Tuesday, April 1, 2008

Awang Tak Putus Asa

Walaupun Awang belajar tidak tinggi mana, tapi hidupnya tidak terhenti setakat belajar sahaja. Bukanlah belajar tidak penting (kata aku) tapi yang lebih penting ialah bagaimana hendak hidup dengan apa yang kita ada. Awang mungkin tidak tahu apa dia teorem Pythogoras, dia mungkin tidak tahu ibunegeri Brazil atau dia mungkin tidak tahu tahun berapa Indonesia merdeka dari Belanda (kau tahu ker?) tapi Awang tahu banyak perkara lain yang lebih penting dalam hidupnya.

Satu, Allah Maha Kuasa, Tidak ada Tuhan Melainkan Dia. Rezeki dari Allah dan hidup mati adalah keranaNya dan kepadaNya.

Dua, Kalau nak makan kena kerja.

Tiga, Kalau tak nak kerja, meniaga sendiri.

Empat, Kalau meniaga rugi, lebih baik cari kerja lain.

Lima, Kalau nak untung dalam meniaga, Jualan batik mesti lebih banyak daripada belanja membuat batik.

Macam manapun, ada benda yang Awang lambat tahu macam kedudukan tunai perniagaan tidak sama dengan untung perniagaan. Awang kena 'trap' dua tiga kali, dia lupa. Dia dah kira untung tapi duit belum dapat, jadi tunai tak cukup, akhirnya, kekurangan tunai bertambah dari bulan ke bulan menyebabkan Awang sangkut dengan 'supplier'. Tapi, Awang memang kental jiwa dan mental, susah yang datang dapat dihadapinya dengan tabah, walaupun tak mudah.

Hidupnya tetap happy, anak ramai, isteri setia dan Awang pun setia. Yang penting ialah pandai nak hidup, Awang kata.

1 comment:

Letting the time pass me by said...

Awang nie kan asalnya seorang panglima Melaka... ada baca ke buku Panglima Awang yang menceritakan bagaimana dia ikut Magellen belayar keliling dunia...

TRANSLATION