Wednesday, April 9, 2008

Wa Dan Buku 2

Kat sekolah lama aku tu, rock band paling ‘top’ ialah Scorpions dengan Iron Maiden. Bila ‘senior’ pasang atau main gitar lagu-lagu tu, aku rasa macam pernah dengar tapi tak berapa tau. Sikit-sikit, lama-lama baru aku tau. Aku mula cari apa benda yang ada dalam lagu dan lirik diaorang. Selain dari baca buku, aku start baca lirik lagu rock Inggeris. Entah-hapa-hapa lirik lagu rock Inggeris ni, tak applicable kat Malaysia.

Yang Iron Maiden ni dah macam orang mengamuk bunyinya tapi layankan ajerrr…takut kena buli dengan ‘senior’ kalau kutuk lebih-lebih. Tapi lirik lagu-lagu Iron Maiden memang susah nak dapat, nak cari lagu diaorang senang sebab ada yang ‘local’ (baca ‘pirated’). Tokeh ‘local’ (baca pirate) tak tau nak translate. Laju sangat!. Tapi bila dah banyak kali layan, tangkap jugak beb. Lama-lama aku suka lagu diaorang tapi tak pernah beli kasetlah, duit tak ada. Paling ‘gerek’ (bahasa orang Singapur ‘e’, bukan bahasa orang Kedah!) pada aku ‘Caught Somewhere In Time’. Ikutlah, masing-masing punya ‘taste’.

Rock melayu tak ada kecuali Sweet Charity, itu pun diaorang kurang layan. Search dengan geng ‘battle of the band’ datang dah lambat, aku dah form 4, baru nak ada. Masa tu, asrama aku dah macam ‘recording studio’. Semua yang boleh main gitar, layan gitar lagu Search saja. Yang tak tau main gitar, layan melalak. Tapi sebenarnya, masing-masing geram kat rambut Amy dengan kawan-kawan. Apa nak buat, nak ikut tak boleh. Cikgu suka main gunting-gunting.

Bila masuk form 5, kawan-kawan yang boleh main alat muzik semua buat band. Aku cuma tau kod gitar je, selain tau tiup ‘recorder’. Aku tak pandai main alat muzik, main bola je aku tau. Ramai jugak yang boleh main alat muzik rupanya, aku pun tak sangka. Layan…. Lepas lagu Search, lagu Search, lepas tu lagu Search lagi. Minggu orentasi budak ‘junior’, kawan-kawan suruh satu ‘junior’ nyanyi lagu Search. Muzik, diaorang main. Lintang-pukang budak ‘junior’ tu nyanyi, jadi lagu 60-an. Dalam rock-rock tu, ada jugak yang main ‘Big In Japan’ (Alphaville). Diskang ni beb!. Layankan ajelah, dah nama pun kawan-kawan.

Zaman membesar memang seronok beb. Rezeki aku, aku dapat masuk sekolah berasrama penuh. Sekolah berasrama penuh menyediakan suasana belajar dan membaca buku melebihi suasana rock kat luar dari kawasan sekolah. Dalam usia itu, aku hanya mengikut suasana yang paling dekat dengan diri aku. Lalu, suasana belajar dengan tidak sedar telah membuat aku dekat dengan buku, cikgu, perpustakaan, aktiviti-aktiviti ‘tak rock’, bola dan yang paling jelas, awek. Opps, sorry, belum lagi. Itu masa kat ‘U’.

Aku pasti remaja lain melalui proses yang sama macam yang aku lalu. Begitu juga dengan anak-anak aku pada masa akan datang. Juga anak orang lain. Tak ada siapa yang boleh menidakkan hidup remaja memang seronok dan mengasyikkan. Tiada tekanan dalam tindakan, bebas. Tiada apa yang dapat menyekat kehendak dan cita-cita singkat, berani. Semua yang ada di depan mata akan disambut. Remaja hidup seperti sesumpah yang boleh ‘masuk’ dalam apa jua suasana.

Tak lama lagi aku akan jadi bapak remaja. Aku mesti mencipta dan mengawal suasana untuk anak-anak remaja aku. Dan satu suasana yang paling menguntungkan ialah suasana belajar.
Aku, macam orang lain, boleh memilih suasana yang aku mahukan, sama ada secara sedar atau tidak. Dan, suasana tersebut akan mempengaruhi aku pada masa akan datang. Kalau aku menekankan keutamaan kepada aktiviti ‘mencari rezeki’ dalam konteks kapitalisme, aku sebenarnya telah meletakkan suasana perniagaan disekelilingku. Dari situ, semua aktiviti dan pemikiranku akan sekadar berkisar di sekeliling ‘macam mana nak cari duit’. Perangkap yang tersedia ialah aku akan hanya mementingkan duit yang banyak, kerana hanya duit sahaja yang dapat menjamin masa depan. Perangkap ini sukar dielak kerana aku, sebagai manusia macam orang lain, hanya mampu mempunyai satu keutamaan sahaja pada satu masa. Jika duit menjadi keutamaan, adalah sukar untuk aku dapat memenuhi keutamaan yang lain. Macam keutamaan ‘janji rock’, tidak kira apa yang terjadi, yang penting rock. Begitulah aku melihat keutamaan dalam hidup, kalau rock itu aku tukar dengan duit, jadilah ‘tidak kira apa yang terjadi, yang penting duit’. Kalau rock itu aku tukar dengan Islam, ‘tidak kira apa yang terjadi, yang penting Islam’. Kalau rock itu aku tukar dengan ‘kawin lagi’, sendiri mau ingat, beb!.

