Allah is The Greatest!! Manusia dan Alam Akan Berubah. Mungkin Lu Tidak Sangka Lu Akan Jadi Begini. Lu Mahu Orang Kenal Lu Sekarang, Macam Mana Orang Kenal Lu Dulu. Lu Cuba Kekalkan Apa Yang Ada, Walaupun Ada Yang Sudah Tidak Perlu. Jadilah Diri Sendiri. Wa Pilih Islam.
Wednesday, November 5, 2008
Wa vs. Usrah II
Nombor dua, mesti menyerah diri kepada segala arahan Allah Ta’ala tanpa banyak alasan dan dalih, kata mudahnya, dengar dan patuh. Itulah Islam dalam kerangka yang telah aku fahami selama ini.
Tapi, dua barang ini bukan barang senang. Cakap senang, tak cakap lagi senang!. Nak mencapai tahap pemahaman itu, banyak rentetan pendidikan, ‘brain wash’, tarbiyyah yang kena dan perlu dilalui. Ini barang pun bukan boleh datang bergolek camtu-camtu saja. Kena cari dan bincang, dan, yang paling susah ialah kena amal. Dengan menghadap guru di surau dan masjid atau kelas-kelas memberikan ilmu untuk ke arah itu. Pada aku, ilmu formal berhenti setakat itu sahaja. Praktikal dan aplikasi, kena ada cara lain. Nak bagi ‘masak’ barang itu, tak boleh peram. Kena ‘open table’. Salah satu format yang ada ialah usrah.
Wednesday, September 24, 2008
Tip 8
Gunakan kreativiti.
Setiap perkara ada peraturan dan prosedur yang digunakan sebagai mekanisme kawalan. Termasuk dalam peraturan ialah nilai-nilai dan budaya yang membentuk etika kerja. Peraturan dibuat untuk tujuan pengekalan tahap efisiensi dan juga mutu. Aspek lain yang penting dalam merangka peraturan dan prosedur, ialah aspek cepat (speed). Kini, banyak produk dan perkhidmatan yang lebih mementingkan cepat dan juga murah. Inilah pasangan yang sesuai dalam era kini. Untuk mendapat cepat berpasangan dan kualiti dalam satu situasi, adalah hampir mustahil.
Dalam mencapai matlamat tugas, aspek praktikaliti adalah penting. Prosedur yang berderet-deret mungkin tersedia atas sebab-sebab tertentu. Pada masa yang sama, nilai kreativiti sebagai manusia tidak harus dilupakan begitu sahaja. Ada kala aspek kreativiti perlu untuk untuk mencapai matlamat kerja. Pada ketika yang sama, aspek kepatuhan kepada peraturan dan garis panduan, patut dikorbankan untuk situasi ‘itu’ sahaja.
Salah satu cara membuat bayaran kepada pembekal ialah dengan memindahkan wang ke dalam akaun bank pembekal dengan menggunakan khidmat bank pengantara yang dinamakan telegraphic transfer atau ringkasnya ‘TT’. Proses membuat ‘TT’ secara online banking pula memerlukan ‘line’ internet yang stabil. Proses ini selalunya hanya dibenarkan kepada kakitangan yang berjawatan Pengurus sahaja. Sekiranya, line tidak stabil untuk melakukan ‘TT’ secara online dan keadaan ini berlanjutan selama 2 hari, Pengurus tersebut berkenaan sepatutnya melakukan secara manual dengan pergi ke kaunter bank tersebut.
Fenomena cuti mengejut (Emegency leave) adalah salah satu keadaan yang perlu kebijaksanaan pengurus dan kakitangan bawahan. Prosedur biasa untuk mengambil cuti ialah mendapat kelulusan sebelum bercuti. Namun, dalam kes cuti mengejut, prosedur ini jarang terpakai. Dalam era kini, memaklumkan secara pesanan pendek (Short Message Service) adalah alternative yang praktikal, walaupun tidak digemari oleh ramai pengurus. Jadi, jika ini berlaku, adalah lebih baik kakitangan bawahan mendapatkan Medical Certificate (MC) sahaja, dan, ia juga tidak disukai oleh ramai pengurus. Tapi, sekurang-kurangnya, tiada konflik peraturan yang akan berbangkit!
