Wednesday, July 29, 2009

Terbuka & Masuk..

Pertama yang berkaitan dengan terbuka ialah seruan ini selalu ditujukan kepada pihak yang satu lagi. Orang yang bercakap itu tidak mengira bahawa dia termasuk dalam seruan yang dibuat. Perkara ini selalu diperingatkan dalam sembahyang jumaat oleh khatib (pembaca khutbah). Selalunya khatib akan kata, “saya mengingatkan tuan-tuan dan diri saya sendiri”. Macam mana pun, diluar dari situasi itu, orang biasanya lupa tentang dirinya sendiri. Sasaran seruan ialah orang lain, bukan dirinya.

Menyeru orang supaya terbuka memang senang tetapi untuk menjadi diri sendiri terbuka tidak semudah menyeru orang lain. Bersikap terbuka memberi persepsi, orang itu boleh menerima pandangan orang lain. Tetapi, pada masa yang sama sebenarnya, sikap terbuka juga sepatutnya memberi persepsi orang itu boleh menerima keadaan jika pandangan yang diberi tidak diterima oleh orang lain. Inilah yang lebih sukar berbanding yang pertama.

Susulan dari kekurangan sikap terbuka, kita akan jadi defensive, terlalu mendesak dan kadang-kadang gagal mengawal emosi. Sikap terbuka juga mestilah berpasangan, iaitu kalau anda mahu orang lain terbuka, anda juga mesti terbuka. Jika tidak, terbuka itu akan berpasangan dengan tertutup, dan, ia tidak akan berfungsi.

1 comment:

Anonymous said...

kena buka dulu...baru boleh masuk. kalau tak buka macam mana nak masuk.

TRANSLATION