Wednesday, April 22, 2009

Analisa Keperluan Latihan I

LATIHAN, TNA, KSA DAN PG

Keperluan Latihan merujuk kepada kehendak supaya pelatih (kakitangan syarikat) memperbaiki prestasi kerja mereka melalui cara aktiviti latihan. Keperluan kepada latihan boleh dikenalpasti selepas satu perbandingan dibuat di antara pencapaian kerja sebenar dengan pencapaian kerja piawai yang dikehendaki oleh organisasi. Perbezaan ini dirujuk sebagai jurang prestasi (Performance Gap). Secara umum, keperluan latihan juga boleh difahami sebagai jurang prestasi antara tuntutan kerja dengan tahap milikan pelatih (kakitangan syarikat ) dari segi ilmu pengetahuan (Knowledge), kepakaran (Skills) dan sikap (Attitude). Tiga perkara ini dikenali sebagai KSA dalam kaedah latihan.

Analisa Keperluan Latihan (TNA) ialah satu proses yang sistematik dan berstruktur untuk mengenalpasti apakah tugas/kerja yang perlu dilakukan oleh kakitangan syarikat dan apakah tahap dan komponen yang diperlukan dari segi ilmu pengetahuan (K), kepakaran (S) dan sikap (A), untuk melaksanakan tugas/kerja tersebut dengan berkesan.

Tahap KSA terkini akan dibandingkan dengan tahap KSA piawai yang telah ditetapkan oleh syarikat untuk mengenalpasti jurang prestasi (Performance Gap).

Secara umum, jurang prestasi merujuk kepada perbezaan antara:-
  • Keputusan organisasi yang dikehendaki dengan keputusan terkini sebenar
  • Keputusan prestasi kerja yang dikehendaki dengan keputusan prestasi kerja terkini sebenar (PG)
  • Tahap KSA kakitangan syarikat dengan tahap KSA yang diperlukan atau yang akan diperlukan untuk melaksanakan tugasan tertentu.

Latihan yang sesuai akan dicadangkan untuk mengatasi PG yang telah dikenalpasti.

No comments:

TRANSLATION