Wa vs. Usrah I
Dalam rock, bebas dan berani membawa kepada penyerahan diri kepada dunia rock, itu pun kalau nak ikut betul-betul jadi mat rock, kalau setakat cas-cas, rentikanlah. Aku dan ramai kawan-kawan aku tak sampai tahap itu, sebab kita orang cuma cas-cas saja.
Rock hanya ikutan kerana kebetulan ketika jiwa muda sedang mahu bebas dan berani, rock ada di situ. Tidak ada antara kawan-kawan yang tahu ‘rukun-rukun’ rock. Tidak ada yang cuba-cuba tanya, apa ‘syarat sah’ rock? Mula-mula aku ingat rambut panjang adalah salah satu syarat sah, tapi bila keluar band Gersang, aku tak percaya pada syarat sah itu.
Awang Tetap Disini
Keluarga Awang besar. Anak dia 5 orang. Hidup Awang tidak mewah tetapi tidak melarat sehingga kena tinggal dalam gua, atau, di bawah jambatan. Semua anak Awang bersekolah sejak dari umur 5 tahun lagi. Sekolah PASTI.
Pernah sekali, terperangkap dengan masalah cashflow perniagaannya, Awang melakukan perubahan. Dia buat VSS secara kampong. Operasinya dihentikan selama 6 bulan, itu katannya kepada para pekerjanya, yang kebanyakkannya saudara-mara. Semua orang akan dapat gaji terakhir pada hujung minggu itu.
Semua orang yang kerja dengan Awang tahu masalah Awang. Kain batik Terengganu telah kekal pada harga yang ada semenjak tahun 80-an lagi. Kos bahan mentah macam kain dan pewarna pulak meningkat. Itu tak termasuk harga minyak yang tak pernah tak meningkat. Ditambah pulak meniaga kain ini sudah terkenal dengan sistem consignment. Tak ada orang meniaga tunai. Sudahlah begitu, peniaga yang ambil kain Awang ini, memang liat-liat punya kaki. Awang pulak dari golongan muda yang baru nak meniaga. Akhirnya, Awang tewas kepada tekanan.
Tapi, Awang tidak boleh duduk diam tanpa ada kerja. Dia meniaga apam balik pulak di pasar Chabang Tiga. Memang jenis dia pandai cakap dan pandai meniaga, apam baliknya pun menjadi.
Macam manapun, Awang tidaklah mewah tapi tidaklah melarat sehingga kena tinggal dalam gua atau bawah jambatan!
Monday, July 21, 2008
Tip 7
Dalam melakukan kerja, kita selalunya berhadapan dengan 3 jenis kerja. Satu, kerja yang senang (dan susah). Dua, kerja yang kita suka (dan yang kita tak suka). Tiga, kerja yang penting (dan tak penting). Dalam tiga jenis (atau enam jenis) kerja ini, selalunya kita suka buat yang kerja senang, dan, semua orang pun akan sangat suka menolong kita kalau kerja itu kerja yang senang. Macam manapun, biasanya kita akan bagus dalam kerja yang kita suka, tidak kira kerja itu senang atau tidak. Efisien akan berada pada tahap terbaik jika kita melakukan kerja yang kita suka walaupun kerja itu senang tapi penting.!
Selain dari arahan oleh pengurus, keutamaan kerja juga berkait rapat dengan misi dan visi syarikat. Adalah baik kalau setiap orang dalam organisasi tahu misi dan visi syarikat dan pada masa yang sama ‘menjiwai’ misi dan visi ini. Jika ini berlaku, tidak akan timbul konflik keutamaan kerja kerana semua tahu dan faham, apa yang perlu syarikat capai pada masa terdekat dan pada masa akan datang.