Tuesday, December 29, 2009

Begins At 40?


Begitulah lama hidup manusia sehingga umur 40 tahun baru mahu merasai hidup. Selama umur itu, manusia pernah jadi bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa. Jadi dalam umur ini, tahap hidup manusia apakah yang masih belum manusia rasa? Banyak lagi tahap yang belum dan perlu dilalui tetapi mungkin tidak seseronok apa yang telah dilalui. Pada tahap bayi, seronok? Entah, sebab satu, apa pun kita tidak ingat! Cuma orang dewasa sahaja yang rasa jadi bayi ini seronok. Pada tahap kanak-kanak, memang seronok, kecuali kena marah dengan ibu, ayah dan guru. Yang lain memang best. Tiada masalah dalam hidup, semua boleh. Mandi sungai, boleh. Makan rambutan, boleh. Makan durian, boleh. Jalan-jalan kat pekan, boleh. Pergi memancing, boleh. Semua boleh. Memang seronok jadi kanak-kanak kerana manusia boleh rasa dan ingat apa yang dilalui pada zaman itu. Tahap seterusnya, remaja. Lagi best. Tapi, tahap ini sudah tidak sama bagi semua orang. Bagi yang belajar tinggi, masa remaja habis kat sekolah. Bagi yang tidak belajar tinggi, masa habis dekat kampong. Dua-dua seronok! Ramai kawan. Langkah pun panjang, apa lagi kalau ada duit. Dunia begitu luas dan semuanya best belaka!

Sertai Rangkaian Usahawan Terkini MUDAH, MURAH dan MESTI RAJIN.

www.aleacorp.com/?ref=hamedon

2 comments:

Anonymous said...

Bro..
Apasal tulis pendek sesangat...potong stim

Unknown said...

he he..tq 4 the support..idea datang pun terpotong2 Bro, skang seme dah main Potong-potong-potong...

Insya Allah, akan ana cuba sambung semula...

again, thnx.

TRANSLATION