Thursday, February 21, 2008

Matlamat Wa-Sambungan Dulu Wa Tak Rock!

Nak tengok tv pun, hitam putih. Belum ada duit nak beli tv ‘kaler’. ‘Boring’. Kalau tengok Noorkumalasari berlakon tuh, baju dia warna sama je, hitam!. Tak rock!

Jadi, kalau nak hilang ‘boring’, keluar rumah lah, jumpa kawan-kawan. Ada pulak yang ada gitar. Sambil borak sambil ‘jamming unplugged’ la. Apalagi? Nak main lagu paling senang ialah lagu rock. Semua start dengan kod ‘A Minor’. Pusing-pusing A Minor, G, D pastuh E. Lagu rock pun nak nyanyi ramai-ramai pun syok, tak geli. Lirik berani dan rock. Favorite aku ‘ada yang tertinggal setelah terbenam mentari, jeng, jeng, jeng’. Tapi tak pernah bawak lagu nih, vokal pecah beb!!. Cubalah bayang 3, 4 orang ‘dressing rock’ tapi ‘jamming unplugged’ sambil nyanyi ‘Biarlah Rahsia’, kan geli tuh.

Nombor tiga, aku budak kampong yang tak berapa nak kaya. Bapak keja bawak keta, tapi keta sendiri tak ada. Aku motor tak ada, transport tak ada, basikal pun adik punya, basikal ‘pompuan’ lak tuh, nak gerak mana-mana kena menapak. Paling dasat kawan aku ada, basikal BMX. Itu pun sorang jer yang ada, mana dia dapat aku pun tak tau. Jadi, ‘radius’ gerak tuh tak jauh. Janji senang nak balik kalau mak panggil suruh pegi kedai! Masa tuh JB dengan kampong dah kira ‘mengembara’. Kelantan tuh rasa macam sama jauh dengan Indonesia.

Jadi kat situ aku terpengaruh dengan keadaan. Apa hal pun, aku tetap meletakkan satu matlamat dalam perjalanan hidup. Aku cuma jadi mat rock, bukan jadi orang bodoh. Aku tahu yang perkara yang aku lalui akan berubah. Mungkin rock tetap ada, macam diaorang selalu kata ‘rock never dies!’, (tapi bila join askar kat universiti, ada lak orang kata ‘soldier never dies, they just fade away’ yang aku pernah dengar kat iklan jeans tv Singapore masa tuh, tak silap aku brand Wrangler ‘faded’, ‘Jeans never dies, they just fade away’, jadi sebenarnya ‘everything never dies’, ye ke?), tapi aku tau aku akan berubah. Kalau pun aku tidak berubah, persekitaran akan berubah. Jadi, kesudahannya, aku mesti akan berubah, sekurang-kurangnya umur akan bertambah. Sekarang fizikal pun dah berubah, kalau dulu rambut nak macam Ramli Sarip, sekarang mungkin dah macam Klaus Maine!

Kat situlah ada keperluan untuk matlamat. Perjuangan yang dibawak oleh rock sebenarnya tidak jelas dan mungkin tidak ada pun. Kalau artis rock lain cerita. Diaorang buat duit dengan muzik, jadi diaorang kata diaorang memperjuangkan rock. Perjuangan untuk mencapai apa? Pada aku cuma untuk ‘masyuk’ je lah! Orang macam aku ni nak letak mana?
Dari perspektif seni, memperjuangkan muzik rock mungkin ada menasabahnya, tapi dari aspek kehidupan, rock adalah satu yang tidak jelas. Budaya hidup rock yang banyak menjadi amalan artis barat adalah sebenarnya bukan termasuk dalam kategori yang patut diperjuangkan. Budaya ini sebenarnya bukan budaya ‘eksklusif’ rock. Budaya mereka adalah budaya jahil. Tidak ada bezanya budaya rock dengan budaya ‘tak rock’. Bukan mat rock sahaja yang ‘layan stim’ dadah dan heroin, mabuk ‘air’ dan seks bebas. Budaya ini adalah budaya Barat secara kolektif, hampir semua orang buat begitu. Memang tak ada kena mengena dengan rock, tak rock!.
Pernah aku baca pendapat Man Kidal dalam paper entah tahun berapa. Telah berkata Man Kidal ‘rock bukan cara hidup, rock adalah muzik’. Kat situ pun dah kelam kabut. Pada masa yang sama, menunjukkan mat rock macam Man Kidal pun tahu apa yang dia buat. Yang tak tahu apa yang dia buat ialah orang macam aku, ikut-ikut, janji rock! Akhirnya, kelam kabut.

Tapi, alhamdullillah, aku tak jadi mat rock yang tak ada ‘baca’. Kawan-kawan rock dulu kebanyakannya ada ‘baca’. Kebanyakkannya belajar sampai ‘boring’, so takdelah yang belajar cukup setakat sekolah rendah. Dan, tak ada pun kawan-kawan rock yang jadi artis. Dulu ‘gentel’ bukan main, bila dah keluar kampong, abis gitu jer lah. Jumpa sekali sekala pun tak ada rasa pun nak ‘jamming’, mungkin sebab sewa studio dah mahal!!

Dalam dunia hiburan pun susah nak cari mat rock yang belajar tinggi kat Malaysia ni, kalau ada pun, setakat yang aku tau, geng Cromok, itu pun tak cergas mana. Tak leh masuk beb, belajar nih barang berat untuk mat rock, jadi kalau mat rock boleh belajar, kepala dia baik punya jenis, Seimbang antara otak kiri dan otak kanan.
Ada juga artis dulu rock kapak, sekarang jadi penyanyi lagu ‘puji dan syukur’, lagu ‘jalur gemilang’ lagu patriotik la pulak. Ada pulak yang buat show, ‘dressing’ asyik-asyik pakai ‘coat’ dengan tali leher. Ada pulak yang dah jadi pelakon dan bila dia berlakon mesti cerita tu cerita lawak. Macam-macamlah. Menunjukkan perjuangan rock nih, cuma ‘citar’ jer..! Yang penting masyuk!

Matlamat dan budaya rock yang ada, aku tak bawak dalam hidup lagi tapi pendekatan bebas dan berani masih ‘tetap menjadi pujaan hatiku!’ Dan, macam budaya rock yang sebenarnya tidak eksklusif, bebas dan berani juga tidak eksklusif kepada mana-mana puak. Semua orang boleh dan sepatutnya dapat menikmatinya. Manusia dijadikan sama disisi Tuhan dan yang membezakannya adalah sejauh mana ketakutan dan pengharapan kepadaNya. Dan, manusia juga tidak akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dia tidak mampu laksanakan untuk dirinya. Jadi, manusia sebenarnya tidak ada sebab untuk terkongkong, tidak berani, takut kepada sesiapa. Manusia juga tidak perlu terikat, tidak bebas dan menjadi pengikut ‘membabi (sorry beb, perkataan ni bukan aku buat!) buta kepada sesiapa kecuali PenciptaNya. Inilah yang sepatutnya menjadi asas untuk jadikan kita mat rock (dibaca ‘manusia’) yang ada pendirian. Bukan sekadar ikut-ikut apa yang orang lain buat. Itu baru rock!

2 comments:

Anonymous said...

Sambungan Matlamat Wa tak ade ker.
Penat baca yang heavy, layan yang ringan-ringan ok gak buat hilang stress.

Letting the time pass me by said...

Ade lagi satu selain Cromok tu.. Ada Master in Engineering lagi..

Kau nie macamana tak promote kawan-kawan.....

TRANSLATION