Tuesday, September 15, 2009

Biar Betul-Betul

Selepas membulat nekad untuk berlawan cakap, pastikan data/fakta/maklumat yang diperlukan untuk bercakap, telah diperolehi. Satu takuk lagi, pastikan pula, data/fakta/maklumat yang diperolehi itu boleh dijadikan sandaran untuk hujah. Mungkin berlaku, data/fakta itu tidak tepat, tapi, itu terpulang pulak kepada lawan bercakap kita. Kalau dia jenis, yang banyak “aa…aa..” atau “iye ker?”, sikit-sikit “iye ke?”, kita cubalah hentam saja. Risikonya kalau lawan bercakap itu mempunyai skil ‘buat-buat bodoh’, kita akan terperangkap. Nampak macam bodoh tapi sebenarnya tidak. Keadaan akan memihak kepada kita kalau lawan bercakap kita nampak macam bodoh, tapi bila dia mula bercakap, memang betul-betul bodoh! Untuk mengelakkan berbulu, lebih baik cari data/fakta/maklumat yang perlu, lengkap dan tepat. Jangan hentam keromo atau belasah semacam. Ini bukan iklan sistem telefon mudahalih. Sebab itu, kalau tidak yakin dengan maklumat yang kita ada, hang pi dok diam sudahlah.

Tugas Penting Ketua

Dalam kaedah pengurusan pun, perkara ini adalah satu keperluan. Pengurus perlu tahu apakah tugas-tugas yang utama, tugas-tugas yang penting dan tugas-tugas yang boleh diabaikan demi produktiviti dan kecekapan. Pengurus yang tidak mahir akan menemui pelbagai masalah kesan daripada kesilapan membuat delegasi tugas dan keutamaan tarikh akhir tugas. Prestasi organisasi akan terjejas dengan hanya kesilapan meletakkan keutamaan bukan di tempatnya. Dan, mungkin sahaja pengurus tersebut tidak akan bertahan lama di organisasi tersebut. Apatah lagi dalam perkara kenegaraan. Sebagai satu contoh global, apa kerelevanan orang Islam Palestin bertanya, adakah menyimpan janggut yang panjang seperti orang Arab atau yang pendek seperti orang Asia itu yang lebih baik, atau tidak menyimpan janggut seperti orang Eropah yang lebih manis kerana orang Eropah akan menerima mereka sedang pada masa yang sama, Yahudi melakukan kekejaman dan kezaliman kepada mereka.

Thursday, September 10, 2009

Jangan Bagi Orang Berbulu Kat Kita.



Sebelum hendak buka mulut, selain menguap, kita kena beri perhatian kepada orang yang sedang bercakap. Apa yang lebih baik ialah jangan bercakap ketika orang lain bercakap. Perkara ini bukan susah sangat terutamanya kalau kita hanya berdua sahaja. Kalau kawan kita cakap kita diam dan beri perhatian.Kalau kita cakap, kita mintak kawan kita diam dan ambil perhatian. Keadaan berbulu akan jadi kalau kita bercakap tapi orang lawan pun bercakap juga! Siapa nak dengar? Bayangkan dalam satu konsert, sedang kita menyanyi lagu Apo Nak Dikato, pada masa yang sama ada satu kumpulan pun menyanyi juga, lagu Apo Kono Jang kat tepi pentas, tak berbulu ke? Sebenarnya, ini memang adab Islam. Bukankah hari Jumaat kita dipesan supaya tidak bercakap ketika khatib sedang berkhutbah? Jadi, bagi perhatian. Kalau kita tak nak berbulu, jangan bagi orang lain berbulu kat kita. Kalau dah dua-dua berbulu, tak cun.

Antara 2 Perkara Penting

Antara kekeliruan yang wujud dikalangan kita ialah kerana kita tidak dapat mengenalpasti perkara yang terbaik di antara 2 perkara yang baik. Kita menyangka tugas mudah kita selesai apabila kita telah mengenalpasti perkara yang baik di antara 2 perkara yang ada. Sebenarnya sebagai seorang Muslim, langkah seterusnya adalah lebih utama, yang membezakan amal saleh dan amalan kerana ikut-ikutan. Hal ini dinamakan ‘Ilmu Mengenal Keutamaan’ oleh Dr Yusof Qardawi, dan, bukunya ada dalam pasaran. Beliau pernah ditanya oleh masyarakat Islam Kanada, tangan manakah yang lebih afdal memakai jam, juga di waktu yang lain, soalan yang lebih kritikal, dimanakah tempat ibubapa Nabi Muhammad SAW, didalam syurga atau neraka. Bukan memperkecil-kecilkan soalan dan penanya, tetapi, situasi yang ada tidak memerlukan ia di timbulkan.

Dunia Lagu Wa, Pasti!

Aku tak sekolah tadika sebab kat kampung aku tak ada tadika masa itu, jadi, tak adalah lagu yang aku belajar masa tadika. Bila masuk darjah 1, cikgu-cikgu mula ajar aku lagu Negaraku dengan lagu negeri, Allah Pelihara Sultan. Itulah 2 lagu yang aku ingat. Tapi, lagu-lagu tu tak best jugak, macam lagu ‘Ram-ram-rip-ketupat-jering’, 2 lagu itu tak boleh aku nyanyi masa naik basikal atau tengah mandi ‘parit’. Tak masuk. Sebab, bila nyanyi lagu-lagu tu, nanti kena berdiri tegak-tegak! Sekolah aku sekolah kampung, kelas pun cuma ada 6 jer. Darjah 1 sampai darjah 6. Sekolah kampung tak ada lagu sekolah. Pagi Ahad (dulu aku sekolah hari Ahad, cuti hari Jumaat dengan Sabtu, anak sapa lah yang tukar!!), kena nyanyi 2 lagu saja. Sekarang, tadika dan pra-sekolah dah banyak. Pulak tu ada lagu sekolah lagi. Anak aku nyanyi lagu PASTI. Aku dulu-dulu, nyanyi juga lagu Pasti, tapi Search punya. Ini lagu PASTI bukan Search punya. Ini PASTI punya. Inilah lagu Pasti aku hafal dulu-dulu.

Pasti-Search
Dari bicara dari suara
Aku kira
Dari naluri dari keharuman
Aku pasti
Dialah kekasih yang ku tunggu

Wajah penuh cinta
Berbau asmara
Pasti tiada sangsi lagi
kerana aku tahu
Sekuat mana harummu

Kaulah mentari akulah rembulan
Sedang dalam dalam percintaan
Senyummu itu adalah rindu
Rinduku ini adalah milikmu

Engkau yang kenal aku mengenal
Sejati di dalam erti cinta sebenar
Bicaralah sayang bersuara sayang
Pasti saja aku akan terus mendengar

Ini pulak lagu PASTI, yang anak-anak hafal sekarang!

PASTI CEMERLANG ISLAM GEMILANG
Al-Quran as-Sunnah pegangan kami
Islam cita-cita murni
Allah matlamat kami
Akhlak mulia idaman kami

Kami harapan ummah
Di PASTI kami diasuh... diasuh
PASTI pasti berjaya
PASTI pastikan cemerlang, cemerlang
Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam 2x

Kami harapan ummah
Di PASTI kami diasuh... diasuh
PASTI pasti berjaya
ISLAM, ISLAM gemilang... gemilang
Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam 2x

TRANSLATION