Thursday, April 23, 2009

Diam, Lawan...Kipas!!!

Alternatif satu, diam. Orang ada kata, kadang-kadang kita nampak orang yang diam itu macam orang bodoh dan bila dia bukak mulut, rupa-rupanya memang betul, dia bodoh. Elaklah benda ini dari terjadi kat engkau. Bukanlah aku hendak labelkan engkau bodoh bahkan ini adalah langkah yang bijak. Bila engkau diam untuk tempoh yang panjang semasa dalam perbualan, dengan sendirinya, mamat itu akan diam. Alah, macam kat rumahlah, kalau ada orang tengah membebel, engkau diamlah, nanti bila dah penat, dia berentilah membebel. Langkah ini juga adalah baik kalau engkau ambik kata-kata pengamal pengguna kondom, ?play safe?!. Biar boring asal selamat!

Alternatif kedua, ambik kata-kata DSAI, ?lawan tetap lawan?. Ini sesuai kalau engkau ada darah pendekar. Berpantang maut sebelum ajal, berpantang undur sebelum kalah! Kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa saya tadahkan, kalau sunggh bagai dikata, nyawa dan badan saya serahkan! Nak jadi pendekar ke, mesti ada syarat. Pendekar Bujang lapok pun kena syarat. Alternatif ini datang dengan satu syarat iaitu engkau mesti lebih baik dari mamat itu. Jadi, Kalau setakat seri saja, mamat itu masih mampu memberikan kesan ?kebuluan?, walaupun sedikit, pada engkau. Jadi, syarat ini mesti dipenuhi, tidak boleh tidak mesti ada!. Kalau engkau hendak lawan bercakap tetapi engkau tidak ada skill yang diperlukan, lebih baik ambil alternatif nombor satu.

Sebenarnya ada satu lagi benda yang boleh engkau buat selain daripada dua alternatif ini. Tetapi, apa yang aku hendak share ini, bukanlah satu perkara yang boleh membuatka engkau ?up?-kan diri engkau. Kalau agak-agak tengah sesak, tengah-tengah bulan, ada pulak mamat ajak lunch kat mana-mana hotel, langkah ini boleh digunakan. ?Kipas?, beb!. Berbulu dengan kipas sebenarnya adalah bertentangan dari segi polisi, tapi, kalau saja-saja nak try, boleh jugak. Kalau mamat tu cakap pun tak berenti dan semua dia nak menang, engkau kipas sajalah, tambah-tambah sikit lagi bagi dia kembang, lepas tu, suruh dia bayar engkau punya lunch, okay jugak.!

No comments:

TRANSLATION