Tuesday, December 29, 2009

Begins At 40?


Begitulah lama hidup manusia sehingga umur 40 tahun baru mahu merasai hidup. Selama umur itu, manusia pernah jadi bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa. Jadi dalam umur ini, tahap hidup manusia apakah yang masih belum manusia rasa? Banyak lagi tahap yang belum dan perlu dilalui tetapi mungkin tidak seseronok apa yang telah dilalui. Pada tahap bayi, seronok? Entah, sebab satu, apa pun kita tidak ingat! Cuma orang dewasa sahaja yang rasa jadi bayi ini seronok. Pada tahap kanak-kanak, memang seronok, kecuali kena marah dengan ibu, ayah dan guru. Yang lain memang best. Tiada masalah dalam hidup, semua boleh. Mandi sungai, boleh. Makan rambutan, boleh. Makan durian, boleh. Jalan-jalan kat pekan, boleh. Pergi memancing, boleh. Semua boleh. Memang seronok jadi kanak-kanak kerana manusia boleh rasa dan ingat apa yang dilalui pada zaman itu. Tahap seterusnya, remaja. Lagi best. Tapi, tahap ini sudah tidak sama bagi semua orang. Bagi yang belajar tinggi, masa remaja habis kat sekolah. Bagi yang tidak belajar tinggi, masa habis dekat kampong. Dua-dua seronok! Ramai kawan. Langkah pun panjang, apa lagi kalau ada duit. Dunia begitu luas dan semuanya best belaka!

Sertai Rangkaian Usahawan Terkini MUDAH, MURAH dan MESTI RAJIN.

www.aleacorp.com/?ref=hamedon

Wednesday, December 9, 2009

Futsal Night


The Team FUTSAL









The Warm-up FUTSAL




























The Action FUTSAL










































































Peluang Menjana Pendapatan Online Secara MUDAH & MURAH, lawati:

www.aleacorp.com/?ref=hamedon

Thursday, December 3, 2009

10 Buka Terpilih 3

....bersambung, dari sebelum Kelantan kalah dengan NS, sehingga Kelantan dilanda banjir....

7> Buka rahsia. Wadus, inilah buka yang paling payah hendak dihindari. Banyak kali dah diingatkan, jangan buka rahsia tau!, tapi, selalunya rahsia itu akan terbuka juga. Sekiranya rahsia itu masih rahsia, tak gunalah untuk pemilik rahsia memberitahu orang lain. Aku punya otak kata, orang yang bagi tahu kita satu perkara itu rahsia sebenarnya cuba bagi tahu kita, kalau nak bagi tahu orang lain, bagi tahulah, tapi jangan lupa ingatkan mereka supaya jangan buka rahsia ini. Akhir, semua orang tahu rahsia tersebut tetapi tidak ada siapa tahu, siapa yang tahu rahsia tersebut! Err…lantak korang lah!

8> Buka channel ESPN atau Starsport! Yang ini akan popular tahun depan, 2010. Wa gerenti!

9> Buka FB, kalau kena blok, buka email. Aktiviti pertama warga korporat di pejabat yang mempunyai kemudahan mencapai internet (ayat macam dalam buku teks nih!). Jangan kelentong lah… Alih-alih, ada boss yang kepala hangit, bagi arahan supaya FB, Twitter, YM dan YouTube disekat access pada waktu pejabat. Masing-masing muka kelat jer. Bebulu je dengan boss, nak buat camana, boss lagi banyak bulu! Nak memujuk hati yang padan muka, bukaklah email…

10> Buka table a.k.a Open Table. SMS aku kalau ada orang buat kat mana2…


Sertai Rangkaian Usahawan Terkini MUDAH, MURAH dan MESTI RAJIN.

www.aleacorp.com/?ref=hamedon

Wa 40!

Hari ini umur aku 40 tahun. Kalau nak ikutkan, aku bukanlah orang pertama yang dapat mencapai umur 40 tahun. Semua orang dalam parti politik, yang bukan dari golongan PEMUDA, Malaysia sudah terlebih dahulu mencapai umur ini daripada aku termasuk Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang. Jadi, tidaklah ada apa-apa yang pelik mencapai umur ini.

Selama hidup 40 tahun, sebenarnya aku tidak dapat mengingat semenjak umur aku berapa tahun aku mula ‘merasa’ hidup. Peristiwa terakhir yang ada dalam memori ialah aku menghulur tangan pada lipan yang aku jumpa dalam tanah. Riuh sekampung aku digigit lipan. Bapak aku bagi minum air kelapa. Peristiwa sebelum dari itu, tidak ada dalam memori.

Umur 40 tahun tidak ada apa-apa yang menarik, apa hendak heboh. Dinosor hidup beribu tahun, tak kecoh pun. Live begin at forty, bro!


www.aleacorp.com/?ref=hamedon

Tuesday, December 1, 2009

KALAU TAK CUBA, MANA NAK TAU!

Aku baru habis menulis sebuah buku yang 'tak berapa nak ada orang beli', kerana terlalu akademik. Tapi, apa ada hal. Kalau tidak dicuba, mana nak tau orang beli atau tidak. Kalau aku tidak siapkan, sudah tentu tidak akan ada orang yang akan beli. Kini, dah siap dari jadual kandungan (table of content) sampai penutup. Alhamdulillah, Allah memberi kekuatan kepada diri ini untuk menulis sehingga siap. Hendak menulis pun aku terkial-kial, bagaimana agaknya kalau aku terpaksa merempuh musuh yang bebal dan ganas. Entah! Kalau tidak dicuba, mana nak tau, kan?

Cuba Dulu Baru Tau, MUDAH & MURAH www.aleacorp.com/?ref=hamedon

TRANSLATION