Wednesday, November 5, 2008

Tip 9

Berkongsi bermula sebaik sahaja ada 2 orang. Sekurang-kurangnya berkongsi ruang. Berkongsi semakin perlu sekiranya ada 2 orang yang memiliki lebih daripada tempat bersama. Pada ketika kita berada dalam organisasi yang sama, memiliki matlamat organisasi yang sama dan matlamat kerja yang sama, berkongsi sudah merupakan satu yang tidak boleh dielak.

Kita mungkin perlu berkongsi ruang pejabat dengan cubical yang sempit, berkongsi tempat letak kereta dengan kaedah siapa cepat dia dapat, berkongsi printer dan sistem telefoni secara network, dan juga berkongsi tandas yang sama, walaupun selalunya staff wanita dapat memiliki kunci khas!

Jadi, tidak ada sebab mengapa kita tidak mahu berkongsi matlamat kerja (goal) dengan staff bawahan kita, jika kita seorang boss. Jika kita seorang yang bukan boss, berkongsi juga perlu, supaya boss kita tahu kita ada kerja nak kena buat!

Perkara-perkara lain yang boleh dikongsi ialah perasaan, pengalaman dan bonus!

Seorang boss yang hanya bercakap dengan orang bawahan dalam dua keadaan sahaja adalah boss yang tidak mahu berkongsi. Keadaan pertama boss bercakap apabila dia hendakkan sesuatu. Masih dikira rasional. Keadaan kedua ialah apabila boss marah, baru dia bercakap. Pada masa yang lain, dia tidak mahu berkongsi. Bila isterinya melahirkan anak ketiga, tidak ada siapa tahu melainkan setelah 2 bulan, apabila isterinya telah mula bekerja kembali dan dia terpaksa breakfast di kedai mamak!

Begitu juga dengan staff bawahan. Setelah gagal menyiapkan kerja pada tarikh yang ditetapkan (deadline) dan telah dimarah oleh boss, dia memberi alasan tidak ada sesiapa yang menolong untuk melakukan kerja tersebut dan dia tidak tahu bagaimana cara menyiapkan kerja tersebut. Bolehkah masalah yang tidak selesai diselesaikan jika kita hanya mendiamkannya setelah gagal kali pertama?

Jalan keluar ialah dengan BERKONGSI.

1 comment:

Anonymous said...

Setuju sesangat dgn kata kunci "KONGSI". Kerajaan menggalakkan untuk kongsi kereta. Orang2 'construction' duduk dalam rumah kongsi.waima dah merompak pun nak berkongsi. Dalam pengurusan, tak patut juga kalau kedekut ilmu. tak rugi dan untungnya ada. SHARED. ya Shared

TRANSLATION