Wednesday, February 6, 2008

Wa dan ROCK!!


Aku bukan mat rock tapi dulu aku ‘cas-cas’ mat rock. Sekarang aku dah masuk ‘line Otai’. Itu pun aku tak perasan. Pernah satu kali aku chat online tentang muzik kategori rock, satu chatter tanya favorite rock band aku. Aku respon ‘Metallica’. Mamat tu terus jawab, “O, pakcik ni Otailah’. Pergh!.

Zaman sekolah-sekolah dulu, jeans pun aku tak ada. Tapi, aku ada awek. Bila dapat gaji pertama, barang pertama yang aku beli ialah jeans (2 ratus) dengan kasut kulit (2 ratus). Itu pun tahun ‘93. Itu kira nak ‘establish’ yang aku ni mat rock atau ‘rocker’. Dululah.

Dari aspek teknikal otak manusia, aku dapati, mat rock mempunyai kecenderungan menggunakan bahagian otak sebelah kanan melebihi bahagian otak sebelah kiri. Kecenderungan untuk berkreativiti dan lebih ekpresif. Otak kanan tidak mantap dari segi angka dan pengiraan. Ini mungkin alasan yang sahih sebab apa diaorang selalu kena kapor bila concert, sebab dia orang lemah matematik (otak kiri)! Tapi mat rock mampu memahami perkara-perkara abstrak dan ‘kefalsafahan’ dengan lebih baik berbanding seorang jurutera atau akauntan. Diaorang mampu menilai aspek mulia dalam agama jika pendekatan yang diambil terbuka dan bebas, tidak mendesak. Mat rock sebenarnya lebih jiwang dari yang lain, jika dinilai dari persepsi teknikal bahagian otak kanan dan kiri. Secara lebih menyeluruh pula, golongan artis lebih mudah menerima agama berbanding orang cerdik matematik dan berkarier, tapi tidak ada data untuk menyokong pendapat ini, wa sorry beb!. Mat rock ada pendirian dan kemahuan. Inilah zaman yang pernah aku lalui.

Semuanya berkisar atas kehendak dan kemahuan. Hendak bebas dan hendak tunjuk berani. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dulu-dulu inilah istilah ‘belia’ yang tidak pernah aku hargai. Pemikiran kritis tanpa kerasionalan membawa aku jadi pengkritik bagi semua benda yang ‘tak rock’. Semua bagai dengki dengan kebebasan, keberanian dan kemahuan mat rock sebagai manusia. Pemimpin hanya pandai cakap, ustaz hanya pandai cakap, orang-orang tua hanya sibuk jaga anak orang tapi anak sendiri tongganglanggang, cikgu-cikgi cakap senang tapi cuba buat sendiri, baru dia tahu! Penyerahan diri hanya kepada kebebasan dan keberanian. Semuanya dilepaskan dengan layan muzik keras ‘head-banger’ dan lalok di concert. Sekali sekala tangkap leleh jugak, he..he…. . Ada lagi yang lain tapi ‘biarlah rahsia’. Apa saja yang datang, ‘janji rock’, akan disambut dengan keberanian dan kebebasan. Semua yang mesti buat akan dibuat. Suruhla apa saja, ‘janji rock!’. Apa yang tidak ada ialah seorang ketua yang memberi arahan itu dan ini. Mat rock tak boleh masuk benda tuh, ‘tak rock’!. Lu, lu. Gua, gua.

Dalam mencari kebebasan dan keberanian, akhirnya terjumpa awek. Alam berubah, semua bertukar dengan munculnya awek dalam hidup. Bebas ialah boleh jumpa awek. Berani ialah berani ada awek. Rakan-rakan mula memberi ruang untuk ‘privacy’. Ramai yang dah tak ‘ambik pot’ lagi pasal aku dan awek. Penyerahan diri kepada kebebasan dan keberanian masih tebal tapi awek tak boleh tinggal. Akhirnya, aku berumahtangga dengan awek aku.

Terus mencari kebebasan dan keberanian, aku bertemu ‘manis’ dalam agama. Sedikit demi sedikit kecelaruan muncul dalam hati dan pemikiran. Terasa diri ini sangat bodoh dalam urusan agama. Setakat tahu mengucap,sembahyang, puasa dan zakat. Semua tu dulu lagi aku dah tahu, cuma kadang-kadang tinggal dan kadang-kadang tak buat. Lalu aku terus mencari kebebasan dan keberanian yang boleh buat aku ‘puashati’. Selagi tak puashati, selagi itu aku mencari.

