Allah is The Greatest!! Manusia dan Alam Akan Berubah. Mungkin Lu Tidak Sangka Lu Akan Jadi Begini.
Lu Mahu Orang Kenal Lu Sekarang, Macam Mana Orang Kenal Lu Dulu.
Lu Cuba Kekalkan Apa Yang Ada, Walaupun Ada Yang Sudah Tidak Perlu. Jadilah Diri Sendiri. Wa Pilih Islam.
Tuesday, September 8, 2009
Mampukah Berubah?
Selain bidaah, masyarakat juga terperangkap dengan khurafat yang membawa kepada syirik, terutamanya pada masyarakat Islam di kampung. Mereka masih tebal dengan ananisme yang diwarisi turun temururn tanpa kaitan yang jelas dengan sumber Islam iaitu AQ dan assunnah. Amalan2 karut percaya pada kesialan bulan tertentu dan hari tertentu masih menebal. Dalam ruang yang lebih samar berkaitan ibadah pula, membaca doa lepas sembahyang, mengucap ‘saidina’ dalam tahiyyat, bersalam dan lain2 amalan yang termasuk dalam kategori bidaah berdasarkan terjemahan terpilih, juga boleh dimansuhkan, sekiranya amalan2 tersebut benar2 bidaah. Ia mestilah bertitik tolak bahawa masyarakat sedang berada dalam kejahilan dan menyalahkan masyarakat yang jahil tidak akan memberi kebaikan kepada sesiapa, kerana mereka memang jahil (tidak cukup ilmu). Lalu pendekatan yang sesuai perlu dilakukan untuk mengubah masyarakat itu, bukan dengan menyebut-nyebut ‘itu bidaah’ atau ‘ini bidaah’. Contoh yang ada ialah seperti Ustaz Dato’ Ismail Kamus yang menggunakan pendekatan lawak dalam ceramah untuk menegur masyarakat seperti cerita orang asli bertalkin. Itu adalah cerita rekaan beliau. Itu kreativiti.
No comments:
Post a Comment