Thursday, February 21, 2008

Maseh 3000 - Dua

Tentera Pembebasan mengawal pergerakan tawanan perang Singhud menuju utara, ke seberang selat. Perjalanan sangat perlahan melayani gerombolan tawanan yang ramai berhinggut-hinggut membawa nasib ke tempat baru. Tiada lagi enjin beroda membantu. Mahu tidak mahu, tawanan terpaksa mengheret betis melangkah mayat-mayat Pengaman bergelimpangan di merata ruang, senjata bertaburan terbiar tanpa ada yang mahu. Bau hanyir ammonium sulfat berbaur dengan kerosene menusuk hidung.

Baki Pengaman yang masih hidup jauh dibelakang gerombolan orang awam. Telah menjadi sejarah, Pengaman sangat digeruni di dunia sebelah sini. Kelengkapan ketenteraan tiada tandingan. Tidak seperti Pembebasan yang hanya berbekalkan Lesgon, senjata kuno buatan pakatan negara-negara padang pasir. Susuk tubuh Pengaman lebih besar dan sasa. Biar semua sudut, Pengaman pasti menang. Upah yang mereka terima juga lumayan.

“Kau tidak takut, Keg?”
“Takut? Apakah ada yang lebih menakutkan dari perang selama 500 tahun, Ser?”

“Kamu berdua..!” suara keras dari belakang terdengar menghentak gegendang. “Cepat-cepat jalan!”
“Cis! Anjing!” Ser menoleh ke arah suara keras itu.

Seorang Prebet-K Pembebasan sedang amarah pantas menerpa Ser. Belum sempat dia menyentuh perempuan muda itu, kakinya dibentis kaki sasa. “Bukk!” . Wajah amarah berganda hodohnya. Prebet-KJ9 Pembebasan, ketuanya, keras menghinjak punggungnya.
“Kamu tidak diarahkan berbuat gila di sini. Selesaikan tugas kamu dan jangan mengganggu tawanan. Biar orang lain uruskan! Pergi!”

“Kau takut?” perlahan, takut didengari tentera Pembebasan.
“Mungkin lebih baik mati dari menjadi habuan mereka”gementar Ser.
“Belum tentu, Ser.”

No comments:

TRANSLATION