Sunday, August 30, 2009

Islam Mesti Berkuasa

Setelah proses ini selesai dan golongan Islam menang, proses menjadikan undang-undang diterimapakai oleh masyarakat pula mungkin akan mengambil masa lebih satu generasi. Keadaan ini dicabar pula dengan sentimen perkauman dan keagamaan dengan konsep menakut-nakutkan manusia pada Islam dan undang-undang dibawahnya. Katakanlah sudah termeterai undang-undang itu di Malaysia, pelaksanaannya pula memerlukan satu lagi arus ilmu dan kesedaran yang lain. Dakwah untuk kefahaman Islam akan menjadi pemudah kepada pelaksanaan dan ini juga bukan satu usaha yang singkat dan mudah. Pendekata, banyak yang perlu dilakukan dan tidak mungkin boleh dilakukan oleh satu individu atau satu ‘parti’ sahaja.

Wednesday, August 26, 2009

Open Letter To Bro 'Green Car'


Alo Bro, memang cargas nih. Datuk lu dulu pakai Volvo model apa?

Panas enjin nih, wa ingat la,ek, mula masa sebelum merdeka tuh. Lepas Belanda the orange belah, Jepun datang pakai basikal. Tak sempat ada kereta. Bila penjajah British masuk, dorang bukan sahaja membawa undang-undang rekaan manusia, menggantikan undang Islam di Terengganu, Melaka, Perak, Negeri Sembilan; British juga membawa masuk pembangunan dari luar, termasuk enjin. Bila British masuk barulah tanah Melayu ada kerajaan iaitu kerajaan British. Jepun memerintah tanah Melayu juga, tapi, tidak pernah ada institusi kerajaan di sini.

Bila ada kerajaan, orang tanah Melayu pun dapat kerja dengan kerajaan, terutama orang Melayu. Jawatan yang utama ialah polis, tentera dan guru. Bila dah kerja dengan kerajaan, maka, adalah orang Melayu gaji tetap. Dengan gaji tetap dan keyakinan kerajaan British akan terus ada, walaupun British dah balik, orang Melayu dah mula menuju kaya. Orang Melayu mula beli apa yang tidak pernah mereka beli, antaranya, kereta. Penjajah British pula, dasar kepala masam, tolak kereta-kereta buruk dorang kepada orang Melayu yang tengah ‘gian’ nak beli kereta. Jeng, jeng…dapatlah orang tanah Melayu kereta ‘second-hand’!

Bila nak ke sekolah, mengajar, walaupun 500m, kena ‘panas enjin’. Kereta lama, mestilah, kalau tidak ‘minyak tak naik’. Itu sebab, lu tengok datuk lu, panaskan enjin pagi-pagi! Bro, datuk lu lagi pandai dari lu.. Cubalu bagi datuk lu Ferrari baru, tengok dia panas enjin ke tidak? Wa rasa, dia tetap panaskan enjin, sebab nak bagi jiran-jiran jaki dengan bunyi enjin Ferarri tu! Kalau wa pun wa ‘ram’ enjin tu pagi-pagi, Ferrari bro, bukan BMW. Lantakla BMW marah orang panas enjin, bukan enjin BMW pun, enjin Ferrari. Apa kelas BMW?

Malaysia ni panas Bro, lu pun kata, jadi kalau tunggu awek kat stesen LRT, lu mati enjin camana nak on-kan air-cond? Bukan salah enjin. Improvement-nya ialah awek lu kena bagi tau EXACTLY pukul berapa dia sampai. “I sampai pukul 7 lebih”. Lu, sebab balak macho, lu tunggula dari 6.30, tengok-tengok awek lu sampai pukul 7.55, sapa suruh? Lu kena salahkan awek lu sebab ‘tak berterus-terang’ dalam perhubungan. Lain kali cakap biar ‘terang’! Kalau dah serasi, mesti ngam2 je lu sampai, awek lu pun sampai. Tak payahla nak tunggu2 lagi. Kecuali la, lu singgah dulu beli jambu potong ke goring pisang ke kat depan stesyen LRT tu. Tu yang jadi jalan ‘jamm’ tu!!

Enjin kereta kecik je Bro. Lu pernah tengok kapalterbang tak panaskan enjin, terus je naik. Mana ada, Bro. Enjin kapalterbang lagi panas, walaupun dia tak panaskan enjin dia. Dari hanger ke take-off, ada la sejam atau gitu2 lah. Lagi banyak pencemaran. Lebih menjahanamkan dunia berbanding panaskan enjin kereta waktu pagi.

Yang jahanamkan dunia ni ‘tangan2 manusia’, Bro. Tuhan cakap camtu. Tebang balak sesuka hati dan buat rumah dilereng bukit pada waktu pagi lagi teruk menjahanamkan dunia ni. Tu, kilang bateri kat Bhopal dan Chernobyl, tu ada pakai enjin kereta ke? Sampai sekarang masih ada kesan pada mangsa. Datuk nenek kena racun, cucu yang baru lahir cacat.

