Friday, July 24, 2009

Bercakap Bersebab

Sebelum rasa berbulu bercambah dalam hati disebabkan kepandaian mamat yang engkau lawan bercakap itu pandai cakap, engkau kena tahu apa tujuan mamat itu bercakap. Tujuan bercakap berbeza dari seorang kepada seorang yang lain. Penyanyi ‘rap’, contohnya, memang bercakap tetapi kalau engkau tidak layan dan tidak buat apa-apa pun, dia tidak kesah. Penceramah atau guru juga ada tujuan masing-masing yang membuatkan mereka bercakap. Mat rock, tidak banyak cakap, sebab tidak banyak benda yang dia nak cakapkan!.

Orang yang bercakap mempunyai tujuan bercakap yang penting iaitu untuk mempengaruhi orang lain yang dapat mendengar percakapan mereka. Kalau bukan begitu, tak perlulah orang bercakap!.

No comments:

TRANSLATION