Friday, April 24, 2009

Teruskan Usaha

Atas dasar menentang bidaah yang dicipta oleh penjajah, segala warisan pencipta bidaah perlu ditentang dan Islam wajib mengambil alih tempat yang sepatutnya. Jika ulama itu pewaris Nabi, maka sudah tentu ada pewaris pencipta bidaah dalam negara ini. Sekiranya menentang bidaah itu wajib, maka wajib jugalah menentang golongan yang mempertahankan bidaah itu. Prosesnya sangat panjang dan hampir tidak berkesudahan. Ia bermula dengan menggantikan golongan yang selama ini mendokong dan tidak mahu mengubah bidaah yang telah dicipta oleh British. Proses itu sahaja akan mengambil masa entah berapa lama. Proses yang terlibat masakini ialah pilihanraya, dan hendak mengharungi sahaja sudah memakan berpuluh tahun. Ini ditambah pula dengan fahaman pilihanraya tidak syar-i. Disitu sahaja sudah berpuluh tahun untuk menjelaskan.

No comments:

TRANSLATION