Monday, January 12, 2009

Usaha Islam, Terus..

Dalam konteks bernegara, yang pada aku, juga merupakan ciptaan baru, masyarakat masih jahil tentang pentadbirannya. Ramai yang sekadar ikut-ikut dalam mengambil bahagian berkaitan pentadbiran negara. Bagaimanapun, ia boleh di atasi dengan ilmu, dan, peranan ini tertanggung kepada mereka yang sudah ada ilmu mengenainya. Ilmu perlu disebarkan dengan persepsi bahawa masyarakat masih jahil dan perlu ditolong. Namun, dalam hal ini, kembali kepada istilah bidaah adalah sesuatu yang direka dengan sengaja, sama ada dalam hal ibadah khusus atau seluruh kehidupan, penjajah telah melakukannya. British dengan menggunakan individu bernama Lord Reid, telah dengan sengaja, mencipta satu undang-undang bagi menggantikan undang-undang Allah untuk digunakan di negara ini semenjak 50 tahun lalu. Inilah bidaah paling besar dalam negara ini. Penciptanya ialah British. Masyarakat sekali lagi hanya ikut-ikut dari mula ia diciptakan dan di’wajib’kan atas semua warga negara tidak kira Islam atau bukan. Masyarakat yang jahil boleh dibetulkan dengan ilmu, insya-Allah. Pencipta bidaah telah jelas sesat dan sepatutnya dihukum tetapi disebabkan konsep bernegara telah menjadi amalan, ia bukanlah satu perkara yang mudah tetapi, tidak mustahil pada masa akan datang.

3 comments:

goooooood girl said...

your blog is very fine......

Ghombau said...

Salam , brother Medon ... Your blog sempoi & bernas , wa tabik lu . Dah lupa member Sbn & Ghombau ke , sonyap jee ? Dah pakai kete nissan baru tu , turun2lah Sbn & Ghombau .

Anonymous said...

ghombau, salam pado kau. Pekobar? aku pun tak tau ekau nih org samo ko orang lain, apo2 pon, kalau makan masak lompap jangan lupo aku..Medon

TAKBER!!!

TRANSLATION