Friday, March 21, 2008

Apa Yang Aku Dapat?

“Apa yang abang dapat?” tanya isteriku.

Apa yang aku dapat?

Selain kepenatan dan letih. Menjerit di tengah malam 8 haribulan. Kepuasan hati? Telefon kawan di merata negara meng “update” maklumat. Anak berasa hairan. Ini apa yang merasuk abah ni. Tengah malam naik turun tangga (komputer di atas, televisyen di bawah). Hingga pukul 5 pagi masih tak tidur. Berpeluh-peluh menunggu keputusan rasmi terutama bagi DUN Selangor dan Perak.

Apa yang aku dapat?.

Sejak penamaan calon, menolong calon PAS Shah Alam. Menampal poster, membetulkan poster PAS dan Keadilan di sepanjang jalan daripada Putrajaya ( opsss ) ke Klang. Aku ikut jalan Dengkil/Sg Manggis/Banting kerana sengaja tidak mahu menolong PLUS dengan bayar tol. Yang jatuh dan tak sempurna semua aku tolong betulkan di sepanjang jalan.

Di hari pengundian,aku menunggu dengan penuh sabar di pondok panas.
Memerhatikan makcik-makcik bersungguh-sungguh cuba meraih undi.

“Abah, boleh makan tak?” anakku meminta.
“Tak boleh kerana ini hak parti. Kita ada duit untuk beli. Biarlah yang lain-lain makan kerana mereka lebih susah daripada kita. Seteguk dua air mineral boleh la tetapi jangan membazir.”

Aku cukup seronok melihat pemuda-pemudi menolong bersungguh-sungguh
untuk kemenangan YB. Mereka tidak mengharapkan apa-apa upah, wang, dan
jauh sekali tender atau projek. Demi Allah dan Islam kata mereka. Aku
amat kagum. Aku kagum melihat kesungguhan pegawai kerajaan memberi
pertolongan kepada BA sengaja atau tidak di dalam pilihan raya ini.

“Siapakah YB tu?” tanya isteriku.
“Entah.”
“Orang Selangor ke?”
“Entah.”
“Siapa pilih wakil Shah Alam?”
“Entah tapi setahu abang, PRU dulu dia bertanding.”
“Apa la abang ni, entah dari mana pun sokong jugak.”
“Parti dah kata okey, kita sokong la. Dari mana asalnya, bangsa apa,
cacat ke, semua dah tak penting. Yang penting, parti kata sokong, kita
sokong.”
“Abang ahli PAS ke?” tanya isteriku.
“Tak pulak tetapi tidak pernah mengundi selain PAS.”





Di hari pengundiaan hujan lebat dipetangnya. Selepas menolong mengemas pondok, menanggalkan poster dan membuang sampah aku meredah hujan menaiki motor untuk kembali ke rumah di Klang. Hujan lebat tersebut menyebabkan aku terpaksa berhenti dua kali di hentian bas.

“Berbaloi kah?” tanya hatiku.

“Pernah jumpa dia ke?” tanya isteri lagi.
“Pernah bersalam, sekali masa 8 haribulan, dalam pukul 10.00 pagi dan sekali semasa kenduri Encik Yusof di Shah Alam esoknya” kataku.

Kemenangan YB semua adalah disebabkan oleh doa jutaan rakyat Malaysia dan dibantu oleh ribuan tenaga kerja yang tidak mengenal erti penat, siang, malam dan upah. Janganlah menghampakan harapan kami. Jangan menkhianati kami seperti UMNO mengkhanati DEB. Jika tidak, kami tidak akan berdiri disamping YB di pemilihan akan datang. Berkerjalah untuk Allah, Insyaallah, kita akan berjaya.

Jawapan untuk isteriku... “Kepuasan”.

Pengundi PAS,
Shah Alam.

1 comment:

Letting the time pass me by said...

Kau dapat ke kepuasan Don?.... Kalau kita mahu berjuang dijalan Allah, kena ada sifat ikhlas... Kita bukan buat kerja nak dapat apa-apa... Cuma kita "mengharap" rahmat dan redha Allah...

Kalau Allah nak kurniakan sedikit kepuasan sahaja pun ... Syukur Alhamdulillah...

Tapi kena realistik sikit la... Allah cuma bagi sikit nikmat kemenangan, jangan lupa daratan sampai melampaui batas...

PAS cuma ada 23 aje kerusi kat Parlimen... DAP dah siang-siang bagi amaran jangan mimpi nak buat negara Islam...

TRANSLATION