Friday, August 7, 2009

Wa Dan MSU

Student-student di sekolah asrama penuh yang rajin pergi surau biasanya akan berada dalam kelompok mereka sendiri. Mereka jadi begitu kerana , antaranya, kebanyakan aktiviti harian mereka sama dan masa aktiviti dilakukan juga sama, atau dekat-dekat sama. Mereka mementingkan sembahyang jemaah disurau, berbanding dengan benda-benda lain. Kalau habis kelas, aku dengan budak-budak lain bergegas ke dewan makan, untuk makan, tentulah. Tapi, geng-geng ini, pergi surau dulu, untuk sembahyang jemaah. Kemudian baru pergi makan. Kalau ada lagi (sepatutnya ada!) dapatlah mereka makan, kalau makan sudah habis, selalunya mereka senyum!. Di sekolah aku, mereka digelar MSU, singkatan kepada ‘Mat Surau United’. Fenomena gelar ini tidak berhenti setakat sekolah menengah sahaja. Di universiti, golongan yang rajin ke masjid dan baik ini, digelar ‘whitesnake’. Aku dapat tahu, asal usul gelaran ini kerana serban putih yang mereka pakai melilit kepala. Namun, karaktor ‘whitesnake’ dikalangan orang sekeliling tidak sama dengan karektor MSU. ‘Whitesnake’ sudah matang, kutuk depan-depan mereka senyum. MSU masih budak, tidak ada sesiapa berani kutuk depan-depan!. Kalau diperhati betul-betul, kumpulan yang mendapat gelaran ini, ada beberapa persamaan.

No comments:

TRANSLATION