Friday, February 15, 2008

Dulu Wa Tak Rock!

Macam aku kata, aku bukan mat rock tapi dulu aku ‘cas-cas’ mat rock. Aku jadi begitu pun kerana banyak faktor. Satu, zaman aku membesar memang zaman rock, sama ada budaya atau muzik. Masa tu Malaysia belum rock kapak lagi tapi rock memang tengah naik beb!. Band melayu paling rock kat ‘Singapore and JB’ ialah Sweet Charity, budak-budak kampong panggil ‘SweetChat’, yang sebenarnya dah jadi bunyi lain macam je, tapi, bukan diaorang tahu, janji rock! Paling dekat dengan SweetChat ialah Blues Gang, itu pun sebab Julian punya ‘solo’ je baikk…kira dekat-dekat dengan rock lah tuh. Lama sikit baru timbul Search, lama lagi sikit keluar pulak Lefthanded. Pada aku, bila keluar Gersang, rock dah jadi lain macam, ada sikit lari. Pas tu, kat Singapore plak, keluar Rusty Blade, Rockers (band nih ada lagu tajuk ‘Harakah’, wa cakap lu!). Aku ingat orang Singapura punya rock la yang buatkan rock jadi rock kapak, memang power beb!

Orang putih pulak, berlambak. Scorpion, Deep Purple, Uriah Heep, Iron Maiden, Boney M lah, eh, bolehlah… . Masa tu, kalau ada sapa-sapa nyanyi ‘rap’, dah kira mencarut!

Nombor dua, tak ada video game. Yang ada gasing dengan getah gelang, tapi malam tak boleh main. Teknologi masa tuh belum jadi macam sekarang. Video game ni, siang malam. Lagi pulak sekarang, semua pakai ‘online’ jer. Budak-budak borak ‘online’, homework send dengan email jer, tak yah hantar buku. Jawap soalan objectif dalam ‘exam’ boleh tanya kawan dengan sms jer, tak de hal. Dulu tak sama. Kalau aku duduk dalam rumah jer, alamatnya, sekarang nih aku dah jadi tukang masak paling terkenal di seantero Malaya, aww! Tak pun tukang lipat baju paling cepat, atau pun tukang basuh pinggan paling ‘menciutkan’. Tak ada apa-apa kat rumah, paling adventure pun lastik cicak jer. Yang ni boleh main malam. Siang pun cicak ada tapi aku tidur, malam cicak ada sebab banyak makanan kat lampu. Itu pun kalau bapak aku tak ada kat rumah. Umur 18 tahun ke atas pun boleh main sama.

No comments:

TRANSLATION