Wednesday, August 12, 2009

Mengurangkan Berbulu

Bentuk asas ini, mesti, engkau sebagai seorang yang suka berlawan cakap, mesti tahu. Perkara ini penting supaya engkau tidak ‘buang karan’ dengan cakap-cakap yang lebih kepada cakap-cakap kosong. Mungkin cakap itu menghiburkan, tetapi, tidak perlu tumpuan tahap ‘gaban’. Masuk telinga kiri, keluar telingan kanan, itu pun sudah cukup baik. Kalau tidak masuk pun telinga kiri, itu juga tidak mengapa. Masalahnya, ketika bercakap, kita tidak mempunyai cukup masa untuk membuat penilaian tentang bentuk/struktur asas sesuatu topik. Analisa ini lebih mudah kalau kita aplikasi dalam aktiviti membaca. Kita mempunyai masa dan peluang untuk membaca, menconteng, dan menanda tempat yang sesuai dalam satu perenggan. Contengan, tanda tersebut boleh membantu kita mengenalpasti hujah, kesimpulan dan sebab. Kalau kita mahu mencabar keupayaan diri dan suka menggerakkan minda, aktiviti ini sangat berguna dan baik. Kalau bukan jenis orang yang suka berbuat begitu, kita lebih sesuai membaca suratkhabar, komik dan majalah-majalah dan akhbar-akhbar nyamuk. Tetapi, majalah lucahlah yang paling senang, tidak perlu buat apa-apa, cuma perlu menyelak-nyelak sahaja. Rasa berbulu pun kurang. Itulah refleksi keintelektualan melalui tabiat membaca.

1 comment:

Unknown said...

Cite pasal berbulu aku teringat satu lawak (Tension sampai berbulu).Dipendekkan story mory..si suami dan letakkan si isteri yang kuat berleter ke dalam perigi buta. Selepas 3 hari datanglah si suami utk mengambil balik isterinya......(sambung cerita dibawah)


"....Si suami menarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.

"Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!"

Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah".

Hah…moral of the story…jembalang pun tak tahan dengor org yg suka berleter tau

TRANSLATION