Allah is The Greatest!! Manusia dan Alam Akan Berubah. Mungkin Lu Tidak Sangka Lu Akan Jadi Begini. Lu Mahu Orang Kenal Lu Sekarang, Macam Mana Orang Kenal Lu Dulu. Lu Cuba Kekalkan Apa Yang Ada, Walaupun Ada Yang Sudah Tidak Perlu. Jadilah Diri Sendiri. Wa Pilih Islam.
Sunday, September 6, 2009
Menentang Bidaah
Menentang bidaah sekali gus menghapuskan kejahilan merupakan satu usaha yang juga tidak singkat dan mudah. Bagaimanapun, usaha mendaulatkan Islam mungkin dan boleh jadi lembap tak bermaya sebab pertikaian definisi dan asal-usul. Ini tentulah merugikan keinginan masyarakat Islam untuk maju bersama Islam. Sekadar pertikaian ilmiah tidak menjadi hal, namun, susulan pertikaian itu yang menjadi penghalang pergerakan. Perdebatan asal akan membawa kepada tindakan menarik diri dari jemaah yang bersama-sama berusaha menegakkan Islam dengan alasan mereka mengamalkan bidaah dan sedang melakukan kesesatan, kerana setiap bidaah adalah sesat. Dilihat secara halus, memang frasa ini betul dan sah. Namun, kembali semula kepada definisi, ia masih terbuka, dan sekali lagi perbincangan akan hanya berkisar kepada definisi tak sudah-sudah.
Tajuk Artikel Wa:
PandanganWa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment