Tuesday, September 8, 2009

10 Buka Terpilih 2


4>Buka minda. Ini barang memang senang cakap dari buat dan ‘better late than never’ pada masa yang sama ‘if not then never’lah!. Inteletualiti seseorang tergambar dengan kebolehan untuk membuka minda. Minda tak sama dengan pintu kayu, minda tidak reput macam pintu kayu. Tapi, minda boleh mati tanpa reput.

5>Buka permainan. Bagi individu, inilah buka antara banyak-banyak buka yang aku suka, tentulah selepas buka nombor 3. Ini main bola punya cerita. Kalau main bola tapi tak ‘open’ bolehlah juga menang, tapi main dah macam main ram-ram-rip atau ‘police and thief’ (dulu-dulu aku panggil ‘polis-centry’. Mana ada bola kat situlah ramai-ramai keroyok! Main tidak kreatif. Selalunya orang yang kurang kreatif ni, ‘terer’ matematik. Tapi, ada team yang sudahlah matematik pun fail, kreativiti pun tak ada!

6>Buka wallet! Ini buka pilihan, bukan buka yang paling digemari. Buka yang ini takleh elak. Kalau buka dari nombor 1-5 tak dapat buat, buka yang ini mesti kena buat. Paling koman nak tunjuk kat anak-anak yang dalam wallet tu dah tak ada apa-apa. Terutamanya sekarang ini, bulan Posa, waduh. Wallet tak pernah tutup!!

No comments:

TRANSLATION