Thursday, May 15, 2008

Kilang Batik Awang

Kilang Awang kilang kecil. Mula-mula Awang meniaga, kilang batik dia dibuat di bawah rumah. Memang kurang sesuai kalau nak ambil kira betul-betul. Banyak kali jugak Awang kena tegur dengar ‘pihak berkuasa’.

Bila beroperasi asap dari bahan bakar macam lilin, naik ke rumah. Baunya ‘perit’. Suhu rumah jadi panas, ditambah pulak dengan bumbung ‘zink’. Jadi semua orang dalam rumah tak pakai baju, yang lelaki saja lah. Apa lagi kwan-kawan Awang yang tengah kerja, ‘jersey’ kerja cuma seluar panjang!

(Pekerja Awang dalam 'jersey' kerja)

(Bahan 'lilin' dekat kilang Awang)

Di sebelah ‘penerap’ sentiasa ada kuali panas, bertujuan untuk mencairkan bahan macam ‘lilin’. Bahan itu digunakan untuk corak batik. Api dapur itu hanya dipadamkan 2 kali iaitu tengahari dan petang. Lain masa, on! Dapur guna gas masak.

(Dapur dalam 'workstation' dekat kilang Awang)

Semua kerja dibual secara ‘manual’ kecuali menyanyi. Yang ini, dia orang pakai radio. Selain menyanyi, ceramah pun pakai radio. Ismail Kamus paling popular, sebab orang tua tu pandai buat lawak. Tapi, dia orang dengar lawak Ismail Kamus tak boleh nak ‘share’ sebab Ismail Kamus tak ‘cakak ganu’!. Untuk diri sendiri sahaja!

Kerja dekat kilang kecik Awang, 5 hari seminggu, sebelum ‘gomen’ buat , dia orang dah buat. Tak ada punch card! Masuk, suka hati tapi keluar sama-sama. Gaji seminggu sekali, hari Khamis. So, hari Khamis, isteri –isteri ‘happy’.. Abang pun ‘happy’!!! Antara ‘benefit’ dia orang ialah, minum pagi ditanggung oleh tokeh Awang. Emak dia yang buat air dan kuih. Tengahari, makan sendirilah, banyak cantik muka semua nak ‘sponsor’!

Setahun sekali, ada ‘trip’ mencandat ‘sutung’. Tokeh ‘sponsor’ bot lagi!

1 comment:

Anonymous said...

Aku ada banyak member yang macam awang ni masa aku kat ganu dulu. memang zahirnya diorang tak nampak hebat, sebab diorang tak berpelajaran tinggi, tapi kaya wo.... memang banyak duit puak2 ni, lagi satu diorang ni takde utang...tu yang aku respect tu. Selain bisnes batik ni, perniagaan yang popular kat sana ialah kerpuk lekor (getel) dan nelayan. Semua tu geng2 banyak duit tu... Baguslah tu...moga diorang terus maju dan berjaya.

TRANSLATION