Monday, February 18, 2008

Tip 1

Paling asas, kita kena tahu apa 'kompeni' kita buat. Dengar macam kelakar, tapi, memang kelakar. Masalah timbul kalau kita tak tau apa 'kompeni' kita buat dan kita pulak jenis 'suka cakap' atau 'peramah'. Tanpa pengetahuan yang lengkap tentang 'idea keseluruhan' kita mungkin tersalah cakap. Kita cuma bekerja dalam satu bahagian kecil dalam organisasi dan hanya tahu kerja yang kita lakukan. Ini menyebabkan kita terputus komunikasi dengan orang lain dari bahagian-bahagian lain atau seksyen-seksyen lain dalam organisasi yang besar. Ada kemungkinan kawan yang kerja potong kertas dibilik penerbitan menyangka dia sedang bekerja dengan syarikat percetakan atau penerbit buku sedangkan sebenarnya dia sedang menyiapkan laporan tahunan sebuah konglomerat yang besar. Mungkin?

Kemudian, mesti tahu arah tuju organisasi kita. Yang ini lebih kepada kita yang terlibat dengan pengurusan. Perkara ini penting tetapi tidak banyak syarikat yang menitikbertakannya (andaian). Mungkin sebab tidak menjadi keperluan kepada pemegang saham yang menubuhkan syarikat semata-mata untuk menjalankan aktiviti perniagaan jangkapendek, tidak mementingkan kebajikan manusia yang terlibat dengan aktiviti tersebut. Ahli organisasi yang tidak tahu 'tuntutan' 'kompeni' atau organisasi, tidak akan mencapai tahap kepuasan kerja yang optimum, tidak akan bekerja dengan potensi optimum dan tidak kreatif untuk kemajuan yang optimum, pendek kata, 'mondom'!!

5 comments:

DIGITALINK SOLUTION (002151780W) said...

OK...banyak improve Bro...keep it up!

Charlie Brown

Anonymous said...

Wah... Dah jadi bloggers kau Don.

Aku jadi youtuber cukupla...

jangan lupa visit channel youtube aku kat segiperkasa tau... Ade video baru....

Anonymous said...

Weh , medon, ramai2 rockers, hang sorang yg mampu kuarkan mgmt tips. Good beb, janji rock !!!

Anonymous said...

congrats for the blog... wa tabik sama lu

bila lagi nak main golf ni? penat dah aku tunggu si ravi arrange kan..
asyik cancel je.

Anonymous said...

Hebat bro....

TRANSLATION