Tuesday, November 18, 2008

Usaha Islam I

Sekiranya tulisan ini bercanggah dengan al-Quran (AQ) dan Assunnah, maka janganlah diambil walau sedikit pun. Tujuan tulisan ini adalah untuk mengajak orang yg sayang dan mahukan Islam tegak di negara ini, supaya menumpukan tenaga dan sumber lain secara fokus dan kolektif ke arah yang diingini. Tidak mengajak apa yang sedang bergerak ke satu sudut yang terasing dan memperuntukkan banyak masa dan tenaga kepada satu usaha lain.

Persoalan ibadah, bidaah dan kejahilan akan dirangkum secara rawak. Kegagalan meletakkan nas-nas yg jelas adalah kerana kelemahan diri sendiri kerana tidak dapat menghafal ilmu-ilmu yg diturunkan oleh ustaz2 dan ulama2’. Inisiatif sendiri diperlukan untuk membuat rujukan.

Masyarakat Islam Malaysia telah lama berada dalam kepompong sendiri. Perubahan demi perubahan kerap dicuba oleh ulama2 untuk mengubah tahap pemahaman masyarakat Melayu terhadap agama Islam. Setelah 50 tahun merdeka, secara rambang, masih banyak amalan2 yg sangat bertentangan dengan Islam menjadi budaya dalam masyarakat Islam. Masyarakat kampung terperangkap dengan amalan Islam bercampur aninisme sementara masyarakat Bandar selesa dengan budaya hedonisme. Kegiatan2 yang menular tidak menunjukkan tanda2 untuk reda.

Salah satu aspek kecelaruan dalam masyarakat Islam ialah bidaah. Mengambil tafsiran bidaah sebagai tokok tambah dalam ibadah, masyarakat Islam kelihatan seolah2 rela dengan tokok tambah ini. Bagaimanapun, jika dilihat dengan mendalam, bidaah adalah satu ritual yg tidak pernah dibuat oleh Nabi SAW, tetapi ada pada masa ini, dan, ia dicipta dengan sengaja dan sedar oleh seseorang atau sekumpulan orang Islam. Dengan kata lain, ia adalah rekaan semata-mata. Inilah yang difahami. Merujuk kepada kenyataan itu, siapakah dalam masyarakat yg dengan sengaja mereka-reka sesuatu yang baru itu? Lalu jawapannya ialah ‘orang dulu2’ dan masyarakat secara buta-tuli mengikut sahaja. Masyarakat tidak memiliki ilmu untuk menilai sesuatu ‘ritual’ itu sebagai ibadah atau bukan. Masyarakat ikut-ikut sahaja.

Masyarakat menjadi pengamal bidaah secara tidak sedar. Dengan kata lain, masyarakat Islam Malaysia, jahil.

No comments:

TRANSLATION