Saturday, September 5, 2009

10 Buka Terpilih 1

1> Buka Posa. Inilah buka yang paling best pada masa ini, dalam bulan Ramadan. Ini bukan manusia cakap, ini adalah ajaran Islam. Nikmat buka kepada orang posa adalah antara 2 nikmat yang akan mereka perolehi bersama-sama dengan nikmat ketika bertemu dengan Allah pada hari Pengadilan nanti.

2> Buka ‘slip gaji’. Buka ini pun entah kenapa masih dibuat manusia. Memang tidak ada apa-apa yang luarbiasa bila kita buka slip gaji, semuanya sudah kita tahu 12 tahun yang lalu (kalau kita kerja di tempat yang sama selama 12 tahun!). Yang akan kita baca dari slip gaji itu ialah nama kita, nombor pekerja, kalau ada nombor kad pengenalan, nombor ahli KWSP dan SOCSO (if any!), jumlah gaji (dah lama jugak nombor ini kekal sama untuk beberapa tahun) dan jumlah potongan-potongan yang kena buat. Bagi yang bergaji agak tinggi, potongan PCB adalah potongan yang paling menyampah untuk dilihat. Apa hal, kita tetap buka slip gaji dari bulan ke bulan untuk melihat maklumat-maklumat yang ada. Kalau kita terjumpa slip gaji 5 atau 6 tahun dahulu pun, kita akan buka juga. Memang tak boleh elak!

3> Buka Kelengkang. Yang ini kalau nak tau lebih lanjut kena ‘call direct line’ pengarang!

No comments:

TRANSLATION