Friday, August 7, 2009

Masuk, Jangan Tak Masuk!

Kesan dari buka ialah masuk. Kalau ada yang terbuka, akan ada yang cuba masuk, akan masuk atau dipilih untuk masuk. Akhirnya, akan ada yang dapat masuk. Macam manapun, kesan dari terbuka bukan termasuk atau masuk secara tidak sengaja. Kesan dari terbuka ialah masuk juga, sama dengan kesan kepada buka. Macam apa yang berlaku pada pintu, “kalau dia buka pintu, aku masuk”. Kesannya sama dengan kesan “jika pintu terbuka, aku masuk”.

Kesukaran penyeru kepada pihak lain supaya terbuka ialah menjadi dirinya sendiri turut terbuka. Kerana, secara berpasangan, jika satu terbuka, satu lagi mesti tertutup, walaupun kita berharap terbuka hanya berpasangan dengan masuk, yang sebenarnya ialah kesan kepada terbuka dan bukan pasangan kepadanya.

Dalam tindakan, kalau kita melakukan mahukan pihak lain melakukan sesuatu kita pada masa itu tentulah sedang tidak melakukan perkara itu. Jika, kita minta orang yang hadir makan, sudah tentu kita tidak sedang makan. Kalau kita suruh orang lain, duduk, kita pada masa itu tidak dalam keadaan itu. Kita sedang bercakap!!

Kalau kita mahu masyarakat terbuka, kita mesti ‘bertindak’ dengan tindakan yang menunjukkan kita seorang yang terbuka, bukan cakap sahaja. Tunjukkan. Tindakan dan contoh, adalah pemangkin yang paling mudah dan berkesan. Tunjukkan tindakan kita adalah seperti yang kita mahu orang lain turut lakukan. Jangan cakap sahaja. Tunjukkan.

No comments:

TRANSLATION