Thursday, April 23, 2009

Analisa Keperluan Latihan IV

Analisa Individu (Individual Analysis)

Analisa individu ini mengenalpasti bagaimana tahap bagus setiap kakitangan syarikat melaksanakan tugas yang sepatutnya dilakukan berkaitan kerja yang sepatutnya dilakukan. Pada tahap ini, prestasi kerja individu yang diharapkan dan prestasi kerja individu sebenar iaitu ,GAP, merupakan keperluan latihan bagi individu berkaitan.

Beberapa soalan untuk mengetahui tahap prestasi seorang kakitangan syarikat boleh dikaji, seperti soalan-soalan dibawah,

  • Adakah prestasi sebenar semasa kakitangan itu memuaskan?
  • Jika TIDAK, adakah prestasi lemah tersebut boleh diperbaiki?
  • Jika YA, latihan yang sesuai boleh dilaksanakan
  • Jika TIDAK, pembaikan dari sudut lain mungkin lebih baik
  • Jika YA, adakah prestasi baik yang memuaskan ini boleh dikekalkan?
  • TANPA LATIHAN?
  • Dengan LATIHAN?
Untuk menjayakan analisa ini, sumber maklumat dan dokumen tertentu akan dapat membantu. Maklumat berkaitan dengan prestasi sebenar kakitangan adalah PENTING.

  • Maklumat prestasi individu berkaitan
  • Penilaian mengenalpasti ruang pembaikan oleh penyelia ke atas kakitangan yang berkaitan
  • Rekod prestasi yang disimpan oleh kakitangan berkaitan sendiri untuk rujukan diri sendiri
  • Temuduga
  • Ujian prestasi ke atas kakitangan berkaitan
Ketahuilah, Ada yang bersedia membantu anda dan organisasi anda untuk melaksanakan apa yang anda fikirkan perlu untuk organisasi anda.

Can't Take It With U

Wednesday, April 22, 2009

Analisa Keperluan Latihan III

Analisa Tugas (Occupational Analysis)

Analisa tugas ini bertujuan mengenalpasti kandungan latihan iaitu apa yang perlu dilakukan oleh kakitangan syarikat MESTI lakukan untuk melaksanakan tugas dengan jaya. Analisa ini dijalankan dengan menganalisa tugas yang akan dilaksanakan selepas latihan diberikan. Beberapa perkara perlu diambilkira iaitu,

  • Pengumpulan maklumat secara sistematik yang memberikan penerangan terperinci tentang sesuatu tugas yang dilaksanakan seperti DIKEHENDAKI.
  • Mengenalpasti prestasi piawai yang diterima bagi tugas yang berkaitan
  • Bagaimana cara melakukan tugas tersebut agar prestasi tugas itu menepati prestasi piawai yang dikehendaki.
  • Ilmu pengetahuan, kepakaran dan kebolehan serta ciri-ciri , termasuk sikap dan yang lain, supaya tugas dilakukan dengan efektif
  • Untuk mendapatkan maklumat seperti yang dinyatakan di atas, beberapa dokumen dan kaedah, perlu diperolehi dan dilaksanakan untuk tujuan tersebut, termasuk:-
  • Analisa tugas berpandukan deskripsi tugas (Job Description)
  • Penilaian prestasi (Performance Appraisal)
  • Temuduga dengan pelatih/kakitangan sama ada secara keseluruhan atau persampelan
  • Analisa masalah operasi seperti tahap pembaziran (wastage levels), tahap kemalangan (accident levels), kawalan mutu atau rungutan pelanggan (customers? complaints).

Analisa Keperluan Latihan II

PENDEKATAN ANALISA KEPERLUAN LATIHAN

Secara umum dan amalan masakini, terdapat 3 pendekatan yang digunakan dalam proses TNA. Untuk mendapatkan penemuan yang lebih tepat sebelum membuat cadangan keperluan latihan, pendekatan yang pelbagai adalah satu langkah yang baik. Analisa ini merupakan langkah pertama yang sangat penting. Tiga pendekatan utama ialah:-

Analisa Organisasi (Organizational Analysis)
Analisa organisasi menumpukan perhatian kepada ruang-ruang dalam organisasi yang memerlukan latihan. Proses ini mengenalpasti latihan yang perlu dengan merujuk kepada matlamat dan strategi organisasi/syarikat. Langkah ini sangat penting untuk mengenalpasti latihan yang boleh dilaksanan untuk mencapai matlamat syarikat. Untuk membantu analisa pada peringkat organisasi ini, maklumat-maklumat penting akan diperolehi daripada,

  • Nilai (value), pernyataan visi dan misi (vision and mission statement)
  • Perbincangan terus atau temuduga dengan pihak pengurusan atau ahli lembaga pengarah syarikat
  • Laporan ahli lembaga pengarah dan ucapan-ucapan rasmi serta laporan

Analisa Keperluan Latihan I

LATIHAN, TNA, KSA DAN PG

Keperluan Latihan merujuk kepada kehendak supaya pelatih (kakitangan syarikat) memperbaiki prestasi kerja mereka melalui cara aktiviti latihan. Keperluan kepada latihan boleh dikenalpasti selepas satu perbandingan dibuat di antara pencapaian kerja sebenar dengan pencapaian kerja piawai yang dikehendaki oleh organisasi. Perbezaan ini dirujuk sebagai jurang prestasi (Performance Gap). Secara umum, keperluan latihan juga boleh difahami sebagai jurang prestasi antara tuntutan kerja dengan tahap milikan pelatih (kakitangan syarikat ) dari segi ilmu pengetahuan (Knowledge), kepakaran (Skills) dan sikap (Attitude). Tiga perkara ini dikenali sebagai KSA dalam kaedah latihan.

Analisa Keperluan Latihan (TNA) ialah satu proses yang sistematik dan berstruktur untuk mengenalpasti apakah tugas/kerja yang perlu dilakukan oleh kakitangan syarikat dan apakah tahap dan komponen yang diperlukan dari segi ilmu pengetahuan (K), kepakaran (S) dan sikap (A), untuk melaksanakan tugas/kerja tersebut dengan berkesan.

Tahap KSA terkini akan dibandingkan dengan tahap KSA piawai yang telah ditetapkan oleh syarikat untuk mengenalpasti jurang prestasi (Performance Gap).

Secara umum, jurang prestasi merujuk kepada perbezaan antara:-
  • Keputusan organisasi yang dikehendaki dengan keputusan terkini sebenar
  • Keputusan prestasi kerja yang dikehendaki dengan keputusan prestasi kerja terkini sebenar (PG)
  • Tahap KSA kakitangan syarikat dengan tahap KSA yang diperlukan atau yang akan diperlukan untuk melaksanakan tugasan tertentu.

Latihan yang sesuai akan dicadangkan untuk mengatasi PG yang telah dikenalpasti.

TRANSLATION