Monday, January 12, 2009

Wa Vs. Usrah IV

Dalam usrah, ada unsur-unsur menghafal yang diperlukan tetapi bergantung kepada Naqib, ketua usrah. Kalau naqib rasa anak buahnya tidak mampu, dia akan ‘skip’. Itulah yang berlaku dalam usrah yang aku hadiri tetapi Naqib tetap menyeru supaya diusahakan hafazan kerana ia sangat berguna dan penting. Dia tidak meminta untuk takmir, baca depan dia. Aku selamba saja, sebab memang aku tak kuat bab tu. Tak tertekan dengan tugasan itu. Dah kalau tak boleh, kerat sepuluh pun tak boleh. Tapi, lirik lagu macam air. Usrah menjadi medan pertemuan dan perbincangan. Secara tidak disedari, kelicikan berfikir dan berhujah juga boleh diperbaiki dan dipertingkatkan. Persediaan sebelum usrah menambahkan kualiti dan kuatiti bacaan individu. Sesi isu semasa membuatkan pengetahuan semasa juga turut bertambah baik. Aku mula tahu bentuk pemerintahan yang sedang dilaksanakan dan unsur-unsur di dalammnya. Proses pilihanraya juga tidak ketinggalan untuk di ketengahkan sekali sekala, buku-buku penulis lama dibincangkan dengan panjang lebar dan dikaitkan dengan realiti masakini. Naqib mengendali segalanya dengan lancar atas pengalamannya. Kalau nak dapatkan ilmu fekah, katanya, pergilah ke masjid atau surau, atau mana-mana madrasah. Tujuan utama usrah bukan itu. Dengan usrah pola pemikiran dan kefahaman menjadi corak yang sama dengan orang lain yang turut sama-sama menghadiri usrah cawangan itu. Aku rasa semakin yakin dengan apa yang aku kumpulkan dari aktiviti ini. Pandangan aku terhadap pergerakan Islam semakin terang dan menarik. Pada masa yang sama, cabaran tetap ada, kerana gerakan Islam secara lumrahnya ‘menempah maut’ lawan pemerintah. Tapi okay, janji rock! Bebas dan berani.

1 comment:

Anonymous said...

Assalammualaikum WBT, Apa khabar? Lama tak jumpa, sekarang berusrah kat mana? Bandar Bukit Mahkota ke? Kalau wa ke Mahkota, kita minum sama. OK! Sahabat lama, Taufek, Paroi.

TRANSLATION