(Gambar: Pekerja batik tengah menjalankan aktiviti 'cceluk')
Kemudian, boss tengok dia ok, boss suruh dia lipat kain pulak. Bukan senang lipat batik secara komersial, bukan macam lipat kain batik nak simpan dalam 'gerobok'. Lama-lama dia menjadi orang kesayangan boss. Boss bagi dia kereta supaya dia senang gerak dan boleh buat marketing sekali.
Sampai umur 16 tahun, Awang rasa nak belajar sekurang-kurangnya untuk dapat S.R.P. Dia ambik kelas malam. Siang kerja, malam belajar. Tup-tup, S.R.P. dia aggregate (masa tu la..) 13. Terkejut katak cikgu-cikgu yang mengajar dia kat kelas malam. Mana tidaknya, barang tiga tahun kat sekolah, dia buat dalam masa tak sampai setahun.Awang terus kerja batik dengan boss dia, dan dia dah mula tahu selok belok perniagaan batik di Terengganu. Sekarang, dengan pengalaman dan ketekunan, serta sikap Awang yang tidak suka melakukan perkara yang dia tidak suka, Awang sekarang telah memiliki perniagaan batik yang terkenal dan baik di Kuala Terengganu. Dia bebas dari belenggu keterpaksaan pergi sekolah, dia 'happy' dengan kerjaya sekarang dan dia mampu menyara keluarga dengan apa yang dia ada.
No comments:
Post a Comment