Thursday, February 21, 2008

Tip 2

Kena tahu siapa Boss kita sebenarnya. Dalam sebuah organisasi, selalunya ada ramai pengurus dan pegawai. Kalau dalam 'gomen', ada pengarah, timbalan pengarah dan pegawai-pegawai lain. Dalam suasana kerja, semua pengurus, bunyi macam sama je. Semua pandai suruh! Jika ini berlaku ramai yang pening sebab ramai pengurus dan banyak arahan. Ahli organisasi kena tahu, antara banyak-banyak 'tukang suruh' ni, mana satu Boss kita! Pendek (sipendek ni pun ada yang jadi pengurus), kata kalau dibariskan untuk kawat cam, kita boleh tunjuk dan kata 'itu Boss saya!'.

Perkara ini penting kerana setiap pengurus/pegawai mengetuai pasukan yang mempunyai misi dan objektif yang berbeza. Mungkin tindakan dan arahan yang dikeluarkan sama tapi kesannya berbeza. Kawan yang suka buat kerja tanpa kenal ketuanya, akan disukai ramai Boss, sebab, kawan ini memang boleh disuruh buat apa sahaja tanpa banyak soal. Bagi kawan tu pulak, dia seronok sebab ramai Boss suka kat dia. Jaga-jaga, akhir tahun nanti atau bila 'kompeni' nak bagi bonus, penilaian hanya dibuat oleh Boss tertentu sahaja, dan Boss-Boss lain semua tu hanya mampu memberikan kawan itu 'perhargaan terima kasih' sahaja.!

Bagi Boss pulak, kena lah bertindak ikut intelektualiti dan kepimpinan yang baik. Itulah sebab pengurus itu ialah Boss. Kalau Boss pun tak tau siapa nak disuruh, atau memang sengaja lebih suka mengarahkan orang lain daripada 'subordinate' bawahannya (sebab orang lain tak berani membantah cakapnya berbanding orang bawahannya!), maka tidak lah Boss itu seorang Boss yang mempunyai kredibeliti kerana sama ada dia tidak cukup ilmu pengurusan atau dia tidak sanggup berdepan dengan 'songel' manusia, pendek (pendek lagi!) kata, nak senang saja....

Kegagalan bertindak mengikut kata Boss yang betul akhirnya akan lebih menyusahkan Boss itu sendiri dan akhirnya bila Boss susah, orang lain pun susah jugak!!

3 comments:

Anonymous said...

i think it's about time kau sentuh sikit pasal percaturan politik di negara kita sekarang ni, sesuai dgn mood PRU.

Kata nak berjuang, platform dah ade, apa lagi, belasah!!!!!!

Unknown said...

thx 4 the comment

Anonymous said...

mana tip 3 dan seterusnya....
kekadang tekena gak batang hidung, sejak jadi boss nak tau gak keluhan orang bawah...bior sedar diri...kalau dah bagi peringat tapi tak sedor diri tuuu namanya saja cari nahas...

TRANSLATION