Thursday, December 3, 2009

10 Buka Terpilih 3

....bersambung, dari sebelum Kelantan kalah dengan NS, sehingga Kelantan dilanda banjir....

7> Buka rahsia. Wadus, inilah buka yang paling payah hendak dihindari. Banyak kali dah diingatkan, jangan buka rahsia tau!, tapi, selalunya rahsia itu akan terbuka juga. Sekiranya rahsia itu masih rahsia, tak gunalah untuk pemilik rahsia memberitahu orang lain. Aku punya otak kata, orang yang bagi tahu kita satu perkara itu rahsia sebenarnya cuba bagi tahu kita, kalau nak bagi tahu orang lain, bagi tahulah, tapi jangan lupa ingatkan mereka supaya jangan buka rahsia ini. Akhir, semua orang tahu rahsia tersebut tetapi tidak ada siapa tahu, siapa yang tahu rahsia tersebut! Err…lantak korang lah!

8> Buka channel ESPN atau Starsport! Yang ini akan popular tahun depan, 2010. Wa gerenti!

9> Buka FB, kalau kena blok, buka email. Aktiviti pertama warga korporat di pejabat yang mempunyai kemudahan mencapai internet (ayat macam dalam buku teks nih!). Jangan kelentong lah… Alih-alih, ada boss yang kepala hangit, bagi arahan supaya FB, Twitter, YM dan YouTube disekat access pada waktu pejabat. Masing-masing muka kelat jer. Bebulu je dengan boss, nak buat camana, boss lagi banyak bulu! Nak memujuk hati yang padan muka, bukaklah email…

10> Buka table a.k.a Open Table. SMS aku kalau ada orang buat kat mana2…


Sertai Rangkaian Usahawan Terkini MUDAH, MURAH dan MESTI RAJIN.

www.aleacorp.com/?ref=hamedon

No comments:

TRANSLATION