Tuesday, September 15, 2009

Biar Betul-Betul

Selepas membulat nekad untuk berlawan cakap, pastikan data/fakta/maklumat yang diperlukan untuk bercakap, telah diperolehi. Satu takuk lagi, pastikan pula, data/fakta/maklumat yang diperolehi itu boleh dijadikan sandaran untuk hujah. Mungkin berlaku, data/fakta itu tidak tepat, tapi, itu terpulang pulak kepada lawan bercakap kita. Kalau dia jenis, yang banyak “aa…aa..” atau “iye ker?”, sikit-sikit “iye ke?”, kita cubalah hentam saja. Risikonya kalau lawan bercakap itu mempunyai skil ‘buat-buat bodoh’, kita akan terperangkap. Nampak macam bodoh tapi sebenarnya tidak. Keadaan akan memihak kepada kita kalau lawan bercakap kita nampak macam bodoh, tapi bila dia mula bercakap, memang betul-betul bodoh! Untuk mengelakkan berbulu, lebih baik cari data/fakta/maklumat yang perlu, lengkap dan tepat. Jangan hentam keromo atau belasah semacam. Ini bukan iklan sistem telefon mudahalih. Sebab itu, kalau tidak yakin dengan maklumat yang kita ada, hang pi dok diam sudahlah.

No comments:

TRANSLATION