Monday, January 12, 2009

Berbulu Lagi?

Kalau engkau berhadapan dengan orang yang ‘pandai bercakap’, satu perkara yang engkau kena ambik pot ialah, lawan kepada sifat itu, iaitu ‘tak pandai bercakap’. Dalam bahasa Melayu, tak pandai sama erti dengan ‘bodoh’, dalam bahasa Somalia, aku tak tahu! Jadi, ini satu situasi yang engkau kena hati-hati, supaya engkau tidak terperangkap dalam keadaan engkau telah jadi ‘tak pandai’ tanpa engkau sedar, memang itulah sifat orang yang macam itu pun.

Tidak pandai bercakap, atau, bodoh bercakap bukanlah sebab engkau bisu atau gagap, tapi engkau selalu tidak mampu memberikan hujah yang sama kuat atau lebih baik, daripada mamat yang pandai bercakap itu. Jadi, kalau agak-agak engkau dah boleh bau (orang banyak cakap selalunya mulut dia ada bau) mamat yang engkau tengah layan sembang tu jenis pandai cakap, engkau ada 2 alternatif.

No comments:

TRANSLATION