Allah is The Greatest!! Manusia dan Alam Akan Berubah. Mungkin Lu Tidak Sangka Lu Akan Jadi Begini. Lu Mahu Orang Kenal Lu Sekarang, Macam Mana Orang Kenal Lu Dulu. Lu Cuba Kekalkan Apa Yang Ada, Walaupun Ada Yang Sudah Tidak Perlu. Jadilah Diri Sendiri. Wa Pilih Islam.
Friday, April 24, 2009
Teruskan Usaha
Atas dasar menentang bidaah yang dicipta oleh penjajah, segala warisan pencipta bidaah perlu ditentang dan Islam wajib mengambil alih tempat yang sepatutnya. Jika ulama itu pewaris Nabi, maka sudah tentu ada pewaris pencipta bidaah dalam negara ini. Sekiranya menentang bidaah itu wajib, maka wajib jugalah menentang golongan yang mempertahankan bidaah itu. Prosesnya sangat panjang dan hampir tidak berkesudahan. Ia bermula dengan menggantikan golongan yang selama ini mendokong dan tidak mahu mengubah bidaah yang telah dicipta oleh British. Proses itu sahaja akan mengambil masa entah berapa lama. Proses yang terlibat masakini ialah pilihanraya, dan hendak mengharungi sahaja sudah memakan berpuluh tahun. Ini ditambah pula dengan fahaman pilihanraya tidak syar-i. Disitu sahaja sudah berpuluh tahun untuk menjelaskan.
Thursday, April 23, 2009
Diam, Lawan...Kipas!!!
Alternatif satu, diam. Orang ada kata, kadang-kadang kita nampak orang yang diam itu macam orang bodoh dan bila dia bukak mulut, rupa-rupanya memang betul, dia bodoh. Elaklah benda ini dari terjadi kat engkau. Bukanlah aku hendak labelkan engkau bodoh bahkan ini adalah langkah yang bijak. Bila engkau diam untuk tempoh yang panjang semasa dalam perbualan, dengan sendirinya, mamat itu akan diam. Alah, macam kat rumahlah, kalau ada orang tengah membebel, engkau diamlah, nanti bila dah penat, dia berentilah membebel. Langkah ini juga adalah baik kalau engkau ambik kata-kata pengamal pengguna kondom, ?play safe?!. Biar boring asal selamat!
Alternatif kedua, ambik kata-kata DSAI, ?lawan tetap lawan?. Ini sesuai kalau engkau ada darah pendekar. Berpantang maut sebelum ajal, berpantang undur sebelum kalah! Kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa saya tadahkan, kalau sunggh bagai dikata, nyawa dan badan saya serahkan! Nak jadi pendekar ke, mesti ada syarat. Pendekar Bujang lapok pun kena syarat. Alternatif ini datang dengan satu syarat iaitu engkau mesti lebih baik dari mamat itu. Jadi, Kalau setakat seri saja, mamat itu masih mampu memberikan kesan ?kebuluan?, walaupun sedikit, pada engkau. Jadi, syarat ini mesti dipenuhi, tidak boleh tidak mesti ada!. Kalau engkau hendak lawan bercakap tetapi engkau tidak ada skill yang diperlukan, lebih baik ambil alternatif nombor satu.
Sebenarnya ada satu lagi benda yang boleh engkau buat selain daripada dua alternatif ini. Tetapi, apa yang aku hendak share ini, bukanlah satu perkara yang boleh membuatka engkau ?up?-kan diri engkau. Kalau agak-agak tengah sesak, tengah-tengah bulan, ada pulak mamat ajak lunch kat mana-mana hotel, langkah ini boleh digunakan. ?Kipas?, beb!. Berbulu dengan kipas sebenarnya adalah bertentangan dari segi polisi, tapi, kalau saja-saja nak try, boleh jugak. Kalau mamat tu cakap pun tak berenti dan semua dia nak menang, engkau kipas sajalah, tambah-tambah sikit lagi bagi dia kembang, lepas tu, suruh dia bayar engkau punya lunch, okay jugak.!

Analisa Keperluan Latihan IV
Analisa Individu (Individual Analysis)
Analisa individu ini mengenalpasti bagaimana tahap bagus setiap kakitangan syarikat melaksanakan tugas yang sepatutnya dilakukan berkaitan kerja yang sepatutnya dilakukan. Pada tahap ini, prestasi kerja individu yang diharapkan dan prestasi kerja individu sebenar iaitu ,GAP, merupakan keperluan latihan bagi individu berkaitan.
Beberapa soalan untuk mengetahui tahap prestasi seorang kakitangan syarikat boleh dikaji, seperti soalan-soalan dibawah,

- Adakah prestasi sebenar semasa kakitangan itu memuaskan?
- Jika TIDAK, adakah prestasi lemah tersebut boleh diperbaiki?
- Jika YA, latihan yang sesuai boleh dilaksanakan
- Jika TIDAK, pembaikan dari sudut lain mungkin lebih baik
- Jika YA, adakah prestasi baik yang memuaskan ini boleh dikekalkan?
- TANPA LATIHAN?
- Dengan LATIHAN?
- Maklumat prestasi individu berkaitan
- Penilaian mengenalpasti ruang pembaikan oleh penyelia ke atas kakitangan yang berkaitan
- Rekod prestasi yang disimpan oleh kakitangan berkaitan sendiri untuk rujukan diri sendiri
- Temuduga
- Ujian prestasi ke atas kakitangan berkaitan
Subscribe to:
Posts (Atom)