Mat rock mendapat persepsi yang sangat buruk dalam masyarakat, jarang-jarang ada yang menghormati kebebasan dan keberanian mat rock. Rata-rata mengutuk penampilan diri dan gaya selamba mat rock. Mat rock ni macam hina sungguh.Bahkan mat rock lebih hina dari mat dasi yang songlap duit! (Lu orang pernah dengar ke kata-kata ni?.) Kalau dibariskan mamat yang ikut gaya Amy (sebelum dia botakla) dengan satu mamat yang tiru gaya Nasser Wahab untuk di tembak, lu ingat sapa yang terpilih?? Berat beb!.
Tapikan, ini aku sajalah gatal mulut. Cuba korang tengok realiti kat Malaysia, antara Papa Rock, Ratu Rock, Pop Diva, Raja Pop, Ratu Dangdut (ada ke?), Raja Lawak dan Ratu Jazz, siapa yang paling banyak kali kantul dadah dan keluar masuk serenti? Sendiri mau ingat, beb, ada orang lihat kulit, ada orang lihat isinya!
Itulah realiti, tapi realiti itu sendiri adalah satu persepsi. Fuh, berat ni. Mula-mula aku dengar benda ni, macam nak tercabut bulu roma. Ini pun datang dari orang jenis ada baca punya. Tak apalah, biarlah benda itu.
Kini, aku mengharungi hidup bersama-sama kumpulan, bukan kumpulan rock, yang juga mendapat persepsi negatif dari masyarakat terutama pada tahun 80-an. Banyak gelaran yang diberikan kepada kumpulan ini. Gelaran-gelaran ini sebahagian besar membentuk persepsi masyarakat kepadanya. Bagi mereka, gelaran-gelaran ini tidak pernah mereka jangka akan melekat pada mereka, kerana mereka yakin, mereka bukan seperti yang mereka digelar. Macam manapun, itulah realiti. Itu jugalah persepsi. Terpulang kepada manusia untuk menjalani hidup, sama ada mahu mengambil berat tentang persepsi atau tidak.
Gelaran paling besar ada dua. Satu, pemecah belah masyarakat. Dua, anti kemajuan. Kalau digabungkan kedua-duanya, jadilah aku satu manusia mundur yang tak suka berkawan. Berat beb!. Tidak pernah aku hidup begitu sepanjang hidup aku yang dah masuk otai ni. Dan, aku juga yakin tidak ada satu kaum pun yang mahu jadi begitu. Sudahlah hidup susah, kera sumbang lagi. Macam manapun, macam aku kata, itulah realiti. Itulah persepsi.
Tapi, itu dululah. Paling lewat pun, sebelum pilihanraya umum Malaysia k eke-12 bulan Mac baru-baru ini. Sekarang dah lain. Mungkin. Itu satu persepsi.