Tuesday, September 15, 2009

Tugas Penting Ketua

Dalam kaedah pengurusan pun, perkara ini adalah satu keperluan. Pengurus perlu tahu apakah tugas-tugas yang utama, tugas-tugas yang penting dan tugas-tugas yang boleh diabaikan demi produktiviti dan kecekapan. Pengurus yang tidak mahir akan menemui pelbagai masalah kesan daripada kesilapan membuat delegasi tugas dan keutamaan tarikh akhir tugas. Prestasi organisasi akan terjejas dengan hanya kesilapan meletakkan keutamaan bukan di tempatnya. Dan, mungkin sahaja pengurus tersebut tidak akan bertahan lama di organisasi tersebut. Apatah lagi dalam perkara kenegaraan. Sebagai satu contoh global, apa kerelevanan orang Islam Palestin bertanya, adakah menyimpan janggut yang panjang seperti orang Arab atau yang pendek seperti orang Asia itu yang lebih baik, atau tidak menyimpan janggut seperti orang Eropah yang lebih manis kerana orang Eropah akan menerima mereka sedang pada masa yang sama, Yahudi melakukan kekejaman dan kezaliman kepada mereka.

No comments:

TRANSLATION