Wednesday, November 5, 2008

Wa vs. Usrah II

Sebenarnya, penyerahan diri sepenuhnya adalah sinonim Islam. Aku sudah tahu dalam agama ini, kalau kita telah setuju untuk masuk ke dalamnya maka kita mesti melakukan 2 perkara utama. Satu, masuk sepenuhnya dengan sempurna dan tidak separuh-separuh. Semua yang dilalui dalam hidup mestilah Islam dan kerana Islam.

Nombor dua, mesti menyerah diri kepada segala arahan Allah Ta’ala tanpa banyak alasan dan dalih, kata mudahnya, dengar dan patuh. Itulah Islam dalam kerangka yang telah aku fahami selama ini.

Tapi, dua barang ini bukan barang senang. Cakap senang, tak cakap lagi senang!. Nak mencapai tahap pemahaman itu, banyak rentetan pendidikan, ‘brain wash’, tarbiyyah yang kena dan perlu dilalui. Ini barang pun bukan boleh datang bergolek camtu-camtu saja. Kena cari dan bincang, dan, yang paling susah ialah kena amal. Dengan menghadap guru di surau dan masjid atau kelas-kelas memberikan ilmu untuk ke arah itu. Pada aku, ilmu formal berhenti setakat itu sahaja. Praktikal dan aplikasi, kena ada cara lain. Nak bagi ‘masak’ barang itu, tak boleh peram. Kena ‘open table’. Salah satu format yang ada ialah usrah.

2 comments:

Letting the time pass me by said...

format gua senang aje.. pergi mesjid setiap waktu.. kalau ade masa boleh cuba join jemaah tabligh.. tengok boleh korbankan dunia tu untuk sehari dua, atau sebulan dua, atau setahun dua... Atau pun duduk-duduk selama dua-tiga jam kat Mesjid...

Tapi yg penting kena jaga akidah, jangan sampai menyeleweng.. didalam perjuangan dakwah terdapat banyak syirik "kecil' atau perasaan mazmumah yg boleh memberikan impak negatif terhadap perasaan mahmudah kita..

Wallahu'alam....

Anonymous said...

Bro,
Ada member yg bos wa cukup anti dgn di sbb pakai janggut 6 inci. Panjang beb. Officer. Bos siap simpan dia kat dapur, tempat memang client tak pegi lah.

Bro ni kaki tabligh. Anak biasak lah 12 org. Pakai moto sebijik dan van ( bukan MPV tau, van ). lepas raya, dia submit cuti utk tabligh 40 hari. Bro lain dah betting, mesti tak lepas punya. Bos Hindraf pulak tu.

Satu kali pandang je, bos approved. Heran semua org. tanya dia, dia kata kerja Allah. Sebenarnya wa yg selalu berkecimpung dgn dia agak-agak tahu akan rahsianya...

1. Masa keja, keja. Tak pernah ponteng ke atau minum ke, menular ke, pi bank ke, bos tak de point nak marah.
2. Air sembahyg sentiasa ada dan jaga.
3. Sembahyg ajak kekawan walaupun ada yg tak penah ikut, selamba je.
4. Hati bersih
5. Tak penah berbicara tentang hukum. Bila ada kekawan ala-ala tanya ke, discuss ke, dia jawab, tanyalah ustaz.

TRANSLATION