Friday, July 24, 2009

Terbuka & . . . . .

“Kalau dah tutup..bukak!”. Sebahagian dari kata-kata seorang ustaz, yang berasal dari Ipoh, Perak, ketika menyampaikan ceramah berkaitan dengan solat sunat witir dalam bulan puasa. Ustaz tersebut mengambil pendekatan yang mudah dalam melaksanakan Islam. “Penutup hanya satu, janganlah dibuat penutup lain. Jadi, kalau sudah ditutup, hendak sembahyang sunat lain, bukaklah!”.

Bukak dan tutup adalah sepasang. Tidak boleh ada satu, dan, yang satu lagi tidak ada. Bila ada yang ditutup, pasti akan ada yang dibuka. Begitu juga sebaliknya.

Melihat buka sebagai satu tindakan, maka tindakan itu sudah pun sempurna. Apa-apa yang telah dibuka, akan terbuka. Pintu, tingkap, peluang dan baju, semua boleh dibuka. Dan, setelah ada perkara dan benda-benda yang dibuka, benda dan perkara-peraka tersebut akan terbuka.

Terbuka, adalah seruan kepada umum atau orang lain, yang dibuat oleh seorang individu. Bertujuan baik. Seruan supaya terbuka, hanya melibatkan pihak orang pertama dan orang kedua sahaja. Orang ketiga tidak termasuk dalam seruan ini. Orang ketiga lebih berperanan dalam konsep cinta segitiga.

Seruan yang dibuat biasanya, “marilah kita menjadi masyarakat yang terbuka.” Atau, “engkau ni, open (bermaksud terbuka, bukan buka) lah sikit.” Seruan ini tidak sama dengan seperti seruan doktor kepada pesakit, “please open (bermaksud buka, bukan terbuka) your mouth… Say aahhh.” Berhati-hati jika, seruan “engkau ni, open lah sikit”, berkaitan dengan buka, itu dah jadi cerita lain. Banyak situasi yang boleh disesuaikan dengan seruan itu.

1 comment:

Anonymous said...

hahahaha aku pernah kena tegur....pasal seruan open nii pasal tak tahu grammar. maklumlah belajar bahasa Inggeris malas...sebut kena betul...open or opened...letih aku.Betul ker...belasah ajer lahhh. Mat Saleh si Rooney pun baru nak belajar A level: belajar grammar tuu hahahaha

TRANSLATION