Tuesday, November 18, 2008

Tip 10

Bagi orang Islam, membaca Al-Quran merupakan pendekatan terbaik untuk mengatasi tekanan. Membaca Al-Quran boleh dilakukan dengan dua pendekatan. Anda boleh membaca Al-Quran dalam sembahyang, yang turut melibatkan kebolehan anda menghafal ayat-ayat di dalam Al-Quran. Anda juga boleh membaca Al-Quran dalam keadaan santai-dengan menjaga adab-adab membacanya-di luar sembahyang.

Ketawa dengan bahan humor dapat mengalihkan tumpuan anda dari perkara yang memberi tekanan, kepada bahan humor yang tertentu. Humor juga melibatkan daya kreativiti anda dan aktiviti ini secara tidak langsung akan merangsang otak anda untuk bekerja dengan cara yang berbeza. Otak anda akan sibuk melakukan perkara lain dan tidak akan mengambilkira tekanan yang sedang anda hadapi.

Jika anda tidak gemar kepada humor, lebih baik anda tidur. Tetapi, bukanlah tidur yang biasa, yang memerlukan anda menggosok gigi dan menukar pakaian sebelum melakukannya. Tidur yang pendek boleh mengalihkan otak dari memikirkan perkara-perkara yang berkaitan dengan tekanan yang sedang anda hadapi. Tidur juga dapat merehatkan otak dan fizikal. Cuma, satu sahaja masalah, iaitu, tidur di pejabat semasa bekerja, bukanlah satu yang baik dalam masyarakat kita.

Kalau anda tidak suka humor dan anda juga mempunyai persepsi bahawa tidur semasa bekerja bukanlah satu yang baik, anda buatlah secawan minuman yang paling anda suka, yang mudah anda perolehi, kecuali minuman beralkohol. Sekiranya anda perlu keluar dari pejabat sejauh 10 kilometer untuk mendapatkan teh-epal yang anda suka, lupakanlah. Tetapi, jika jarak yang perlu anda lalui ialah 50 atau 100 meter, maka, lakukanlah kerana berjalan-jalan pada jarak yang pendek juga merupakan satu cara untuk mengatasi tekanan. Oh, jangan lupa. Setelah anda buat minuman tersebut, anda mestilah menikmatinya. Jangan buatkan minuman itu untuk orang lain!.

Jika semua yang di atas anda tidak suka, anda ada pilihan terakhir iaitu menangis! Lakukanlah sepuas-puasnya dan kalau anda mahu, lakukanlah sambil bercakap-cakap dengan diri anda sendiri. Satu perkara yang penting jika anda mahu menangis ialah tempat untuk anda lakukannya. Janganlah anda menangis dalam mesyuarat bulanan jabatan anda terutamanya jika anda seorang pengurus. Jangan pula anda menangis ketika anda sedang makan tengahari sama ada dengan rakan-rakan sepejabat atau berseorangan. Carilah tempat yang sesuai.

1 comment:

Anonymous said...

Tekanan memang memerlukan skill pengurusan. Baca Al-Quran, bahan2 Humor,tidur(took a nap),ambil angin atau minum adalah perkara biasa dilakukan. Apa pula kalau perkara yang luar biasa? Sememangnya banyak.Yang positif tak berapa banyak tapi yang negatif memang banyak. Nak contoh? ok..tension di ofis terus balik rumah,vandalism, tak pasal2 nak memarah dan banyak lagi serta takut saya utarakan. Anyway, saya suka pendekatan tidur sekejap.

TRANSLATION