Gunakan kreativiti.
Setiap perkara ada peraturan dan prosedur yang digunakan sebagai mekanisme kawalan. Termasuk dalam peraturan ialah nilai-nilai dan budaya yang membentuk etika kerja. Peraturan dibuat untuk tujuan pengekalan tahap efisiensi dan juga mutu. Aspek lain yang penting dalam merangka peraturan dan prosedur, ialah aspek cepat (speed). Kini, banyak produk dan perkhidmatan yang lebih mementingkan cepat dan juga murah. Inilah pasangan yang sesuai dalam era kini. Untuk mendapat cepat berpasangan dan kualiti dalam satu situasi, adalah hampir mustahil.
Dalam mencapai matlamat tugas, aspek praktikaliti adalah penting. Prosedur yang berderet-deret mungkin tersedia atas sebab-sebab tertentu. Pada masa yang sama, nilai kreativiti sebagai manusia tidak harus dilupakan begitu sahaja. Ada kala aspek kreativiti perlu untuk untuk mencapai matlamat kerja. Pada ketika yang sama, aspek kepatuhan kepada peraturan dan garis panduan, patut dikorbankan untuk situasi ‘itu’ sahaja.
Salah satu cara membuat bayaran kepada pembekal ialah dengan memindahkan wang ke dalam akaun bank pembekal dengan menggunakan khidmat bank pengantara yang dinamakan telegraphic transfer atau ringkasnya ‘TT’. Proses membuat ‘TT’ secara online banking pula memerlukan ‘line’ internet yang stabil. Proses ini selalunya hanya dibenarkan kepada kakitangan yang berjawatan Pengurus sahaja. Sekiranya, line tidak stabil untuk melakukan ‘TT’ secara online dan keadaan ini berlanjutan selama 2 hari, Pengurus tersebut berkenaan sepatutnya melakukan secara manual dengan pergi ke kaunter bank tersebut.
Fenomena cuti mengejut (Emegency leave) adalah salah satu keadaan yang perlu kebijaksanaan pengurus dan kakitangan bawahan. Prosedur biasa untuk mengambil cuti ialah mendapat kelulusan sebelum bercuti. Namun, dalam kes cuti mengejut, prosedur ini jarang terpakai. Dalam era kini, memaklumkan secara pesanan pendek (Short Message Service) adalah alternative yang praktikal, walaupun tidak digemari oleh ramai pengurus. Jadi, jika ini berlaku, adalah lebih baik kakitangan bawahan mendapatkan Medical Certificate (MC) sahaja, dan, ia juga tidak disukai oleh ramai pengurus. Tapi, sekurang-kurangnya, tiada konflik peraturan yang akan berbangkit!
No comments:
Post a Comment