Wa bukan engineer Bro, tu sebab wa tak reti main golf, tapi wa rasa enjin kereta memang dibuat untuk setakat 4-5 tahun je. Jadi, kalau lu panaskan ke, lu goreng tepung ke, lu panggang ke, kalau kereta dah lebih 5 tahun, memang dah ‘jahanam’ dah enjin dia. Betul tak Bro? Ke lu pun tak tau!!

Kalau lu nak ‘save the planet’, lu kena tutup dulu Planet Hollywood, sebab itulah satu-satunya planet yang TAK ada guna!

Sorry, Bro. Kirim salam dan mintak maaf pada datuk lu yang keje cikgu besar tuh!!

Wednesday, August 19, 2009

train yourself

trainings are fun if you like them, corporate trainings, football trainings, sports trainings, technological trainings...be all of it, it will be fun..

Wednesday, August 12, 2009

Mengurangkan Berbulu

Bentuk asas ini, mesti, engkau sebagai seorang yang suka berlawan cakap, mesti tahu. Perkara ini penting supaya engkau tidak ‘buang karan’ dengan cakap-cakap yang lebih kepada cakap-cakap kosong. Mungkin cakap itu menghiburkan, tetapi, tidak perlu tumpuan tahap ‘gaban’. Masuk telinga kiri, keluar telingan kanan, itu pun sudah cukup baik. Kalau tidak masuk pun telinga kiri, itu juga tidak mengapa. Masalahnya, ketika bercakap, kita tidak mempunyai cukup masa untuk membuat penilaian tentang bentuk/struktur asas sesuatu topik. Analisa ini lebih mudah kalau kita aplikasi dalam aktiviti membaca. Kita mempunyai masa dan peluang untuk membaca, menconteng, dan menanda tempat yang sesuai dalam satu perenggan. Contengan, tanda tersebut boleh membantu kita mengenalpasti hujah, kesimpulan dan sebab. Kalau kita mahu mencabar keupayaan diri dan suka menggerakkan minda, aktiviti ini sangat berguna dan baik. Kalau bukan jenis orang yang suka berbuat begitu, kita lebih sesuai membaca suratkhabar, komik dan majalah-majalah dan akhbar-akhbar nyamuk. Tetapi, majalah lucahlah yang paling senang, tidak perlu buat apa-apa, cuma perlu menyelak-nyelak sahaja. Rasa berbulu pun kurang. Itulah refleksi keintelektualan melalui tabiat membaca.

KeRja KreaTif OranG Takde KerjA

Tuesday, August 11, 2009

Dulu & Kini...

Kini, 22 tahun kemudian, fenomena ini masih ada. Di sekolah-sekolah, aku tidak tahu, sebab aku sudah lama tidak pergi sekolah. Cuma, aku dapat tahu, anak aku yang ketiga digelar ‘Bob’. Fenomena ini wujud dalam bentuk yang lebih serius. Gelaran diberi dituruti oleh perasaan benci dan permusuhan. Gelaran ‘mat terap’ (loghat utara), misalnya benar-benar mempunyai makna dan maksud seperti yang diucapkan. Geng-geng yang aku join ini, tidaklah digelar benda pelik-pelik macam masa kat sekolah. Tapi, gelaran yang diberikan bukanlah satu pengiktirafan yang baik. Gelaran itu lebih kepada sindiran, tidak macam gelaran MSU dan ‘whitesnake’. Gelaran ini ada ‘roh’ dan hidup dalam masyarakat. Orang memberi gelar ‘parti lebai kampung’, ‘parti ustad-ustad’ , gitulah, kepada kawan-kawan aku sekarang ini. Itu kira okay lagi. Bila datang ‘parti pecah-belah’, ‘anti kemajuan’, ‘golongan sempit’, golongan ‘taksub, fanatik dan extreme’ , bunyi pun dah lain macam. Hati mula ‘ketaq’.

Sunday, August 9, 2009

Training 2


Training 1

Inilah 'posing' kami semasa training, dalam gambar itu kami ada 3 bola, sekarang dah tinggal 1 sahaja kerana, bola itu sahaja yang lasak.

JoJo 2009

Ini Jo Jo. Nama dia kena sebut dua kali Jo. Nama penuh dia Muhd Johar Johari Muhamad. Umur Jo Jo 16 Tahun. Jo Jo sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husin, Semenyih, Selangor.

Adik-beradik Jo Jo ada 9 orang dan ayahnya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Mereka sekeluarga tinggal di blok G, Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota Bangi.

Jo Jo sangat minat dengan bolasepak dan dia bercita-cita untuk menjadi pemain negara pada satu hari nanti. Jo Jo sukakan kelab Manchester United dan bekas pemain kelab itu, C. Ronaldo.

Jo Jo bermain pada posisi tengah dan penyerang dalam pasukan kami.

