Dalam rock, bebas dan berani membawa kepada penyerahan diri kepada dunia rock, itu pun kalau nak ikut betul-betul jadi mat rock, kalau setakat cas-cas, rentikanlah. Aku dan ramai kawan-kawan aku tak sampai tahap itu, sebab kita orang cuma cas-cas saja.
Rock hanya ikutan kerana kebetulan ketika jiwa muda sedang mahu bebas dan berani, rock ada di situ. Tidak ada antara kawan-kawan yang tahu ‘rukun-rukun’ rock. Tidak ada yang cuba-cuba tanya, apa ‘syarat sah’ rock? Mula-mula aku ingat rambut panjang adalah salah satu syarat sah, tapi bila keluar band Gersang, aku tak percaya pada syarat sah itu.
1 comment:
Mana ade rukun-rukun rock.. Rock is rock.. it is just a muzik.. dalam dunia nie semuanya adalah ciptaan belaka.. semuanya adalah mahluk yang kadangkala termaktub kepada perubahan... Itu Metallica yang konon-konon THRASH ganas pun rambut dah pendek ... main lagu pop pun dah..
Aku dari dulu rock pun tak de rambut panjang, boleh jugak dengor lagu Alphaville dan Aha.. tak de masalah pun...
Post a Comment