Macam mana pun, benda ni bukan senang nak buat, sebab semua ni cakap je. Bila dah lama masih tak gerak jugak, jadilah dia lagenda diri sendiri. Sebelum aku nak suruh anak aku suka kepada belajar dan buku, aku mesti boleh suka kepada belajar dan suka kepada buku. Kalau tidak nanti jadilah macam bapak yang merokok dan tak bagi anaknya merokok kerana merokok tak baik. Jangan buang karan beb. Kalau lu tak boleh bikin lu jangan sebok nak suruh orang lain bikin!.

Sekali lagi, rezeki aku, aku jumpa dengan satu group yang suka belajar, mengajar, membaca dan berdebat. Budaya ini menjadi mainan harian dalam hidup diaorang. Kalau tidak ada benda baru yang diketahui, boleh membuatkan aku macam orang bodoh. Masing-masing berlumba untuk menambah pengetahuan, terutamanya tentang Islam. Kuliah dan tazkirah (peringatan) menjadi pemangkin kepada aktiviti menambahkan ilmu. Akitiviti yang paling best ialah usrah. Dalamnya ada slot perdebatan. hampir semua perkara didebatkan, dengan rasional. Tapi setakat ni, tak ada lagi debat siapakah gitaris paling power kat tanah melayu ni, Man Kidal ke Hillary. Aku tunggu jer…

Aku ingat dalam kumpulan usrah aku, pada peringkat permulaan tak ramai yang ada degree. Tapi bila masa berlalu, seorang demi seorang, dengan duit dan usaha sendiri, jadi part-time student buat ‘first degree’. Ada yang jadi part-time student buat ‘master degree’. Ada yang ambil diploma dalam bidang berbeza.

Kursus-kursus pulak banyak betul. Setiap bulan mesti ada kursus hujung minggu. Bayaran pulak murah-murah. Kalau kau cerita, mungkin ramai tak percaya. Atau, mungkin pertikai tenaga pengajar yang terlibat. Bayaran kadang-kadang lebih murah dari sewa studio untuk ‘jamming’ kat kampong aku. Tajuk kursus pun bukan ‘cekai-cekai’. Kursus kepimpinan dan perancangan strategik, bayaran 50 ringgit untuk 2 hari. Kursus ‘Training of Trainers’ (TOT), 30 ringgit untuk 2 hari pada hujung minggu. Mana nak dapat beb?!! Belajar dan buku, macam lagu Iron Maiden, memang barang berat. Mula-mula memang tak best. Tapi, bila kita dah lama buat, kita ‘layan’ selalu, lama-lama dia dia jadi syok, tangkap beb!. Kalau lama tak buat, dia boleh tangkap gian. Daripada anak aku gian ‘barang’ lain, baiklah dia gian baca buku. Tapi, mesti mula sekarang. Aku tak mau menyesal kemudian bila anak-anak dah besar baru aku sedar apa yang perlu dibuat dan apa yang perlu ditinggal. Walaupun dah buat tapi belum pasti cita-cita akan tercapai, apa lagi kalau tak buat langsung. Mudah-mudahan, jalan hidup menjadi senang dengan bantuan Allah Ta’ala. Jangan jadi macam Pakcik Kordi. Lagi teruk jangan jadi macam orang yang tulis cerita Pakcik Kordi tuh!.

4 comments:

Anonymous said...

Teruskan beb......aku slalu follow. Good job on color scheme.

Anonymous said...

Lu memang ler rock kampung..
Gua start dgr iron maiden mase sekolah rendah lagi, masuk form 2 (1982) gua dah layan metallica, slayer, etc.

Slow la lu...

Anonymous said...

lu memang hebat le sekarang don...gua terharu sungguh baca tulisan lu sekarang ni...banyak maklumat yang bagus...boleh gua join group usrah lu?

Anonymous said...

Sekali sekala terkenang zaman dulu mmg layan tapi feel dah lain. Wa tetap layan walau "genre" skrg dah lain. Peace for you!

TRANSLATION