Under 12 Play and Fun

Training Petang-Petang

Saturday, August 8, 2009

MSU, Whitesnake & Full-Firing

Pertama, kumpulan ini dianggotai oleh lelaki. Walaupun begitu, ada juga golongan pelajar perempuan yang mendapat gelaran tetapi dari segi keahlian, mereka tidak ketara seperti MSU. Gelaran ‘full-firing’ adalah lebih baik dari gelaran masyarakat yang pernah digunapakai iaitu ‘burung hantu’. Macam mana pun, gelaran-gelaran ini biasanya ditujukan kepada individu tertentu.

Kedua, dia orang baik dari sudut akhlak Islam, study pun kebanyakkannya bagus. Yang jenis kepala masam ni, dah lah tak rajin sembahyang, study pun cukup-cukup je!. Mamat whitesnake atau MSU, tak kenal Iron Maiden dengan Metallica. Kumpulan Wizard, apatah lagi, mat rock pun tak pernah dengar! Rokok tak hisap, panggung wayang tak pernah masuk. Dulu-dulu, ada satu mat surau baru belajar tengok wayang, budak-budak suruh dia beli tiket. Tengok-tengok, dia belasah beli 1st Class untuk semua orang, sebab sebelum itu, dia tak pernah beli tiket wayang!!

Ketiga, dia orang selalu tersenyum.

Anyway, semua gelaran yang diberikan, pada pandangan aku, tidak disertai dengan rasa kebencian dan permusuhan. Ia cuma gantinama untuk memudahkan pengenalan kumpulan, sama macam, kumpulan Search, Lefthanded atau Gersang. Tapi, bila ada orang dipanggil dengan panggilan ‘geng toyol’, itu dah lain!. Mudah-mudahan Allah ampunkan kesalahan kita kerana kejahilan kita semasa belum matang, Amin!

Friday, August 7, 2009

Wa Dan MSU

Student-student di sekolah asrama penuh yang rajin pergi surau biasanya akan berada dalam kelompok mereka sendiri. Mereka jadi begitu kerana , antaranya, kebanyakan aktiviti harian mereka sama dan masa aktiviti dilakukan juga sama, atau dekat-dekat sama. Mereka mementingkan sembahyang jemaah disurau, berbanding dengan benda-benda lain. Kalau habis kelas, aku dengan budak-budak lain bergegas ke dewan makan, untuk makan, tentulah. Tapi, geng-geng ini, pergi surau dulu, untuk sembahyang jemaah. Kemudian baru pergi makan. Kalau ada lagi (sepatutnya ada!) dapatlah mereka makan, kalau makan sudah habis, selalunya mereka senyum!. Di sekolah aku, mereka digelar MSU, singkatan kepada ‘Mat Surau United’. Fenomena gelar ini tidak berhenti setakat sekolah menengah sahaja. Di universiti, golongan yang rajin ke masjid dan baik ini, digelar ‘whitesnake’. Aku dapat tahu, asal usul gelaran ini kerana serban putih yang mereka pakai melilit kepala. Namun, karaktor ‘whitesnake’ dikalangan orang sekeliling tidak sama dengan karektor MSU. ‘Whitesnake’ sudah matang, kutuk depan-depan mereka senyum. MSU masih budak, tidak ada sesiapa berani kutuk depan-depan!. Kalau diperhati betul-betul, kumpulan yang mendapat gelaran ini, ada beberapa persamaan.

Masuk, Jangan Tak Masuk!

Kesan dari buka ialah masuk. Kalau ada yang terbuka, akan ada yang cuba masuk, akan masuk atau dipilih untuk masuk. Akhirnya, akan ada yang dapat masuk. Macam manapun, kesan dari terbuka bukan termasuk atau masuk secara tidak sengaja. Kesan dari terbuka ialah masuk juga, sama dengan kesan kepada buka. Macam apa yang berlaku pada pintu, “kalau dia buka pintu, aku masuk”. Kesannya sama dengan kesan “jika pintu terbuka, aku masuk”.

Kesukaran penyeru kepada pihak lain supaya terbuka ialah menjadi dirinya sendiri turut terbuka. Kerana, secara berpasangan, jika satu terbuka, satu lagi mesti tertutup, walaupun kita berharap terbuka hanya berpasangan dengan masuk, yang sebenarnya ialah kesan kepada terbuka dan bukan pasangan kepadanya.

Dalam tindakan, kalau kita melakukan mahukan pihak lain melakukan sesuatu kita pada masa itu tentulah sedang tidak melakukan perkara itu. Jika, kita minta orang yang hadir makan, sudah tentu kita tidak sedang makan. Kalau kita suruh orang lain, duduk, kita pada masa itu tidak dalam keadaan itu. Kita sedang bercakap!!

Kalau kita mahu masyarakat terbuka, kita mesti ‘bertindak’ dengan tindakan yang menunjukkan kita seorang yang terbuka, bukan cakap sahaja. Tunjukkan. Tindakan dan contoh, adalah pemangkin yang paling mudah dan berkesan. Tunjukkan tindakan kita adalah seperti yang kita mahu orang lain turut lakukan. Jangan cakap sahaja. Tunjukkan.

TRANSLATION