Banyak maklumat yang menyerbu keinginan untuk bebas dan berani. Dari segenap penjuru dari segenap masjid dan surau. Semua ustaz seperti sedang secara satu dengan satu bercakap dengan ku. “Ini haram, itu haram. Kita mesti buat begini dan begitu.” Ini semua adalah rezeki bagi ku. Semuanya berguna dan berharga tapi aku sudah tahu banyak perkara yang aku diberitahu. Aku sekolah agama di Johor taklah tinggi, setakat Darjah 5 sahaja, itu pun selalu ponteng main bola. Bukan ‘kerek’ tapi tengok kaki la dulu, beb! Banyak sungguh jasa ustaz-ustaz ni semua. Aku tak dapat bayang macam mana hidup beragama dalam dunia ni tanpa ustaz-ustaz ini sekarang. Dulu-dulu aku nyanyi kenduri kawin, dapat makan pun dah okay, sekarang ustaz-ustaz nih bagi ceramah, orang mesjid nak bagi duit sikit pun orang dah bising. Kedekut nak mampus! Kalau nak suruh semua ustaz jadi macam Brader Akhil Hayy, buat album baru ‘masyuk’, susah jugak.

Dari satu aspek lain, banyak ilmu tanpa panduan khusus menjadikan aku bercelaru dan keliru. Inilah pantang mat rock, celaru dan keliru. Ini barang tak boleh ada dalam kepala. Kepala mesti ‘cool’ selalu. Celaru, keliru, kelamkabut, harubiru, ini barang semua ‘tak rock’! Semuanya baik tapi banyak sangat yang aku nak buat. Banyak sangat yang nak dibetulkan. Banyak sangat orang sekeliling buat tak betul. Semuanya maksiat dan mesti dihapuskan. Sekarang!

Dalam kecelaruan itu aku mengambil pendekatan berjinak-jinak dengan jemaah yang aku suka. Jemaah tabligh mendekati aku tapi aku tidak nampak perbezaannya dengan apa yang aku lalu dulu. 5-6 orang, sama banyak dengan ‘kaki jamming’ dulu. Cuma bezanya diorang tabligh pakai macam orang Pakistan, Arab atau Benggali. Dulu-dulu aku ‘dressing’ ikut suka, janji rock! Setakat janggut, dulu2 pun dah ada, cuma ‘role model’ tu yang tak sama. Jemaah ABIM dan JIM memang ada. Aku selalu main bola pagi Ahad dengan ‘geng-geng’ JIM, mereka hebat dan berpendidikan tinggi. Jumlah tak ramai. Tapi, ‘line tak ngam’. ABIM pun sama. Aku respect diaorang. Aku tak benci diaorang tapi bagi aku yang sedang mencari, aku tak rasa jemaah-jemaah itu sesuai.

Satu hari, sorang kawan, ajak datang rumah lepas isya’. Ada makan-makan sikit selepas belajar sikit-sikit katanya. Ramai jugak ‘lebai’ bila aku sampai rumah dia. Dalam 10 orang. Serta merta orang panggil aku ‘syeikh’. Fui, kalau kat kampung, power tuh ‘syeikh’. Orang kaya dan hebat. Sekali aku salam semua yang hadir, semua panggil aku ‘syeikh’. Bukan itu saja, aku kena cakap Arab la pulak. Ana dengan anta dah tak tau kat mana nak letak, main ‘boh’ jer. Power tu!

Itulah usrah pertama aku hadir dan semenjak itu aku tidak mahu ketinggalan menghadirinya walaupun ada banyak kali aku ‘missed’. Tapi setiap kali aku tak dapat bersama, aku akan hubungi kawan-lawan usrah tentang perjalanan usrah yang aku tertinggal. Siapa yang hadir, bincang pasal apa, apa yang akan berlaku dalam tempoh terdekat. Usrah menguatkan silahturahim kami dalam ‘cirlce’ kami. Kami bergilir-gilir menjadi tuan rumah usrah cawangan dan bila tiba giliran aku, awek aku kelam kabut nak sediakan makanan. Aku fikir senang, order satay!. Semenjak hari itu, kawan-kawan selalu Tanya, “Bila nak usrah rumah anta, syeikh?”. Satay punya pasal! Kataku, “Tak apa, janji rock!.”

1 comment:

alaimetal69 said...

wa pun masih rock lagi. Otai lagi tu. Tapi syle dah tak macam dulu kot.

TRANSLATION