah anda sebab mencarut dan lupa tujuan baik anda untuk memberitahu apa yang dia tidak tahu. Anda patut berkata, “ Ada kari dibelakang kau.” Baik dan bersopan, mengikut ukuran orang Melayu.

Ini samalah macam kes babi. Dulu-dulu, binatang pink yang berkaki pendek dan berhidung penyek, dan pengotor, orang Melayu, orang Cina, orang Putih, Susan Lankaster, panggil babi. Sekarang, orang Cina, orang India, orang Putih, Susan Lankaster masih panggil binatang tu babi dan mereka makan dagingnya. Tapi, orang Melayu yang tak makan daging babi, dah tak panggil binatang itu babi. Mungkin tak sampai hati nak panggil binatang itu ‘babi!’ agaknya. Kalau betul-betul orang Melayu pergi ke kandang babi dan panggil ‘hoi khinzir!’, agak-agak babi-babi semua menyahut ke? Jadi, perkataan babi ini perkataan mencarut ke? Iye ker?

Begitu jugalah dengan perkataan-perkataan ‘politik wang’, ‘bilik kemasan diri’, ‘bilik termenung’, semua orang Melayu tukar kerana tidak mahu rasa seperti mencarut bila menyebut perkataan rasuah dan jamban. Bahasa melambangkan budaya. Pada masa yang sama, bahasa juga ialah lambang-lambang yang abritrari yang digunakan untuk menerangkan tempat, manusia dan peristiwa. Bahasa digunakan untuk berkomunikasi, dan komunikasi yang baik ialah apabila maksud perkataan yang digunakan dapat menerangkan tempat, manusia dan peristiwa dengan mudah dan tepat. Jadi, kalau tempat orang berak (amik kau!) atau buang najis dipanggil bilik kemasan diri, apa pula tempat orang perempuan bersolek? Kalau rasuah yang hanya melibatkan parti politik dipanggil politik wang, apa pula rasuah bagi merebut jawatan di pejabat, yang tidak ada parti politik yang terlibat?

Wanita yang menjual kemaluan untuk tujuan seks dipanggil ‘sex worker’ dalam bahasa Inggeris, pelacur dalam bahasa Melayu. Kenapa tidak digunakan ‘sundal’? Walaupun kita tak tau asal-usul perkataan itu, tapi perkataan itu tepat dan mudah difahami. Sekarang sudah ada pelacur politik dan pelacur korporat. Tidakkah perkataan ini mengelirukan. Orang akan menganggap Malaysia ramai pelacur!!

Bak kata satu iklan sistem rangkaian telefon , “Express Yourself!”, cakaplah apa yang anda maksudkan. Janganlah cakap apa yang anda tidak maksudkan. Kalau anda hanya bercakap apa yang orang lain hendak dengar, anda kerjalah kat stesyen radio.!

Wednesday, November 5, 2008

Tip 9

Berkongsi bermula sebaik sahaja ada 2 orang. Sekurang-kurangnya berkongsi ruang. Berkongsi semakin perlu sekiranya ada 2 orang yang memiliki lebih daripada tempat bersama. Pada ketika kita berada dalam organisasi yang sama, memiliki matlamat organisasi yang sama dan matlamat kerja yang sama, berkongsi sudah merupakan satu yang tidak boleh dielak.

Kita mungkin perlu berkongsi ruang pejabat dengan cubical yang sempit, berkongsi tempat letak kereta dengan kaedah siapa cepat dia dapat, berkongsi printer dan sistem telefoni secara network, dan juga berkongsi tandas yang sama, walaupun selalunya staff wanita dapat memiliki kunci khas!

Jadi, tidak ada sebab mengapa kita tidak mahu berkongsi matlamat kerja (goal) dengan staff bawahan kita, jika kita seorang boss. Jika kita seorang yang bukan boss, berkongsi juga perlu, supaya boss kita tahu kita ada kerja nak kena buat!

Perkara-perkara lain yang boleh dikongsi ialah perasaan, pengalaman dan bonus!

Seorang boss yang hanya bercakap dengan orang bawahan dalam dua keadaan sahaja adalah boss yang tidak mahu berkongsi. Keadaan pertama boss bercakap apabila dia hendakkan sesuatu. Masih dikira rasional. Keadaan kedua ialah apabila boss marah, baru dia bercakap. Pada masa yang lain, dia tidak mahu berkongsi. Bila isterinya melahirkan anak ketiga, tidak ada siapa tahu melainkan setelah 2 bulan, apabila isterinya telah mula bekerja kembali dan dia terpaksa breakfast di kedai mamak!

Begitu juga dengan staff bawahan. Setelah gagal menyiapkan kerja pada tarikh yang ditetapkan (deadline) dan telah dimarah oleh boss, dia memberi alasan tidak ada sesiapa yang menolong untuk melakukan kerja tersebut dan dia tidak tahu bagaimana cara menyiapkan kerja tersebut. Bolehkah masalah yang tidak selesai diselesaikan jika kita hanya mendiamkannya setelah gagal kali pertama?

Jalan keluar ialah dengan BERKONGSI.

Wa vs. Usrah II

Sebenarnya, penyerahan diri sepenuhnya adalah sinonim Islam. Aku sudah tahu dalam agama ini, kalau kita telah setuju untuk masuk ke dalamnya maka kita mesti melakukan 2 perkara utama. Satu, masuk sepenuhnya dengan sempurna dan tidak separuh-separuh. Semua yang dilalui dalam hidup mestilah Islam dan kerana Islam.

Nombor dua, mesti menyerah diri kepada segala arahan Allah Ta’ala tanpa banyak alasan dan dalih, kata mudahnya, dengar dan patuh. Itulah Islam dalam kerangka yang telah aku fahami selama ini.

Tapi, dua barang ini bukan barang senang. Cakap senang, tak cakap lagi senang!. Nak mencapai tahap pemahaman itu, banyak rentetan pendidikan, ‘brain wash’, tarbiyyah yang kena dan perlu dilalui. Ini barang pun bukan boleh datang bergolek camtu-camtu saja. Kena cari dan bincang, dan, yang paling susah ialah kena amal. Dengan menghadap guru di surau dan masjid atau kelas-kelas memberikan ilmu untuk ke arah itu. Pada aku, ilmu formal berhenti setakat itu sahaja. Praktikal dan aplikasi, kena ada cara lain. Nak bagi ‘masak’ barang itu, tak boleh peram. Kena ‘open table’. Salah satu format yang ada ialah usrah.

TRANSLATION